Memang benar kata Hasrul Halid, lima hari itu satu jangka masa yang lama dalam dunia internet. Memang benar… selama lima hari itu aku terlepas banyak perkara. Dari hal orang tua yang sudah tidak dikehendaki sebagai kepala negara, pasukan polis yang bertukar kulit (alah… sama macam blog Surat Dalam Botol juga, kulit saja tukar, isi tetap sama) hinggalah kisah blogger (siapa?) yang masuk Sinar Harian.

Memang benar banyak yang aku terlepas. Tapi hanya terlepas untuk berkecek-kecek di sini tentang itu. Tak adalah sampai tidak tahu langsung. Dirumahku masih ada ‘the idiot box‘, dan aku masih boleh mengakses Google Reader daripada Dopodku.

Jadi selepas lima hari, pasti banyak yang boleh dikecekkan, kan? Sepatutnya begitulah… tapi aku macam tak tahu nak kecek tentang apa. Hrm…. tunggulah aku dapat momentum betul-betul dulu ya!

Popularity: 25% [?]

Silakan membaca entri-entri dibawah juga:

Entri dengan komen terbanyak: