Pandanganku tentang Dr Mahathir tidak pernah berubah dari sejak menjadi PM sehingga sekarang. Bagi aku dia adalah penyumbang besar kepada keadaan kekacauan politik di Malaysia, dulu dan juga kini. Walaupun dia adalah seorang yang jauh lebih berkualiti dari Pak Lah dari banyak hal, tapi mereka adalah penganut mazhab yang sama. Sudah berkali-kali aku katakan itu. Tapi pandanganku tidak penting, kalian boleh bersetuju dan tidak bersetuju. Dan walaupun aku tak ambil kisah dengan apa yang berlaku dengan UMNO ( lantaklah depa nak pecahkah matikah), kenyataan terbaru Dr Mahathir supaya kuota pencalonan untuk bertanding Presiden UMNO dihapuskan menyebabkan aku berguling-guling ketawa. Mentang-mentanglah dia dah bukan Presiden. Hahaha! Lebih kelakar dari cerita Pak Pandir, dan tak hairanlah jika Abah telah lama menggelarkan dia sebagai Pak Pandir.
Oh ya, tahukah kamu bahawa bekas MB Selangor yang suka makan tempe telah menyertai komuniti ‘beruk’. Lawati dia di sini.
Popularity: 29% [?]
Related Articles:
- Masa menunaikan janji!
- Dato' Pa berkempen guna murid sekolah rendah
- Kecek-kecek selepas mengundi
- Kecek-kecek ringkas sebelum balik mengundi
- Wajah Pemimpin Rakyat
- Manifesto dan janji kosong
Silakan membaca entri-entri dibawah juga:
- Kecek-kecek mengasah gunting...
- Memeluk Islam
- Muqabalah yang aku setuju...
- Aku homesick!
- Celaka kezaliman!
Entri dengan komen terbanyak:
- Blog ini ada peminat baru, malangnya dia pengecut (63)
- Teka buku dan menang! (52)
- Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin! (28)
- Kecek-kecek Pesta Buku (27)
- Tidak perlu alasan untuk lompat (27)
- Jangan tunjukkan kebodohan! (24)
- Terpesona? (22)
- Bersih di jualan gudang Times (22)
- Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme (22)
- Kecek-kecek selepas mengundi (21)















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah.
Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
mung pulok jadi tuke promot blog toyo dih… hahah…