Archive for March, 2008

Genap seminggu

March 15, 2008 by mudin001 7 Comments

Genap seminggu. Dari tarikh keramat 8 Mac 2008. Bermacam-macam perkara berlaku, dan bermacam-macam emosi dapat dirasai. Gembira, terkejut, marah, kecewa… semua ada. Oh sebelum itu… maafkan aku kerana tidak memberi maklum balas kepada komen-komen kalian dalam entri sebelum ini. Sebenarnya, aku hampir malas untuk berbicara soal politik lagi. Satu minggu penuh dengan politiking, it’s too much!

Genap seminggu. Abdullah Ahmad Badawi. Apalah agaknya yang sedang dibuatnya, tanya MSO. Aku rasa… baiklah Pak Lah mula kemaskan barang-barang di Seri Perdana tu. Oh ya… ambil barang sendiri sahaja ya. Apa yang dibeli dengan duit rakyat, jangan pandai-pandai nak bawa sekali. Sambil-sambil tu, bolehlah mula fikir untuk tulis memoirkah apakah (itupun kalau ada yang nak baca). Dan bolehlah dicatatkan hari ini sebagai antara hari yang terburuk (kalau tidak yang terburuk) dalam hidupnya. Iyalah… diminta berhenti oleh Mukhriz Mahathir (yang mungkin mewaliki suara majoriti dalam UMNO), Raja Perlis menolak calon MBnya dan melantik orang lain, Sultan Terengganu juga tidak mahu melantik calonnya, apa lagi yang lebih teruk? Daripada rakyat bawahan, yang telah menolak UMNO/BN pada seminggu yang lalu, pimpinan UMNO sendiri, malah raja-raja, semua telah menolak Pak Lah. Tak sedar diri lagi tak tahuLah!

Genap seminggu. Perak hampir selesai. Tapi Lim Kit Siang, berundurlah. The damage has been done!

Genap seminggu. Selangor hampir selesai. Tapi cerita yang sangat tidak enak didengar. Kalau benar. Pi mampuslah, aku tak mahu campur. Kurang ajar punya orang!

Genap seminggu. Aku nak cuti sekejap dari bicara soal politik.

Jumpa lagi. Wassalam.

Kecewa, gembira dan malas

March 12, 2008 by mudin001 11 Comments

Kecewa. Dengan kenyataan Lim Kit Siang di blognya berkaitan keputusan Sultan Perak memperkenankan Ir Nizar dari PAS sebagai MB Perak yang baru.

Gembira. Kerana ada juga orang yang tidak lupa untuk memberikan kredit kepada Tuan Guru Fadzil Noor atas kejayaan Barisan Rakyat dalam PRU12 baru-baru ini.

Malas. Nak kata apa-apa dah.

Malaysia baru yang buta warna

by mudin001 9 Comments

Agak dukacita rasanya apabila kejayaan besar rakyat pada PRU12 dicemari oleh anasir-anasir yang cuba memainkan api perkauman. Media massa arus perdana (lidah syaitan) dilihat cuba memecahbelahkan pakatan PAS-PKR-DAP. Harapnya rakyat akan lebih matang dalam menilai berita-berita yang dilaporkan itu, dan ini adalah satu lagi alasan untuk terus memboikot media lidah syaitan tersebut.

Seperti yang aku telah nyatakan ketika mengulas tentang buku May 13 baru-baru, politik perkauman sepatutnya sudah tidak ada tempatnya di negara Malaysia yang sudah melangkau lebih 50 tahun usianya. Dan seperti biasa, Abu Saif sekali lagi berjaya melihat dan mengulas dengan bernas tentang ini dalam tulisan terbarunya, Sikap Baru Untuk Malaysia Baru.

Aku juga merasakan istilah ‘buta warna’ yang digunakan oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa untuk menggambarkan kemenangan rakyat kali ini amat tepat sekali. Orang-orang India memenuhi ceramah-ceramah PAS, bendera-bendera PAS,PKR,DAP bergantungan pada kenderaan milik orang Melayu adalah fenomena luar biasa yang menjadi biasa pada pilihanraya kali ini.

Sikap sangka baik dan berlapang dada amatlah perlu pada ketika ini. Kepada rakan-rakan berbangsa Melayu, ingatlah bawah rakan-rakan kita berbangsa Cina dan India tidak pernah meminta dilahirkan sebagai Cina dan India di sebuah negara bernama Malaysia. Mereka tidak ada pilihan, sama seperti kita tidak mempunyai pilihan untuk lahir sebagai Melayu.

Bersama-samalah bersikap baru untuk Malaysia yang baru. Pemerhatian Sagaladoola dalam tulisan ini juga amat sesuai untuk dibaca.

Wassalam.