- Mac: Blog, Adam & Alya
-
Dah masuk hari ketiga bulan April 2008. Masa untuk melihat kembali apa yang berlaku sebulan lalu di blog ini. Ya, seiring dengan tsunami politik yang berlaku di Malaysia pada tanggal 8 Mac yang lalu, maka kebanyakan entri-entri di blog juga banyak berputar dalam isu yang sama. Entri popular sepanjang bulan lalu ialah:
- Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin! (Cakap pasal kahwin, memang semua orang suka, semua orang terer.
) - Kecek-kecek ringkas sebelum balik mengundi
- Wajah Pemimpin Rakyat
- Dato’ Pa berkempen guna murid sekolah rendah
- Kecek-kecek selepas mengundi
Sedikit cerita tentang Adam dan Alya, buah hati kesayangan kami. Kepada pakcik makcik yang berminat melihat aksi terbaru mereka (sepanjang Mac ‘08), boleh klik pada gambar di bawah.
Antara aksi yang aku suka:
Hrm… dalam troli pun boleh tidur. Kesian Adam, Umminya… kalau shopping no. 1.
Adam beraksi di samping karakter favouritenya.Selain Marney (Barney, entah macam manalah B boleh jadi M), karakter-karakter lain yang Adam kenal ialah:
- Mon (Doraemon)
- Tabitabi (Teletubbies)
- Ataman (Ultraman)
- Bob-pan (Spongebob Squarepants)
Apa lagi ya Ummu Adam?
Oh… Adam juga kenal bendera-bendera dan logo berikut:
- Eka (Merdeka, bendera Malaysia)
- passs (PAS)
- eee-en (BN)
- lan (Keadilan)
- ee-ko (Tesco)
Jawapan kepada soalan-soalan:
- Baba kerja mana? – Huavei (Huawei)
- Ummi kerja mana? – iiii-tis (iPerintis)
Banyak lagilah. Ummu Adam nak tambah? Cerita Adam saja ni…cerita Alya? Alya baru nak masuk tiga bulan, masih belum banyak aksi. Yang jelas, sangat kontra dengan abangnya dulu pada usia yang sama.

Popularity: 31% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Along Adam
- Kecek-kecek Oktober
- 07/06/10 – Adam 4 tahun
- Bergilir-gilir demam
- Entri pemanas PBAKL 2010 (2)
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin! (Cakap pasal kahwin, memang semua orang suka, semua orang terer.
- Comments: 11 Category: Blog, Famili, Foto




where is your RSS feed?….
siannya Adam sampai tertido dlm troli.. hehe..
Assalamualaikum tok mudin.. blog saye dah pindah ke http://imin83.wordpress.com/ (pindah lagi..hehe).. tolong update kat blogofera abg boleh.. btw kat blok saye ade satu berite menarik..hehee
Jedyoong, the feed url is http://mudin001.com/feed/
Achik, itulah pasal… :>
Imin, seperti yang telah dinyatakan, abang kurang berkenan dengan calon PM tu. Calon TPM tu lagilah. Hehheh.
salam tok mudin,
memang seronok ada anak-anak umur macam adam ni. macam kita jugak tumpang muda balik.
Lagi yang Adam buleh buat..tunjuk anggota badan dgn tepat dan pantas
mana mata? tangan? kaki?perut?pipi?…kemudian jawab dengan tepat “sapa bagi tangan”-ya Awwah! (ya Allah), sapa bagi mulut- Ya Allah!, sapa bagi mata-ya Allah diikuti dgn nyanyi “Tee Kiuu.. Awwaahhh.. ” (Tq Allah )
Alya plak pandai tunjuk muka takut bila Adam start nak baring tepi dia..(sbb adam suka gigit alya and cakar muka Alya) ;P
boh, budok besar adam ni, molek skek.. beghahi ngak oghe cholek di sopingmoll lenih… natang pokleh dok wak mende dok tau la…
hehe…mudin, anak no.2 akak pun terasa tak sepantas anak no.1. tatau naper. fitrahnya, yg no.1 lebih explorer kot…yg no.2 fitrahnyer mengikut. so, excitement parentsnya lainlah.
tang gambar tidur dalam troli tu yang aku tak tahan tuu… kesiannya. Siapa yang shopping siapa yang keletihan ni? hehehe
alhamdulillah parcel dah sampai ek. Nanti kalau ada buku yg murah2 atau menarik, aku akan inform lagi.
afiq pun sama lah, minat Barney, favourite tag dia skrang “Thank you Barneyyyyy”.setuju jugak anak 1 nampak macam lagi advance skit dari yg no.2, tapi tak tau la kan, sebab belum dapat tgk perkembangan Alif yang full lagi. Yang penting kena didik supaya jadi anak anak soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat
Kak accia, saya sebaliknya… bukan rasa lagi muda, tapi rasa dah tua benar, sebab anak dah pandai macam-macam
Ummi, ada lagi kan? Lagi… lagi?
Pakchik, doakan keselamatan untuk kami.
Kak Hany, anak nombor dua kita kan sama perempuan, pastilah berbeza sikit dengan abangnya.
Cik Khairyn, Adam pun keletihan shopping juga. Dah pandai tolak troli dan pilih barang.
Kord, dah abangnya keras, adiknya lembutlah sikit.