
Hari ini, 4 April 2008, bermulalah Pesta Buku Antarabangsa KL 2008 yang dinantikan oleh ramai orang. Jadi tidak ada topik lain yang lebih baik untuk dikecekkan hari ini selain buku.
Aku akui bahawa aku pembaca yang perlahan. Tidak seperti ketika bergelar pelajar dulu, novel-novel John Grisham dan Sidney Sheldon boleh sahaja dihabiskan dalam masa dua hari. Sekarang, bila sudah bekerja dan beranak pinak, mahu menghabiskan sebuah buku dalam masa dua minggu pun susah. Jadi bulan lalu, selain buku Pemikiran Islam Liberal: Pembahasan Isu-isu Sentral oleh Dr Ugi Suharto, aku berjaya menghabiskan membaca dua buah buku lagi.
Ransom oleh Danielle Steel aku baca kerana Ummu Adam kata buku ini best. Kalau ikutkan hati mahu saja aku haramkan diriku dari membaca novel-novel penulis ini kerana pengalaman memualkan membaca Toxic Bachelors. Dan bagi aku, novel ini okay…tidak best sangat, tapi jauh lebih baik dari Toxic Bachelors.
Dan buku ketiga ialah I am Muslim oleh Dina Zaman. Buku ini, hrmm… malaslah nak komen.
Jadi kalian bagaimana? Apa yang kalian baru baca atau sedang baca? Mahu ke pesta buku? Bila?
Dan untuk King Binjai, temujanji kita bagaimana?
Popularity: 28% [?]
Related Articles:
- Kecek-kecek Buku: Pemikiran Islam Liberal
- Februari dan apa yang aku TAK baca
- Februari dan apa yang aku baca
- Wajah Pemimpin Rakyat
Silakan membaca entri-entri dibawah juga:
- Tiada siapa pun menafikan jasa TG Hj Hadi!
- Ya Allah, panjangkanlah umur TG Nik Aziz!
- Siapa jumpa Pak Lah, angkat tangan!
- Daulat Tuanku!
- Debat minyak: 24 jam kemudian...
Entri dengan komen terbanyak:
- Blog ini ada peminat baru, malangnya dia pengecut (59)
- Teka buku dan menang! (52)
- Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin! (28)
- Kecek-kecek Pesta Buku (27)
- Tidak perlu alasan untuk lompat (27)
- Jangan tunjukkan kebodohan! (24)
- Terpesona? (22)
- Bersih di jualan gudang Times (22)
- Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme (22)
- Kecek-kecek selepas mengundi (21)















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah.
Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
hari ni kami cuti beramai2 pergi ke sana.. hehhe tgh risau ni, takut terbeli byk .. dan tak tahu macamana nak bawa balik nanti : ))
tak pernah baca buku Dina Zaman, tapi byk dgr komen yg sukakan buku tu.. tu yg nak tahu apa dlm tu.. tak best ke mudin?