27 untuk Ummu Adam, 3 untuk Alya
Hari ini (6 April 2008), genap 27 tahun untuk Ummu Adam dan 3 bulan untuk Alya. Walaupun aku ke pesta buku pagi tadi, aku tidak mahu kecek tentang itu lagi. Esok-esoklah ya?
Hari ini entri ini untuk Ummu Adam. Selamat hari lahir sayang. Moga akan dipanjangkan usia untuk menghiasi hidup kami; Abang, Adam dan Alya. Ya Allah, kau jadikanlah aku suami yang mampu untuk memenuhi hak-hak isteriku, yang mampu menyayangi dan membahagiakan isteri selaras dengan kehendakmu. Kau lindungilah kami dan berikanlah kebahagiaan kepada kami, dunia dan akhirat. Amin.
Ummu Adam tersengih bersama hadiah hari lahir setelah aku melakukan kejutan mengeluarkan hadiah itu dari bonet kereta, dua hari lebih awal dari tarikh hari lahirnya. Nak tahu apa hadiahnya? Tanya tuan yang empunyalah. Kalau dia nak beritahu, baru aku muatnaikkan gambarnya.
Entri-entri berkaitan:
- Ummu Adam selamat bersalin
- Alya Wafiyah & Zahrah de Tigris
- Mac: Blog, Adam & Alya
- Kecek-kecek tentang Adam & Alya
- Adam Naqiuddin, 18 bulan
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
lame dok ngomeng di blog mu ni ding… selamat hari lahir la utuk bini mu ding… mitok-mitok muroh rezeki, sehak sokmo, pah diberkakti tuhe lah…
April 7th, 2008 at 9:27 amheppi besday to ummu adam. lagi best kalau surprise tu sebuah kereta yang ada bonet..!
hati-hati sikit, abu adam ada motif tu soh dok tepi air.
April 7th, 2008 at 12:15 pmtahniah ummu adam. dah berjaya jadi lebih dewasa…
April 7th, 2008 at 12:24 pmbagi hadiah apa tok mudin :p
Amiin
Alhamdulillah. Tahniah buat ummu Adam. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah dan gembira selalu. Bungkusan hadiah tu besar nampaknya
April 7th, 2008 at 1:11 pmAlhamdulillah.
Semoga Allah terus memberkati dan merahmati ummu Adam. Dan memberkati dan merahmati kau juga. Dan juga anak-anak kau. Dan juga seluruh keluarga kau.
April 7th, 2008 at 1:33 pmSelamat Hari Lahir , Semoga Panjang Umur Murah Rezeki
April 7th, 2008 at 3:04 pmUcapan kalian semua, biarlah dijawab oleh Ummu Adam nanti. Pastinya dia belum membaca komen-komen di atas kerana dia cuti hari ini. Di rumah tiada komputer. Laptopnya dipinjam oleh adik.
Nak jawab komen Abu Nufayl saja. Memang ada niat nak bagi hadiah kereta yang ada bonet. Niat sahajalah, apakan daya duit tak ada. Lagipun lebih afdal rasanya cari rumah bertanah dulu, senang nak parkir kereta yang ada bonet nanti.
yess!
xlame agik besdei rynn lak.
tok simpan dwet yew.
huahuahua!
April 7th, 2008 at 5:55 pmeppy besday walida.. moga bertambah kebaikan dalam usia. haah sibuk juga nak tau apa mudin kasi tu.. he he he
April 7th, 2008 at 5:58 pmkpd ummu adam, silalah berkongsi apakah hadiah di dalam bungkusan..
April 7th, 2008 at 6:03 pmada org yg mahu belajar2.. hehe..
hepi belated besday Ummu Adam.. semoga panjang umur, murah rezeki..
errr tok, besday saya sehari lepas besday Ummu Adam.. ekeke… ;p
April 7th, 2008 at 7:51 pmCik Rynn, tok simpan duit tak ada masalah. Tapi apa kena-mengena dengan besday kamu?
Kak Ieka, So’od… tunggu Ummu Adam jawablah. Kalau dia nak jawab.
Achik, hari inilah ya besday kamu? Selamat hari lahir juga untuk kamu.
salam ulangtahun buat ummu adam. moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dirahmatiNya selalu.
alya dah 3 bulan. Ali pun dah 2 bulan pada tarikh yang sama.
Mu jaga ummu adam bebaik ek
April 7th, 2008 at 10:29 pmSelamat hari lahir buat ummu adam..
April 8th, 2008 at 1:01 amMoga panjang umur dan dimurahi rezeki..
amin..
Salam. Walaupun lambat sikit, nak wish selamat panjang umur buat ummu adam. Semoga kamu sekeluarga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmatNya.
April 8th, 2008 at 10:17 am“Ya Allah, kau jadikanlah aku suami yang mampu untuk memenuhi hak-hak isteriku” …
April 8th, 2008 at 11:22 ammudin, akak baca banyak kali part tu. nasib baik hak-hak isteriku. kalau hak isteri-isteriku…dah lain cerita dah! ekkeke!
oh lupa..selamat hari lahir utk walida.
April 8th, 2008 at 11:23 amterima kasih banyak2 atas ucapan dan doa kalian semua..kak ika n encik so’od nak tahu saya dapat hadiah apa? baca kat bawah nih…Kak Hany..isteri2??? Bukak cerita bab perang BESAR la plak nanti..kekekeke..
To baba, jangan mare..komen terpanjang.. copy paste from my frenster..hehehe
SELAMAT HARI LAHIR…
Hari ini genap 27 tahun aku hidup di dunia ini..dan hampir 3 tahun aku berkongsi hidup dengan suamiku dan kini sedang berbahagia dengan 2 rezeki dariNYA..Adam dan Alya..ALHAMDULILLAH
Apa aku dapat hari ini dari suamiku..hehehe..sebenarnya aku dapat awal dua hari dari tarikh hari ini..hehehe suamiku…aku tahu benar perangainya..kalau dia beli sesuatu untuk aku..mesti dia tak sabar2 nak bagi kepadaku..kekeke..(sebenarnya aku yg tak sabar nak bukak..kekeke)
Sebelum ini aku ada berangan nak beli handag..dan mestilah memenuhi citarasa aku..
1)agak besar sbb aku nak muatkan bekas air, buku,mekup etc masa nak pegi keje and masa weekend boleh memuatkan pampers adam n alya, baju spare and lampin
2)tali tak nak yg keras kalau boleh yang bertali satu
3)begnya mesti lembek tak nak yg keras…
selalu jugak aku usha2 time window shopping..tapi x jadi nak beli samada sebab tak penuhi 3 syarat tuh atau pun terlalu mahal..(hehehe aku ni kan ‘budget person’)
TADAAAAA!!!! balik keje jumaat tuh..aku dapat bungkusan pink..lawa glesss!tak sabar nak bukak nih!
bukak2 ..hehehe SEBUAH BEG TANGAN YANG MEMENUHI 3 SYARAT YG AKU ANGANKAN!..kekeke
gembira tak terkata..cemana ler hubby aku boleh baca pikiran aku nih! SUKA nya aku!!! Mesti mahal..tu yang aku suka tuh..kekekeke THANK YOU
SO MUCH ABANG!!
Tadi suamiku ke Pesta Buku..aku saja malas ikut..mesti ramai orang..sambil tuh nak mengemas rumah and basuh kain yg bertimbun2 sampai dah runtuh timbunannya..balik tu aku dapat lagi hadiah..
YES! Dapat kek coklat SECRET RECEIPE..heheh kek yang jadi feveret aku sejak mengandungkan ALYA..
BEST! Lagi ..dapat hadiah lagi..SEBIJIK BUKU yang aku baca kat Kinokuniya hari tu..P/S I LOVE YOU
BEST nya..tak sabar nak baca..ye lah walaupun kat rumah nih berlambak buku hubby ku..tapi memang aku tak sentuh..kalau aku baca pun mesti separuh jalan..tak habis..tak kena ngn taste aku..hehehe
Tapi yang paling penting bagi aku yang mengatasi semua hadiah2 yang berharga dan aku suka dari suamiku adalah NILAI kasih sayang dari suamiku..yang sentiasa ada di sisi aku walau saat suka dan duka,saat berperang dan bercakaran, saat aku memuncungkan mulut, saat aku tak mahu bercakap, saat aku menunjukkan perangai burukku dan setiap saat yang aku lalui dalam hidupku..itu yang paling berharga bagi ku..saat anak2 ku ada di sisi..
April 8th, 2008 at 11:40 amsaat aku memandang mata anak2 ku, saat aku melihat perkembangan anak2..saat aku bersama suami dan anak2..
itulah saat TERBAHAGIA untukku..kerana saat itulah juga menjadikan aku lebih menghargai kasih sayang ibu dan bapaku serta ibu bapa mertua ku yang telah membesarkan suamiku..sehingga menjadikan suamiku suami yang terbaik buatku..TERIMA KASIH SEMUA.p/s I LUV U all…
Kak Hany, yang isteri-isteri tu… hak suami, bukan hak isteri. Ahaks!
Yang lain-lain… ha, Ummu Adam dah jawab kan? Gambarnya, nantilah aku muatnaik kemudian.