- Kecek-kecek Pesta Buku
-
Okay. Tidak sah blog ini kalau tidak kecek-kecek tentang pesta buku. Aku ke sana pagi Ahad (6 April 2008), hari ulangtahun kelahiran Ummu Adam yang ke-27. Perancangan asalnya memang mahu ke sana bersama keluarga, tapi setelah difikirkan beberapa kali, dibatalkan hasrat itu. Agak keberatan untuk membawa Alya yang baru berumur 3 bulan bersesak-sesak. Tambahan pula Adam sekarang pada usia yang sukar dikawal tingkahnya.
Tahun lalu, aku ke sana bersama King Binjai. Dan ketika berpisah kala itu, kami berjanji akan berjumpa lagi tahun ini di pesta buku, dengan bajet RM1000 seorang. Tahun ini tanpa dirancang, kami masih berdua. Baru 10 minit aku bertolak dari rumah, beliau menelefonku bertanya aku di mana. Mengetahui aku sedang dalam perjalanan ke pesta buku, beliau juga bergegas ke sana. Maka dua tahun berturut-turut aku bersama King Binjai ke pesta buku, walaupun tanpa RM1000 yang dijanjikan.
Dipendekkan cerita, kami buatlah apa yang orang buat di pesta buku. Tak perlulah nak cerita panjang-panjang kan? Apa yang kalian mahu tahu?
Siapa yang aku jumpa? Oh… aku jumpa Faisal Tehrani. Dan terus menyambar dua buah novelnya yang belum ada dalam koleksiku untuk ditandatangani. Sempat bergambar dengannya dan bertanyakan khabar Cik Musalmah Lebar. Tapi itu sajalah, peminat-peminatnya beratur untuk mendapatkan tandatangan. Beliau tidak ada masa nak layan aku. Haha! Tapi jangan salah faham, beliau ramah orangnya.Dan King Binjai memperkenalkan aku kepada kawannya, saudara Fadli Akiti, tuan punya blog Kubu Buku yang tidak asing bagi aku. Buku terbarunya Saga Horizon turut dijual di pesta buku kali ini. Walaupun tidak pernah membaca karyanya, aku beli sebiji dan ditandatangani olehnya. Terima kasih, bro.
Lagi? Kami pusing-pusing, seberang sungai. Kelihatan juga kelibat penulis-penulis selebriti, Pak Samad misalnya di gerai Wira Bukit. Pak Latip Talib juga kelihatan. Jumpa beberapa kawan.
Itulah. Apa lagi? Oh ya… buku apa yang dibeli?
- Saga Horizon, Fadli al-Akiti
- Ingin Sebebas Burung: Antologi Dwibahasa Cerpen Malaysia & Jerman, Holger Warnk & Volker Wolf
- Ancaman Islam: Mitos atau Realiti?, John L. Esposito
- 13 Mei Sebelum dan Selepas, Tunku Abdul Rahman
- Tawassul, Isa Kamari
- Karbala, Faisal Tehrani
- Bedar Sukma Bisu, Faisal Tehrani
- Unplugged 2, Nik Abdul Aziz Nik Mat
- P.S. I Love You, Cecelia Ahern (untuk Ummu Adam)
- Aku Terima Nikahnya, Hasrizal Abdul Jamil (2 naskah; satu untuk aku, satu untuk Kamal)
- Beberapa buku kecil untuk Adam.
- Milenia Muslim edisi April 2008.


Popularity: 40% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Tak sempat nak ke pesta buku…
- Entri pemanas PBAKL 2010 (2)
- PBAKL 2010
- Entri pemanas PBAKL 2010
- Buku baru dari The Book Depository!
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 27 Category: Budaya Membaca, Buku



Pergh!
Terujanya nak pergi.. Huhu..
Minta-minta saya berkesempatanlah..
wah, banyaknyer buku ko beli..
ni yg me teringin nak pergi pwtc kan..
Hehehe…baca perlahan-lahan ye.
buku “Ingin Sebebas Burung: Antologi Dwibahasa Cerpen Malaysia & Jerman, Holger Warnk & Volker Wolf” tu di beli dari penerbit yang mana ya?
wahhhh..lamanya x beli+baca buku..
entry tok mudin ni buat chegu insaf..
tp selalunya xdak masa nak bergelumang bgn bacaan..
tp perlu diusahakan..
Huh! Jeles ar ToK dapat signature FT. Aku dah beli dan FT dah memang ada kat situ, tp aku plak pemalu nak hulur minta signature! HaHaha … dah 2 kali aku jadik camtuh!!
HaHa, kalo ko bawak RM1000 mau kene usung ngan troli buku2 tuh
bayan, buku itu boleh didapati di gerai ITNM (institut terjemahan) di TR3.
Tok Mudin, terima kasih! Terima kasih sekali lagi!
ana sampai jumpa dgn author buku Aku Terima Nikahnya,petang sabtu tuh tanya apsal buku die tk sampai lagik..ghupanya dia pun dtg situh nak tengok buku beliau yg tk kesampain lagik ptg tuh.. sorry ek tuang boling pergi pwtc sbb minggu dpn pack giler…maklumlah dah memerintah
Akira, banyak masa lagi. Pergi sajalah.
en me, pergi jangan tak pergi.
Bayan, en fadz dah tolong jawab.
fizzy, bak kata abang said mirro di sini, membaca itu perlu dijadikan kerja.
Deen, orang yang malu-malu kucing selalu rugi. Ahaks!
fadz, sama-sama bro.
Abu Amiir, nak projek, boleh?
Huhuhuhu kepingin sekali ke sana…Tapi jauh amat….
waa… kepingin benar hendak ke pesta buku. kali terakhir berkunjung ialah pada dua tahun lepas. ketika itu masih di uitm shah alam makanya dekat dan harus mengosongkan agenda sehari utk ke sana.
sekarang ble dh kerja dh tak boleh lagi. huhu…
ingat lagi… dulu2 pergi semata2 mahu dapatkan novel dari creative entreprise (ala… zaman2 skolah2 dulu2… who could blame me, right?)
hanya jeles perkataan yg dpt aku ungkapkan.. mungkin aku perlu menambahkan ketamakan aku.. haha.. tahun dpn mungkin.. insya Allah..
eh eh aku ada 13 mei sebelum dan selepas – cetakan pertama kot. Ntah mana aku simpan ntah. ish!
Kali terakhir aku ke pesta buku, aku rasa macam kurang variasi. Ke aku yg tak tahu mencari? Entahlah. Pasal asak mengasak ni aku kurang sikit. Agak claustophobic sikit… err bukan tempat sempit.. tempat yg ramai orang
best sgt ker pesta buku tu?
hehehe… itu soalan org jeles.
wah.. borong sakan..
dok tanyo king bilo nok apdet blog dio tu… hahah…
Azhar, tahun depan datanglah, kita pergi ramai-ramai
shandye, tahun depan, ok?
so’od, itulah. kan aku dah kata, orang tamak tak rugi. Orang malu macam Deen tu yang rugi. Haha.
Khairyn, ya… tiga tahun lalu aku rasa pesta bukunya tidak sehebat sekarang. Sekarang jauh lebih menarik.
Kema, achik… masih ada masa untuk membuatkan aku pula yang jeles.
Pakchik, dia susah nak online sekarang.
huhu…jeles!
wo..suping sakan…
errr..err..personal ques. bleh, how tall r u ek?..
Kak Hany, jeles apa?
wann, 165 cm. Kenapa?
hahaha…no actually I was just wondering about FT’s height…hahaha..TQ
Hampeh, sempat ngutuk aku lagi tuh. Huk Huk Huk!! :p
Tahniah mudin.
Nampaknya kau juga punya minat yang berbeza dari orang lain, dari segi genre buku yg kau baca maksud aku…..
wann, hehheh. Tinggikan dia?
Deen, hahaha!
Wak, aku boleh belaka buku apa pun.
wah, tok mudin..kami dperantauan miss lagi! kena tunggu musim2 summer la cari kat kedai buku. tak pun kita leh buat book review sesama kawan2 yg ada buku2 baru!
saya x berkesempatan nk pergi…
banyak sangat assignment dan test..
Aku pun sambar Saga Horizon..