Aku tinggalkan politik sekejap. Juga tentang keluarga dan keletah Adam dan Alya. Kecek-kecek tentang kerja sesekali. Satu prinsip yang aku pegang dalam kerja adalah seperti pesanan Theodore Roosevelt ini:

When you are asked if you can do a job, tell ‘em, ‘Certainly I can!’ Then get busy and find out how to do it.

Iya. Kalau ingin berjaya dalam kerjaya, atau apa sahaja, jangan tunjukkan kebodohan atau ketidak tahuan kita. Berusahalah mencari jawapannya. Sebagai contoh, aku baru dua minggu bertukar kerja. Belum sempat menghadiri sesi latihan apa-apa, hanya ikut-ikut. Bila ditanya, “Din, boleh pergi Johor esok, kena troubleshoot satu site?.” Tanpa perlu berfikir, walaupun aku sendiri belum pernah melihat benda yang perlu aku rawat itu, aku menjawab, “OK.”

Dan aku terus sibuk membaca segala manual dan mencari panduan yang ada. Begitulah. Bukan bodek. Tapi yakin dengan kebolehan diri. Buktikan diri layak dibayar sebegitu untuk melakukan kerja yang sebegitu. Itulah prinsip yang aku pegang, ketika di Siemens dulu, sekarang, dan Insya Allah selama-lamanya.

Sekadar berkongsi pengalaman, kalaulah boleh dijadikan panduan. Terutamanya untuk si adik yang baru habis belajar, tapi malu-malu untuk hadir temuduga, walaupun telah dibuka jalannya. Peluang tidak selalu datang. Buang malu tidak bertempat, yakin dengan diri. Semoga berjaya!

Popularity: 35% [?]

Silakan membaca entri-entri dibawah juga:

Entri dengan komen terbanyak: