• Chelsea ke Malaysia, apa kata kamu?
  • Aku ingin melanjutkan perbincangan/perbahasan yang tercetus dari entri saudara Hasbullah ini. Setujukah kalian Chelsea (bersama dengan warga Israelnya) dibenarkan masuk ke Malaysia?

    Aku tidak setuju. Dan aku tidak faham dengan hujah pihak-pihak tertentu (termasuk Wisma Putra) yang mengatakan ini adalah isu sukan, yang tidak perlu dicampuradukkan dengan politik. Bagi aku, ini bukan masalah ia isu sukan atau isu politik. Ia adalah persoalan dasar/polisi kerajaan Malaysia. Adakah Malaysia mengiktiraf negara Israel? Setakat yang aku tahu, tidak. Bermakna sesiapa yang memegang pasport Israel tidak boleh memasuki negara Malaysia. Chelsea boleh datang, tapi tanpa Avram Grant dan Tal Ben Haim.

    (Ini tiada kaitan dengan fakta bahawa aku penyokong Arsenal, ok?)

    Dan siapa mahu jawab soalan saudara Hasbullah ini?

    Apa istimewanya “Sukan” sehingga tidak boleh dicampur adukkan dengan Politik?

    Adakah “Sukan” adalah syarat untuk menghalalkan segalanya?

    Adakah Sukan juga terlalu istimewa untuk tidak boleh dicampuradukkan dengan agama?

    Apa kata kalian?

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 28% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Kecek-kecek: 2010, 2020 & Malaysia Boleh!
    2. Di Malaysia, semua yang silap adalah salah ibu bapa
    3. 13 Mei Sebelum Dan Selepas
    4. Idola? Biar betul!
    5. Kecek-kecek ringkas seputar PAS

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 21 Category: Islam, Isu Semasa, Politik
  • Tags: , ,

21 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin