- Rustam A. Sani dan buku (lagi)
-
Salam semua.
Semalam, aku ke majlis pelancaran dua buah buku terbaru (dan yang terakhir?) arwah Rustam A. Sani. Mahu baca lanjut atau lihat gambar-gambar di sekitar majlis tersebut, sila klik pautan-pautan yang aku letakkan di akhir entri ini.
Seorang teman, yang kebetulan juga hadir di majlis itu tapi berada agak jauh dari tempat duduk aku, menghantar SMS. Bunyinya begini, “Maghi wak gapo, demo doh jadi sosialis ko?.”
Aku tersenyum. Sepatah kujawab, “Taqiyyah.” Haha! Teman-teman MMU, dapatkah kalian meneka siapa dia?
Sekadar selingan.
Dan aku bawa balik empat buah buku.
Failed Nation? Concerns of a Malaysian Nationalist, Rustam A. Sani- Social Roots of the Malay Left, Rustam A. Sani
- Makkal Sakhti 2008: Analisis Pilihanraya Umum Ke-12, Riduan Mohamad Nor
- Keganasan, Penipuan dan Internet, Hishamuddin Rais (bakal dilancarkan 1 Mei nanti)
Kata Anwar, arwah Rustam pernah menyebut, tradisi di Malaysia, buku dilancar tapi tidak dibaca. Ah… mungkin boleh ditambah, buku dibeli tapi tidak dibaca!
Berkaitan:

Popularity: 25% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Beberapa pautan tentang buku
- Tak sempat nak ke pesta buku…
- Buku: 29 untuk 2009
- Suara Baru guna gambar buku Tok Mudin tanpa kebenaran
- Buku baru dari The Book Depository!
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 10 Category: Buku, Isu Semasa, Politik



Ha Ha!
Aku juga termasuk dalam statistik orang yang membeli buku, baca tapi tak habis.. kerana selalunya belum sempat habis dah ada buku baru yang lagi ‘best’ keluar.
Contoh macam buku History Of Gods yang aku masih baca.. 2-3 bulan sudah kan ker keluar baru punya.. The Great Transformation!
Aku masih menelaah!
Dan selalunya, akibat bertukar-tukar buku, aku tak paham langsung apa yang Author tu cuba sampaikan…!
Ha Ha!
HH, kebetulan. Aku sedang menelaah The Great Transformation. Baru sampai separuh.
Aku cemburu membaca entri kamu ini..
Selamat Membaca dan mencerna….!
selamat berbuku..
kawe sampai lebih awal dari anwar dan terpaksa belah dulu melayan kanak-kanak 2 tahun!
…terlepas…
Ana sempat belek-belek buku Keganasan, Penipuan dan Internet oleh Hishamuddin Rais semalam di MPH. Tidak pasti samada ada isinya kah atau gaya penulisan santai lagi ’sarcastic’ kah yang membuat ana terleka sampai ke mukasurat 20 lebih. Tapi tengok harga RM30, terbantut selera hehe.
Wak, jangan risau, aku hanya boleh baca satu buku saja satu masa. Sama macam orang lain juga
saidmirro, lors… patutlah tak nampak
Edry, atau kerana ‘cover’nya? Tulisan Sham Rais memang begitu
Sdr Mudin, ini entri yang saya tunggu dari awal minggu. Saya dah muatkan ulasan Sdr. Buku2nya saya uruskan hari Rabu InshaAllah. Terima kasih ulasannya.
Makkal Sakhti 2008: Analisis Pilihanraya Umum Ke-12
Dah pegang dah buku tu time kat Pesta Buku. Tp letak balik sebab, sebab, sebab duit tak cukup. Ter over shopping buku2 lain. Hehehe…!!
Lepas nih leh la pinjam buku tu kat Tok ye, buleh la, buleh la hehehe
Salam Tok Mudin,
ana betul2 kesal kerana tidak sempat menghadiri pelancaran buku2 arwah Pak Rustam. Sepatutnya ana hadir, sebagai tanda memberi penghormatan kepada jasa2 Pak Rustam kepada familinya.
Hilangnya seorang pemikir alternatif