The Alchemist di Bukuria
Sudah dua hari berturut-turut, pulang dari kerja dan menyelesaikan apa yang perlu (mandi, solat, makan), aku terus tidur. The Great Transformation hanya sempat dibelek sehelai dua, laptop tidak disentuh. Entah kenapa, kepenatan pulang dari kerja kebelakangan ini amat terasa.
Natijahnya, sudah beberapa hari blog ini tidak dikemaskini. Jadi hari ini, aku tepekkan di sini, ulasan buku The Alchemist yang tersiar di Bukuria:
Amilya Antonetti seorang ahli perniagaan yang berjaya di Amerika Syarikat, di dalam buku You’ve Got To Read This Book! telah memilih novel The Alchemist sebagai buku yang patut dibaca oleh semua orang. Buku You’ve Got To Read This Book! adalah sebuah buku yang mengumpulkan kisah 55 orang yang boleh dikatakan berjaya di dalam bidang masing-masing dan buku-buku yang telah mengubah hidup mereka.
Dalam kes Antonetti, sebelum beliau mengorak langkah dan berjaya dengan perniagaan sendiri, beliau boleh dikatakan telah pun berjaya dalam dunia korporat Amerika. Memegang jawatan yang agak tinggi dalam syarikat-syarikat besar seperti Siemens dan AT&T. Tapi beliau merasakan hidupnya kosong dan tidak bermakna, sehinggalah beliau bertemu dengan The Alchemist.
(Baca seterusnya di sini.)
Bercakap tentang Bukuria, pertamanya diucapkan tahniah diatas kelahiran e-majalah (pertama?) berkisar dunia buku berbahasa Melayu ini. Secara peribadi, aku sangat menyokong usaha ini. Semoga budaya membaca akan terus berkembang di Malaysia. Jangan lupa untuk membaca angan-angan (Minah Jenin?) Bukuria.
Entri-entri berkaitan:
- Ogos dan apa yang aku baca
- Bacaan Mei
- Bacaan Februari
- Februari dan apa yang aku baca
- Bagaimana mahu membaca lebih banyak buku?
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Amilya Antonetti seorang ahli perniagaan yang berjaya di Amerika Syarikat, di dalam buku 














Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Errrr… Din… apa yang engko jumpa dalam The Great Transformation? Aku ‘hmapir’ jumpa sesuatu dalam ‘The History of God’! Hehehe!
April 30th, 2008 at 11:40 amsaya malas nak baca bahan bacan yg berat2.. suka yg santai2 je..
April 30th, 2008 at 2:08 pm*bacaan
April 30th, 2008 at 2:08 pmtajuk best ar. nak pi carik aa nanti
April 30th, 2008 at 2:30 pmterima kasih secara tak langsung kecek-kecek ttg Bukuria di sini… Buku Sdr mungkin akan b’tolak dr e-kedai paling awal hari ni. Hopefully sampai dgn selamat.
April 30th, 2008 at 2:34 pmHH, ermm… apa ya? Tak jumpa. Apa yang kamu jumpa, boleh kongsi?
Achik, The Alchemist rasanya tidak berat. The Great Transformation mungkin berat.
Kema, cari jangan tak cari.
Pn. Najibah, sama-sama dan terima kasih.
Aku setuju bila kau kata yang The Great Transformation satu buku yang BERAT! Malah kalau dikira, semua karya Armstrong adalah dari kategori berat-berat belaka.
Apa yang aku jumpa ya??? hahaha! mungkin perlu satu artikel panjang, berat dan tak disukai ‘ramai orang’ kalau aku tulis nanti.
Yang nyatanya, Tuhan dia (penulis buku) dan tuhan aku adalah sama! Lain-lain aku biarkan imaginasi kalian tafsirkan!
Pun begitu mungkin kalimah syahadah ‘kami’ tidak sama langsung-langsung.
April 30th, 2008 at 5:05 pmHH, aku setuju tentang itu.
Boleh baca juga:
http://www.prismantiq.com/?p=97
dan ini
http://saifulislam.com/?p=639
Wah! Macam menarik…
Sebab banyak sangat membaca buku falsafahlah agaknya, fikiran aku ‘biol’ sikit sekarang. Hehehe!
April 30th, 2008 at 5:50 pmWak, semoga cepat sembuh dari kebiolan
Semalam saya sempat duduk dengan seorang ustaz dan seorang pakcik. Pakcik tu pernah ke Poland dan dijemput menghadiri sebuah jamuan. Dia terjumpa dengan seorang Yahudi dari Israel. Mereka berdua tak makan sebab makan sebab makanannya tak halal dan tak kosher, bagi orang Israel tadi.
Menurut Ustaz, orang Nasrani percaya kepada God dan juga Lord, yakni Jesus. Sekiranya haiwan disembelih dengan menyebut nama Lord, maka ianya tak halal. Tapi daging kosher disembelih dengan menyebut nama Tuhan yang merujuk kepada Allah. Sebab yang demikian daging kosher boleh dimakan oleh orang Islam. Misalnya jika seorang yang naik kapal terbang syarikat negara lain dan ingin pesan makanan, jika set halal tak ada boleh pesan yang kosher. Tapi kosher dan halal bukannya sama, ada perbezaannya. Allahu ‘alam…
May 1st, 2008 at 3:39 pm