April 2008, aku kira adalah bulan membeli buku, bukan membaca. Sekurang-kurangnya bagi aku. Apa tidaknya, dengan Pesta Buku Antarabangsa KL yang berlangsung pada awal bulan, promosi-promosi hari buku sedunia, pelancaran-pelancaran buku, maka kempislah dompet peminat buku. Sekurang-kurangnya bagi aku.
Sepuluh buah buku yang dibeli di pesta buku lalu, ditambah dengan empat buah buku lagi pada majlis pelancaran dua buku Rustam A. Sani, menjadikan jumlah buku yang baru mengisi rak aku ialah sebanyak 14 buah. Satu pun belum dapat dihadam betul-betul. Hanya dibelek sekali lalu. Jadi apa yang aku baca bulan lalu?
Satu sahaja. Sangeetha oleh Azizi Haji Abdullah. Sebuah novel cinta. Geli-geli. Tapi bukan geli-geli biasa. Ini cinta geli-geli orang tua. Bukan setakat tua, tapi sudah kerepot atau pikun (mengambil istilah yang diguna penulis). Bagaimana ya cinta seorang janda 80 tahun dengan seorang lelaki tua yang membujang hingga 75 tahun? Entahlah, tidak pernah terfikirkan di mindaku. Bak kata Elyana, tak tercapai akalmu.
Jelas bagi aku, novel ini menunjukkan kehalusan pemerhatian seorang sasterawan. Beliau berjaya mengungkapkan dan melakarkan kehidupan sehari-hari dua orang tua, yang pastinya amat membosankan bagi orang muda (seperti aku) dengan begitu seni sekali. Terbayang-bayang wajah Chik (ayah Abah, datuk aku) di kampung yang sudah lebih 10 tahun menduda. Kini usia sudah melangkaui lebih 80 tahun barangkali. Sukar untuk mengungkapkan apakah isi hatinya dalam segala kepayahan hidup sebagai orang tua. Perbualan telefon terakhir dengan Ma (ibu aku) beberapa hari lalu menggambarkan Chik sedang uzur.
Ah… berbalik kepada soal buku. Sangeetha memang kisah cinta. Tapi bukan cinta biasa. Cinta ini cinta orang tua yang tidak terluah dengan kata, cinta yang terpendam dalam tingkah dan rajuk. Bukunya tebal, 560 mukasurat. Bacalah kalau mahu. Aku, masih merangkak-rangkak dengan The Great Transformation.
Popularity: 21% [?]
Silakan membaca entri-entri dibawah juga:
- Tiada siapa pun menafikan jasa TG Hj Hadi!
- Ya Allah, panjangkanlah umur TG Nik Aziz!
- Siapa jumpa Pak Lah, angkat tangan!
- Daulat Tuanku!
- Debat minyak: 24 jam kemudian...
Entri dengan komen terbanyak:
- Blog ini ada peminat baru, malangnya dia pengecut (59)
- Teka buku dan menang! (52)
- Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin! (28)
- Kecek-kecek Pesta Buku (27)
- Tidak perlu alasan untuk lompat (27)
- Jangan tunjukkan kebodohan! (24)
- Terpesona? (22)
- Bersih di jualan gudang Times (22)
- Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme (22)
- Kecek-kecek selepas mengundi (21)















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah.
Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
salam tok,
saya rasa tahap pembacaan saya sekarang ni bukan lagi merangkak-rangkak tapi sudah tersembam tersungkur… huhu….
harapnya bulan 6 ni dah ok… tak sabar nak menatap buku-buku yang dibeli (walaupun tak banyak) di pesta buku tempoh hari…