April dan apa yang aku baca

Posted on May 2, 2008

April 2008, aku kira adalah bulan membeli buku, bukan membaca. Sekurang-kurangnya bagi aku. Apa tidaknya, dengan Pesta Buku Antarabangsa KL yang berlangsung pada awal bulan, promosi-promosi hari buku sedunia, pelancaran-pelancaran buku, maka kempislah dompet peminat buku. Sekurang-kurangnya bagi aku.

Sepuluh buah buku yang dibeli di pesta buku lalu, ditambah dengan empat buah buku lagi pada majlis pelancaran dua buku Rustam A. Sani, menjadikan jumlah buku yang baru mengisi rak aku ialah sebanyak 14 buah. Satu pun belum dapat dihadam betul-betul. Hanya dibelek sekali lalu. Jadi apa yang aku baca bulan lalu?

Satu sahaja. Sangeetha oleh Azizi Haji Abdullah. Sebuah novel cinta. Geli-geli. Tapi bukan geli-geli biasa. Ini cinta geli-geli orang tua. Bukan setakat tua, tapi sudah kerepot atau pikun (mengambil istilah yang diguna penulis). Bagaimana ya cinta seorang janda 80 tahun dengan seorang lelaki tua yang membujang hingga 75 tahun? Entahlah, tidak pernah terfikirkan di mindaku. Bak kata Elyana, tak tercapai akalmu.

Jelas bagi aku, novel ini menunjukkan kehalusan pemerhatian seorang sasterawan. Beliau berjaya mengungkapkan dan melakarkan kehidupan sehari-hari dua orang tua, yang pastinya amat membosankan bagi orang muda (seperti aku) dengan begitu seni sekali. Terbayang-bayang wajah Chik (ayah Abah, datuk aku) di kampung yang sudah lebih 10 tahun menduda. Kini usia sudah melangkaui lebih 80 tahun barangkali. Sukar untuk mengungkapkan apakah isi hatinya dalam segala kepayahan hidup sebagai orang tua. Perbualan telefon terakhir dengan Ma (ibu aku) beberapa hari lalu menggambarkan Chik sedang uzur.

Ah… berbalik kepada soal buku. Sangeetha memang kisah cinta. Tapi bukan cinta biasa. Cinta ini cinta orang tua yang tidak terluah dengan kata, cinta yang terpendam dalam tingkah dan rajuk. Bukunya tebal, 560 mukasurat. Bacalah kalau mahu. Aku, masih merangkak-rangkak dengan The Great Transformation.

Entri-entri berkaitan:

  1. April dan apa yang aku TAK baca
  2. Mei dan apa yang aku baca
  3. Jun dan apa yang aku baca
  4. Ogos dan apa yang aku baca
  5. Mac dan apa yang aku TAK baca

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

11 Responses

  1. sis_aflah

    salam tok,

    saya rasa tahap pembacaan saya sekarang ni bukan lagi merangkak-rangkak tapi sudah tersembam tersungkur… huhu….

    harapnya bulan 6 ni dah ok… tak sabar nak menatap buku-buku yang dibeli (walaupun tak banyak) di pesta buku tempoh hari…


  2. tok, aku sangap nak beli buku.

    tapi aku xleh beli.
    sbb nanti aku x study.
    sebok bace buku.

    ko xnak ke kasi aku buku yg ko x bace?huhu!


  3. aku lebih suka lepak dan baca buku free kat kedai buku. sampai tokey tu tengok aku semacam dua macam jer. tapi aku tak kisah.. sebab aku selalu kata “kedai buku you nie memang complete laa..i suka dtg kedai buku you…”


  4. Sis, selamat membaca. :)

    CikRynn, kamu asyik minta barang free kat aku ni, dah tanya Ummu Adam ke? Hehheh!

    Ijad, haha… bagus juga begitu.

  5. achik

    14 buah.. wah!! saya setahun pun buleh kira beli berapa.. suka baca tapi kureng suka beli.. hahaha.. sekolah dulu syok lepak kat library.. ;p

  6. wann

    saya ada pinjam buku Sangeetha ni dari library tapi saya tak baca mcm boring gitu..ekekekek

    Skrg ni ada pinjam buku SCRINIK Antologi Cerpen Fiksyen Sains. Ada 24 cerpen oleh 24 penulis belia setempat..belum baca lagi..heheh..sbb ada buku novel yg hendak baca dulu.. :)


  7. tiba2 terasa nak buat inventori buku2 kat umah ni. dalam dok punggah, maka terkumpullah lebih kurang dari 200 buah buku pelbagai tajuk dan genre. belum lagi yang dalam stor. waaaahhhh .. rasanya separuh aku masih tak sempat baca. hahhahaha … seronok beli masa keje kat MM dulu sebab tiap bulan dapat book voucher beratus ringgit.
    terpandang buku lama Soal Jawab Islam bersama Prof Drs Hamka. Ahhh … aku tersentuh. Aku nak baca untuk bulan ni …
    Selamat membaca untuk kamu juga …


  8. Achik, aku bukan tak suka pinjam, tapi biasanya perpustakaan tidak berjaya memuaskan nafsu membaca aku. Koleksinya maksud aku, kurang menepati citarasa. :)

    Wann, Izinni, selamat membaca!


  9. Salam,

    Saya juga sedang bertungkus lumus membaca buku yang dibeli semasa PBAKL.
    Lebih dari separuh sudah dibaca.

    Sangeetha buku yang bagus. Saya sudah baca dan tulis di blog. Saya terasa seperti dibawa ke sebuah dunai yang lain apabila membaca buku ini. Dunia orang tua yang sunyi dan sepi…

    Selamat membaca!


  10. wah! abg mudin baca gak buku cinta rupanya~ :p bulan april, bulan membeli buku? same for me too.utk membaca….alahai :)


  11. Ini yang membuatkan saya teruja utk menghabiskan buku2 baru saya yang berlonggok tak disentuh itu :)

    - MENJ

Leave a Reply