April dan apa yang aku TAK baca
Maxis Broadband benar-benar menguji apa yang aku faham dengan sabar malam ini. Persoalannya, perlukah aku bersabar atau humbankan saja ia ke laut?
Ah, bukan itu tujuan entri ini. Aku tahu hujung minggu lalu ada KLAB. Teruja juga melihat tulisan-tulisan di blog teman-teman yang berkunjung ke sana. Tapi biarlah, memang sudah diniatkan untuk aku buat tidak tahu sahaja. Kenapalah agaknya dibuat hanya sebulan selepas PBAKL? Tak apalah, biarlah!
Apapun, memang banyak lagi buku yang belum dibaca di rumah. Antaranya, buku yang dikatakan superb oleh Ummu Auni. Ya, buku kamu Cik Khairyn, Zahrah de Tigris. Aku tak tahu, aku belum membacanya. Dan aku tidak meletakkan ia keutamaan buat masa sekarang.
Buku yang banyak menimbulkan rasa bersalah dalam diri, kerana masih belum membacanya ialah buku Dari Beirut ke Jerusalem oleh Ang Swee Chai. Sudah banyak yang dibaca tentang buku ini. Ustaz Nik Abduh juga menyarankan agar ia dibaca segera. Naskhah untuk kamu belum tiba ya Cik Khairyn. Sabar.
Oh ada lagi… My Name is Red oleh Orhan Pamuk juga memanggil-manggil agar aku menyentuhnya. Kerana rasa bersalah terhadap buku-buku inilah, aku membuat keputusan untuk buat tidak tahu sahaja terhadap KLAB. Biarlah…
Entri-entri berkaitan:
- April dan apa yang aku baca
- Disember dan apa yang aku baca
- Oktober dan apa yang aku baca
- September/Ramadhan dan apa yang aku baca
- Ogos dan apa yang aku baca
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Mudin,
Buku Dari Beirut ke Jerusalem wajib dibaca! Saya membaca versi yang asal.
Sebagai seorang Muslim, saya rasa malu dgn Dr Ang Swee Chai!
Beliau patut diberi anugerah tertinggi dunia Islam atas sumbangan beliau di Palestine!
My Name Is Red juga menarik, walaupun sukar untuk menghabiskannya.
Mungkin kerana ianya terjemahan dari Bahasa Turki?
May 6th, 2008 at 11:00 amMaxis Broadband juga banyak mengasah bakat aku menjadi manusia yg penyabar (meskipun rasa macam nak pijak2 je menatang putih tuh!)
info pasal KLAB tu pon dah lepas baru aku tau. Tp kalo tahu pon, time tuh mmg tak dpt aku pegi. Buku Dari Beirut ke Jerusalem tuh aku dah pegang, tp memandangkan budget tak mengizinkan, terpaksalah tunggu minggu depan atau minggu satu lagi huk huk huk …!!
May 6th, 2008 at 11:38 ammudin,
Saya rasa sepatutnya diadakan kempen Bacalah Buku-Buku Yang Anda Telah Beli. Kalau pun tak akan ada kempen ini, saya akan mengadakannya khas buat diri saya sendiri, sebab malu rasa tengok penuh buku-buku tak berbaca.
May 6th, 2008 at 6:38 pmarghhhh!
jelesnyer.
ryn dok carik buku zahrah de tigris.
tp MPH kat sini yg baru dibukak itu sgtlah jauh dan sangatlah mbuatkan ryn pening pale.
mau la bace buku2 yg tok bace neh.
jeles oke!
kene tunggu abes exam baru buleh menggatal kat kedai buku.
*sedey*
May 6th, 2008 at 7:48 pmbanyaknya buku….nak dibaca.
May 6th, 2008 at 10:02 pmTak pe tak pe.. aku tunggu jer buku tu tiba di pangkuan.. chewah!
May 7th, 2008 at 6:36 amSekarang ni pun tak berkesempatan nak baca buku-buku lain kecuali buku sekolah. Nak exam!! Doakan aku tok.. er mintak adam ngan alya doakan sekali ek hehehehe
aku pun tak baca lagi zahrah de tigris tuh! huhuhuhuhu …
May 7th, 2008 at 7:59 amJR, kamu hanya menambahkan rasa bersalah aku, membiarkan buku itu tersadai lama. Huhu!
Deen, kamu pun pakai Maxis BB ya? Selamat bersabar. Haha!
Rol, itulah. Tambahan pula sekarang ini makin sibuk. Balik kerja dah penat, tak banyak masa untuk baca buku.
CikRynn, gudluck exam.
Rudy, itulah. Belum kira GT lagi tu.
Khairyn, sama macam Rynn lah. Gudluck!
Izinni, ha… bacalah cepat. Jangan malas-malas! :>
patut banyak backlink dari blog mudin menuju ke zahrah de tigris
mudin, bacalah. memang superb!
aliran cerita yang mengalir deras ibarat air sungai yang jatuh menjunam.
Akak menangis membacanya. Terasa betapa kerdil & insafnya kita jikalau benar-benar berada di sana.
Respect betul pada penulisnya, akak rasa memang dia benar-benar merasai sendiri pengalaman perang di sana.
May 7th, 2008 at 3:20 pmsaya pun pakai Maxis broadband.. mmg bersabar sungguh!!! dari hari ahad lepas cuba komen kat blog tok mudin x berjaya2.. heh!!!
May 7th, 2008 at 5:15 pmbukan malas … tapi ada buku lain yang lebih afdal untuk dibaca dulu. lagipun masa buku tu ditulis ahkak ni jugak yang jadi teman brainstorming dikala writer’s block melanda. so sikit kurang kiranya dah ‘baca’ gak ler … huhuhuhu … bengang khairyn nanti . ehehehhe ..
May 8th, 2008 at 1:57 amSampai saya rasa bersalah juga baca entri ni sbb buku Beirut tu belum dapat sampai ke tangan yang sepatutnya. Maaf banyak2 lah. Buku tu memang ‘berhantu’, saya baca masa belajar dulu, habiskan pukul 4 pagi dan esok monyok mengantuk di kelas.
My Name is Red, terjemahan Indonesianya mahal benar. Lebih RM50 tahun lepas. Atau kita dah ada terjemahan BM?
May 8th, 2008 at 2:23 amUmmu Auni, Insya Allah nanti saya baca. Tapi tak tahulah bila.
Achik, ha… banyakkanlah bersabar.
Izinni, oh begitu. Bila nak tulis buku sendiri?
Kak Najibah, tak apa, tiada masalah. My Name is Red, saya punya yang versi Inggeris. Melayu tak pernah jumpa pula.
buku zahrah de tigris tu.. ngan jemari seni buleh order…
May 8th, 2008 at 2:29 pmbila? diri sendiri pun bertanya persoalan yang sama. Tiap2 berchat dengan khairyn itulah yang disuruhnya … brainstorming sama2 tapi hasil dia nampak, hasil saya entah bila … hmmmm
May 8th, 2008 at 9:09 pmmy name is red mencabar minda dan nafsu.
klab mencabar nafsu untuk membeli buku baru.
sedangkan buku yang dibeli di pwtc masih banyak dalam plastik.
May 12th, 2008 at 1:03 pmaddeeehhh laa…