Blog untuk Palestin: Mereka dibunuh, kerana kita membenarkannya!
Sudah menjadi kebiasaan, setiap hari mesti membelek buku. Sebenarnya pada masa ini aku sedang membaca kumpulan cerpen Nyanyian Anak-anak Lembah oleh Wan Yusoff Hassan. Tapi hari ini, aku ketepikan dulu buku itu dan mula membaca Dari Beirut ke Jerusalem oleh Dr Ang Swee Chai.
Saja aku memilih tarikh hari ini untuk mula membaca buku yang telah sekian lama meninggalkan rasa bersalah dalam diri. Harapnya dalam kembara aku bersama buku ini nanti, dapat memberikan jawapan kepada banyak persoalan di minda dan jiwa. Sekurang-kurangnya biarlah dapat menimbulkan keinsafan dalam diri seorang manusia dan mendekatkan aku kepada Yang Maha Pencipta, sebagaimana penulis menemui erti agama dan Tuhan di Sabra dan Shatila.
Jadi, sempena Blog About Palestine Day hari ini, aku nukilkan kembali di sini, kata-kata Dr Ang Swee Chai dalam prakata buku ini:
Saya masih ingat bagaimana saya mula-mula tiba di Sabra dan Shatila sebagai seorang pentaksub Kristian fundamentalis yang berprasangka dan megah. Saya mempercayai kebaikan negara-negara ‘Kristian’ Barat dan kebenaran negara Israel. Saya menyangka saya arif tentang kitab Injil dan Tuhan berada di pihak KAMI.
Cerita kegemaran saya dalam Old Testament pada masa itu adalah bagaimana Joshua menawan Jericho dan kisah David dan Goliath. Saya bergembira dengan kemenangan tentera Israel. Seperti rakan-rakan Kristian yang lain, saya merayakan ‘kejayaan agung’ tentera Israel dalam Perang Enam hari pada 1967, sekali gus tertawannya Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Saya menunggu-nunggu hari penubuhan negara Israel sebagai saat untuk diraikan.
Namun pada pagi itu, di Sabra dan Shatila, Tuhan telah mencabut rasa megah yang menebal di hati saya. Saya disuakan dengan jasad-jasad yang bergelimpangan di lorong-lorong kecil di situ. Melalui mereka saya menemui erti agama dan Tuhan. Dosa bukan lagi urusan minda dan intelek. Dalam masa beberapa detik sahaja, dosa kebencian, pembunuhan, militerisme, ketamakan, amarah dan kekejaman telah diterjemahkan ke dalam jasad-jasad remuk mangsa.
Kehendak Tuhan sentiasa adil dan mereka yang melakukan jenayah mesti dihukum. Kita semua adalah sama di hadapan Tuhan, Hakim dan Pengampun kita. Saya sebenarnya turut bersalah seperti mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai itu.
Bagi sesetengah orang, jenayah peperangan adalah dosa yang dilakukan oleh orang lain; dan itulah hakikatnya. Tetapi pada pagi itu, di tengah-tengah bahang matahari Beirut, saya mengerti - rakyat Palestin dibunuh kerana, secara kolektif, kita membenarkannya berlaku.
Itulah pengakuan dari seorang yang menggelarkan dirinya sebagai ‘rakan’ kepada rakyat Palestin. Penulis tidak menggunakan istilah ’saudara’ seperti yang kita (orang-orang beragama Islam) selalu gunakan. Persoalannya, benarkah kita saudara mereka? Apakah buktinya kita saudara mereka? Kalau penulis yang benar-benar berjasa itu pun hanya menggelarkan dirinya sebagai rakan, layakkah kita untuk menggelarkan diri kita sebagai rakan mereka, apatah lagi saudara?
Aku hanya mampu menjawab untuk diriku sendiri. Tidak layak adalah jawapannya. Kalian? Lu pikirlah sendiri, kata Nabil si Raja Lawak.
Dibawah ini adalah tulisan-tulisan lain tentang Palestin yang aku jumpa hari ini (setakat 11:00 PM, 15 Mei 2008). Kalau kalian juga ada menulis tentang Palestin, sila tinggalkan URLnya di bahagian entri ini. Terima kasih.
- Remembering Nakba Day (The catastrophy) of 1948
- Palestin
- Palestin: Di Mana Kita?
- PALESTIN YANG TERUS DITANGISI
- Sempena Nakbah Palestin: Salahuddin perlu diteladani
- Palestine Day: Remembering An-Nakba (The Catastrophe) of 1948
- Nakbah Palestin
- Catatan untuk Palestine
- Tentang Palestin?
- Palestin: Kisah Sedih dan Duka
- “NAKBA”
- something about palestine
- Untukmu Palestin
- Give peace a chance in Palestine
- 60 Tahun Nakbah Palestin
- Nakba: 60 Tahun Malapetaka!
Entri-entri berkaitan:
- 15 Mei - Blog untuk Palestin
- Kecek-kecek: Polis, Gula, Palestin dan Salam Takziah
- Palestin dan Frederic Kanoute
- Seruan untuk ahli-ahli PAS; sertai Goodreads!
- Kecek-kecek: Buy-election, Ezam, Iran, Palestin, Malaysiakini
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
perasaan aku bercampur baur bila aku baca kisah Sabra dan Shatila. Sedih, benci, geram, sakit hati semua ada.
May 15th, 2008 at 2:48 amKenapa kita masih buta hati????
adeh!!! saya ngaku slama ni jarang ‘amik peduli’… huhuhu..
mungkin saya patut baca buku Dari Beirut ke Jerusalem tu..
May 15th, 2008 at 9:39 amhttp://fadznida.blogspot.com/2008/05/palestin-kisah-sedih-dan-duka.html
May 15th, 2008 at 12:34 pmhttp://www.ibnjuferi.com/palestine-day-remembering-an-nakba-the-catastrophe-of-1948/
May 15th, 2008 at 1:54 pm
May 15th, 2008 at 3:06 pmsangat2 rasa bersalah.
sangat2 rasa berminat nak baca buku tuh.
insyaAllah, lepas ekzem nak carik.
May 15th, 2008 at 3:38 pmhttp://ashraflatif.wordpress.com/ cuma sepicing taipan.
May 15th, 2008 at 5:03 pmTeruskan memanjat doa kepada ilahi, bantulah dengan sekurang2nya membenci israel dan menyayangi Palestin! Berusahalah menjadi orang yang hebat sehingga mampu merubah dunia!
May 16th, 2008 at 7:31 amSalam. Minta izin menyalin tampal artikel anda ke blog kami. Terima kasih
May 16th, 2008 at 4:46 pmSOL, tiada masalah. Asalkan diberikan kredit.
nama anakanda hampir serupa ngan den.
nama anakanda pempuan serupa ngan cadangan nama anak den.
salam kenal tok mudin
January 5th, 2009 at 4:26 pm