Abah bersama cucunya, Adam Naqiuddin pada hari PRU-12 yang lalu. Sila lihat lencana apa yang Adam pakai itu.
Di bawah adalah petikan daripada satu tulisan di esastera.com (perlu mendaftar sebagai ahli untuk membacanya) tentang Yajuk iaitu Abah kami, tuan punya kepada sajak-sajak di blog Puisi Abah.
Khalayak pembaca prihatin sering kali meneliti sesebuah sajak lantas mengakui, ia lahir dari pengalaman dan sumber maklumat seseorang penyajak yang mempunyai kelebihan dari berbagai sudut dan variasi seni tertentu.
Kemunculan tiba-tiba dengan hasil hebat hanya akan diberikan pada mereka yang amat istimewa sahaja sifatnya. Kerana proses menulis pengalaman dan peristiwa dalam kehidupan ini mempunyai tahap dan pendekatan serta kemampuan yang bertakah-takah pula.
Kehadiran Penyajak Yajuk di persada seni eSastera.com menimbul satu rasa kagum kerana dalam masa 100 hari sahaja, beliau mampu berkarya dalam jumlah 38 sajak.
Isu dan mutu yang diketengahkan sangat bernilai. Persoalan yang digarapkannya membangkitkan satu semangat untuk pembaca berfikir dan menghayati dengan lebih teliti lagi.
Oleh kerana kalian perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat membaca sajak-sajak dan tulisan-tulisan di esastera.com, aku telah menyalin tampalkan keseluruhan artikel tersebut di blog Puisi Abah. Sila ke sana kalau berminat untuk mengenali siapa Yajuk.
MAKLUMAN: Kebetulan baru sahaja aku selesai menulis entri ini, terima SMS dari Abe Ama (abang sulongku). Kak Huda (isterinya) selamat melahirkan anak ketiga yang juga merupakan puteri sulong mereka. Tahniah! Bertambah seorang lagi cucu Abah dan Ma, tujuh orang jumlahnya sekarang.
Popularity: 24% [?]
Silakan membaca entri-entri dibawah juga:
- Kecek-kecek mengasah gunting...
- Memeluk Islam
- Muqabalah yang aku setuju...
- Aku homesick!
- Celaka kezaliman!
Entri dengan komen terbanyak:
- Blog ini ada peminat baru, malangnya dia pengecut (63)
- Teka buku dan menang! (52)
- Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin! (28)
- Kecek-kecek Pesta Buku (27)
- Tidak perlu alasan untuk lompat (27)
- Jangan tunjukkan kebodohan! (24)
- Terpesona? (22)
- Bersih di jualan gudang Times (22)
- Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme (22)
- Kecek-kecek selepas mengundi (21)















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah.
Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Mcm kenal lencana apa pada si adam tu. hehe
Tahniah dapat anak buat lagi.Makin byk keluar duit raya nanti!