Mahathir: Gegarnya hanya setakat di punggung
Sejak tengahari semalam, semua orang pakat kecek-kecek tentang Mahathir yang keluar UMNO. Eh, macam cerita Pak Pandir bunuh anak sendiri pula. Abah mesti setuju, kan?
Saja aku malas nak kecek apa-apa tentang ini dari semalam. Nak tengok sama ada gegaran yang dijangka itu benar-benar menggegar atau tidak. Hrm… kalau melihatkan perkembangan hari ini, nampaknya gegarnya itu hanya setakat dipunggung. Alah, macam kentut yang tak menjadi. Bau pun tak seberapa. Biarkanlah Mahathir dengan labu-labunya. Jom kita semua rehat-rehat dan tonton sarkis! Sambil-sambil itu, baca juga apa kata Tukya Azizi. Menarik!
Oh, cakap pasal gegaran. Kalian rasa tak gegaran disebabkan gempa bumi di Sumatera tu? Kami, diarahkan mengosongkan kediaman jam 11 malam semalam. Walaupun kami di tingkat empat tidak merasa apa-apa, dengar ceritanya mereka yang berada di tingkat tujuh dan ke atas memang terasa. Kasihan Ummu Adam dan anak-anak yang telah tidur waktu itu. Terpaksa juga dikejutkan. Sejam kemudian barulah dibenarkan kembali ke rumah, setelah bangunan diisytiharkan selamat oleh pihak bomba. Alhamdulillah.
Oh ya, ada dua tambahan terbaru di blog Puisi Abah; Di Langit Petang Ini dan Siapakah Kita. Selamat menghayati.
Dan jangan lupa untuk datang lagi esok, Insya Allah akan ada soalan kuiz dan hadiah menanti. Jeng jeng jeng!












Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Okeh, esok aku datang lagi.

May 20th, 2008 at 11:47 pmHaha.
Hari ni cerita tak besh.
Haha..!!
oh, kawan saya ada cite pasal gegaran tu..
May 21st, 2008 at 10:49 amsaya x rasa plak..
esok ada kuiz ek?? balik dulu la, nak study.. hehehe
May 21st, 2008 at 10:51 amsaya hari2 dtg walau tak pernah dijemput….tapi kalau esok ada hadiah kuiz,kena tempah flight awal la…
May 21st, 2008 at 2:14 pmbaco tulishe sham rais pasal anok iskandar kutty nih… heheh.. parok nyo wi ko dio… ekeke…
May 21st, 2008 at 3:49 pmmahathir, standardnya kini hanya ‘pasir di tepi jalan’.
May 22nd, 2008 at 11:11 ambuang masa sembang panjang pasal dia ni.