- Jawapan Teka Buku dan Pemenangnya
-
Pertamanya, terima kasih kepada semua yang telah bersungguh-sungguh meneka buku, terutamanya sis_aflah, pakchik el dan so’od.
Sebelum aku umumkan jawapan dan pemenangnya, jom kita analisa dulu tekaan-tekaan kalian semua.

Daripada carta diatas, boleh dilihat bahawa majoriti memilih To Kill a Mockingbird oleh Harper Lee. Tidak menghairankan kerana aku pernah menyenaraikan buku ini sebagai buku yang telah aku baca tahun lalu. Sesiapa yang rajin mencari akan menemuinya. Pilihan kedua pula ialah buku How To Win Friends and Influence People, oleh Dale Carnegie dan Malcolm X: The Autobiography. Kenapa buku-buku itu yang dipilih, tidaklah aku ketahui.
Sebenarnya, ramai yang dapat meneka satu judul yang betul. Tapi kombinasinya tidak tepat. Dan sebenarnya, kuiz ini sudah ada pemenang sejak jam 1.57 AM hari ini, hanya tiga jam selepas kuiz ini dibuka. Sesudah solat subuh pagi tadi, dan memeriksa jawapan-jawapan di entri yang lalu, perkataan ‘wow!’ tercetus di mulut aku. Sesungguhnya aku tidak menyangka akan ada orang yang akan berjaya meneka dengan betul seawal itu. Saja aku tidak mahu menamatkan terus teka-teki itu, tak seronoklah kan? Haha!
Sis_aflah, kamu bukan pemenangnya, tapi tahniah kerana telah berjaya meneka satu judul yang betul pada tekaan pertama. Jawapan yang sebenarnya ialah:
1. To Kill a Mockingbird, Harper Lee
2. How To Win Friends and Influence People, Dale CarnegieDan pemenangnya ialah topo. Tiga kali beliau menjawab dengan jawapan yang sama. Yakin sekali. Aku pun tidak sangka sama sekali. Topo, boleh beritahu rahsianya kamu begitu yakin dengan jawapan itu? Apapun, tahniah! Kamu akan dihubungi melalui email (mengandaikan maklumat email yang kamu beri adalah betul) untuk urusan penghantaran hadiah.
Yang lain-lain, cuba lagi lain kali ya? Jangan serik untuk datang ke sini. Jumpa lagi. Wassalam.

Popularity: 26% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Beberapa pautan tentang buku
- Buku baru dari The Book Depository!
- Buku: 29 untuk 2009
- Suara Baru guna gambar buku Tok Mudin tanpa kebenaran
- Tak sempat nak ke pesta buku…
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 20 Category: Buku



hohoho daku mendapat mimpi semalam…
tok,
waa…sikit je lagi nak kena..huhu… apa pun, tahniah pada yang menang…. bila kuiz berikutnya lagi.. hehe…
tahniah kpd topo! sesungguhnya aku mamai semalam. kalau tak…
haha! bulan depan aku cuba lagi.
haha.. aku memang dah syak ada yang kena dah masa tu [ingat O'od].. saja nak bg meriah… hehe….
O’od siap teka how to KILL friends and influence people… hahahah….
banyak sangat KILL a mocking bird la tuh… ekekeke…
topo, haha… apapun tahniah sekali lagi.
sis, kuiz berikutnya… tengoklah. Tunggu datang ilham.
so’od, itulah, sipi-sipi jek. Sebenarnya, kalau rajin boleh check buku-buku yang aku dah baca kat goodreads aku.
Pakchik, haha… kalu aku tok tutup lagi, akhirnya betul jugok ko mung kalu main lagu tu…
wah, tahniah kpd topo..
saya x tau nak teka apa.. berpinar2 pilih 2 buku..
main belasah je la.. kot2 mengena.. rupanya jauh tersasar.. ekeke..
buku To kill a mockingbird tu berkenaan apa ya? Macam menarik untuk dicari :>
achik, cuba lain kali.
xara, To Kill a Mockingbird, dipetik dari Amazon review:
Set in the small Southern town of Maycomb, Alabama, during the Depression, To Kill a Mockingbird follows three years in the life of 8-year-old Scout Finch, her brother, Jem, and their father, Atticus–three years punctuated by the arrest and eventual trial of a young black man accused of raping a white woman. Though her story explores big themes, Harper Lee chooses to tell it through the eyes of a child. The result is a tough and tender novel of race, class, justice, and the pain of growing up.
Carilah buku ini. Memang bagus!
Arghhhhhhhhhhh!! Tensen! Tensen! Dah betul la aku teka semalam. *tepuk dahi 88x* Tp kerna aku hanya mampu menjawab dlm hati, tak dapat dijadikan bahan bukti. Sebab semalam aku malas nak type [baca: alasan]. Hoh!! Huh! Takdok rezki lagi nak dapat hadiah dari hang, Tok. Takpa, takpa. Haha
Aku tak ambil bahagian, jadi aku tak nak komen apa-apa.
nak tau rahsia kemenangan topo??? hohoho sila lah lawati blog topo…
sori tuan rumah buat promosi kat sini…boleh x?? hohooh
wat la lagi men teka2. aku nak masuk gak ni!
yeaaay!!! pa’chik dan so’od tak menang…hahahahah
to kill a mockingbird sgt best. sy suke.
Deen, kamu memang selalu macam tu!
JP, haha… lain kali masuklah.
topo, no problem
razif, Insya Allah.
wann, hahaha!
Tyrex, yup. Setuju.
He he, siap ada pie chart lagi Mudin.
Orang statistik ke ni?
Apapun tahniah lah untuk penganjur yang anjurkan teka-teki yang kreatif
Kak Najibah, nak kata orang statistik tu tak lah.