Beras oh beras!

Posted on May 24, 2008

Sejak kecoh-kecoh kenaikan harga beras beberapa minggu lalu, kami tidak ambil pusing sangat. Bukan sebab tidak peduli, tapi sebab kami sesungguhnya jarang beli beras. Iyalah, hidup berdua bersama dua anak yang masih bayi, jarang pula memasak disebabkan kesibukan kerja, beras kami lambat habis. Dan selalu juga, beras kami dibawa oleh Abah dari Kelantan. Beras siam lebih sedap, itu realiti!

Hari ini, terkejut beruk kami bila mahu membeli beras di Tesco. Mundar mandir beberapa kali kerana harganya hampir dua kali ganda naik berbanding kali terakhir kami membeli beras. Bukan kami saja, pembeli lain juga mundar mandir, mungkin memikirkan beras manalah yang patut dibeli. Beras sekampit 5 kg paling murah dengan harga RM 17.50. Beras sekampit 10kg semuanya mencecah lebih RM30.

Beras oh beras, dimana beras? Apa kata Pak Lah? Sekali lagi, dia suruh tukar cara hidup. Hei, mereka ini semua sudah gilakah? Seolah-olah tidak berpijak langsung pada realiti. Sekali lagi ada saranan sebegitu, aku takut aku pula yang jadi gila. Sebab marah. Memang aku marah gila dengan saranan sebegitu. Grrr… tak tahu dah aku nak cakap apa!

Berkaitan:

Entri-entri berkaitan:

  1. GILA!!! BABI!!!
  2. RM1 juta: Antara keutamaan dan kebodohan
  3. Berita kurang baik untuk penggemar buku
  4. Kecek-kecek tentang ISA (dari Malaysiakini)
  5. Genap seminggu

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

16 Responses

  1. el

    hehehe.. baru ile ko… lamo doh oghe sini duk gege… berah siye.. memang jauh molek nah…


  2. ada-kat rumah shahidan kot..just speculating? what’s bernas doing? making money at the expense of national food security? busy kahwin saja dtk shahidan ni….

  3. achik

    nak tukar cara hidup camne lagi la.. nak suh makan pasir kot.. errr pasir pun mahal wooo.. heh!!!


  4. eeiii, ni la bila lantik pemimpin yang terlajak pandai! wat dasar perindustrian, tapi bidang pertanian letak tepi. haaa, ni dah ada masalah beras, makan la perintang, kapasitor, mentol lampu, besi perwaja…bukan perindustrian tak penting. tapi pertanian, beras terutamanya lagi penting!


  5. Pakchik, dok Kelate lagu mano? Naik banyok jugok ko rego beras?

    Jedyoong, Shahidan simpan beras untuk anak cucu, maklumlah sekarang dah tak jadi MB. Kena menyimpan.

    Achik, makan orang boleh? Makan Pak lah!


  6. hmmm,satu persatu pekong dan kelemahan terbongkar oleh kuasa Tuhan. Tiada apa yang boleh berlaku tanpa perancangan dan percaturan dari Nya.

    psst, minyak petrol dah kantoi,minyak masak pun dah kena,tepung pun dah jadi,ni plak beras, teka lps ni ape plak din ?


  7. erm… apa ek? ubi? :D


  8. hari tu nak beli tepung. jarang beli tepung. tapi sebab nak buat kek dan cekodok pisang, kenalah beli. bagi rm2 kat irfan .. ingatkan dalam singgit lebih je. irfan datang balik kat keta mintak lagi 50sen. adehhhhh ….

    aku pun paling pantang dengan saranan suruh tukar cara hidup ni. nak tukar apa lagi??? dari dulu sampai sekarang dok lagu tu jugakk .. takde naik pun, turun ada laa … nak tukar apa??!!??!?!??!

  9. el

    beras mahal jugok lah… tapi raso supo lebih kure nga berah meleysia jah rego… mahal sikit lah kot.. 10kg tu dale 35… [tapi sero tok sapa spuluh kg kot...]

    tapi kalu nok banding nga berah malei tok naik puyuk.. keno n’nanok banyok…

  10. saidmirro

    pak lah lagi BENGONG dari najib. sah. tak tau ke dia yang najib disumpah seranah sbb suruh tukar gaya hidup dulu. dia org ni ingat tukar gaya hidup macam tukar bini! (Opp sori org2 tino…apa pun kamu bukan beras siam cap kangaru!)


  11. huhu,menarik .. beras siam cap kangaru??? x paham


  12. Izinni, tak apa. Pak Lah pun tak lama lagi kena tukarlah tu.

    Pakchik, aku beli beras muroh sekali, 5% jah beras siam, RM 17.50 untuk 5kg.

    Saidmirro, itulah. Bilalah agaknya puok-puok bengong ni nak kena tukar.

    Kord, aku pun tak faham. Haha!


  13. beras siam cap kangaru?
    kawe pun selalu dpt supply dari siam. rezeki adik yg tinggal di sempadan. salah satu brand yang agak enak adalah cap kangaru!
    wah dah pecah tembelang…

  14. Ummu Auni

    orang byk duit, dia senang cakap ubah gaya hidup. sebab duit dia tak luak pun..habis kita ni?


  15. nak suruh ubah cara hidup?
    rasanya aku dah buat
    nak jimat duit beli beras, aku terpaksa buat muka tak malu pi la makan kat rumah seorang kawan yg rajin masak dan menjemput aku. upahnya: teh ais sebungkus. Murah sungguh. Huh!
    Lepas nih nak ubah apa lagi ntah!!!! :|


  16. Betul pun ada bila kena ubah cara hidup. Negeri Kedah yang masyhur Jelapang Padi pun bermasaalah. Beberpa tahun kebelakangan ini banyak kawasan tanaman padi dibangunkan. Bila regim baru naik baru nampak dasar liberal tukar syarat tanah bendang itu pun ada kesan yang akhirnya boleh memaksa kita tukar cara hidup. MB Kedah yang baru nampak cuba tangani masalah ini. Entah sejauh mana boleh berjaya.

Leave a Reply