Dah lama aku tak layan tag. Kena tag oleh dua orang untuk buat benda yang hampir sama. Jom layan tujuh fakta tentang aku yang kamu mungkin tidak pernah tahu:

  1. Pada usia enam tahun, telah menghabiskan silibus Matematik darjah satu. Abe Ama bawa balik buku teks Matematik darjah satu dan suruh aku habiskan semua latihan didalamnya. Setiap hari kena paksa belajar Matematik. Setiap hari menangis, ditengking dan dimarahi.
  2. Pada usia 12 tahun, yakni darjah enam, pernah dua kali menangis kerana bertengkar dengan dua orang cikgu tentang permasalahan Matematik. Adakah patut diorang kata apa yang aku buat salah, sedangkan aku yakin 200% jawapan aku betul. Dua cikgu itu ialah arwah Ayah Li (adik Abah) dan cikgu Azhar. Ayah Li meninggal pada hari aku menduduki peperiksaan SPM, subjek Lukisan Kejuruteraan kerana kemalangan motorsikal. Al-Fatihah untuk Ayah Li.
  3. Bersunat secara percuma dan tanpa dirancang. Hadir ke Hospital Tanah Merah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan untuk kemasukan ke SM Sains Machang. Kebetulan ada majlis berkhatan beramai-ramai di hospital pada hari itu. Abah pun segera ke pasar Tanah Merah, membeli sehelai kain pelekat. Dan aku balik ke rumah hari itu terkangkang-kangkang memegang kain pelekat. Haha!
  4. Kali pertama masuk panggung wayang adalah ketika menjadi pelajar KYPM Bangi, menonton The Mummy di Plaza Metro Kajang.
  5. Sangat kuat ke’asabiyah’ Kelantannya ketika berada di KYPM Bangi. Rata-rata kawan rapatnya ialah dari SM Sains Macang atau SM Sains Tengku Faris Petra. Bangga memakai t-shirt yang kami buat sendiri, tertulis ‘Kawe Anok Kelate’ dibelakangnya. Entah kemana t-shirt itu sekarang aku tak pasti. Sayang!
  6. Pernah belajar silat sendeng ketika di KYPM Bangi, tapi sekarang satu apa pun tak tahu.
  7. Susahnya nak fikir tujuh perkara ni pun. Apatah lagi kalau dua puluh satu?

Hehheh! Bolehlah tu kan?

Aku nak tag:

  • Khir Toyo, dengan soalan khusus: Perlu dijelaskan bagaimana pemakanan tempe yang betul supaya dapat melicinkan muka.
  • Said Mirro, dengan soalan khusus: Ceritakan cerita disebalik nama said mirro itu.
  • sis_aflah
  • Pakchik, kalau dia nak buatlah.
  • Siapa nak buat, buatlah!

Popularity: 23% [?]

Silakan membaca entri-entri dibawah juga:

Entri dengan komen terbanyak: