Kenapa tujuh, bukan dua puluh satu?
Dah lama aku tak layan tag. Kena tag oleh dua orang untuk buat benda yang hampir sama. Jom layan tujuh fakta tentang aku yang kamu mungkin tidak pernah tahu:
- Pada usia enam tahun, telah menghabiskan silibus Matematik darjah satu. Abe Ama bawa balik buku teks Matematik darjah satu dan suruh aku habiskan semua latihan didalamnya. Setiap hari kena paksa belajar Matematik. Setiap hari menangis, ditengking dan dimarahi.
- Pada usia 12 tahun, yakni darjah enam, pernah dua kali menangis kerana bertengkar dengan dua orang cikgu tentang permasalahan Matematik. Adakah patut diorang kata apa yang aku buat salah, sedangkan aku yakin 200% jawapan aku betul. Dua cikgu itu ialah arwah Ayah Li (adik Abah) dan cikgu Azhar. Ayah Li meninggal pada hari aku menduduki peperiksaan SPM, subjek Lukisan Kejuruteraan kerana kemalangan motorsikal. Al-Fatihah untuk Ayah Li.
- Bersunat secara percuma dan tanpa dirancang. Hadir ke Hospital Tanah Merah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan untuk kemasukan ke SM Sains Machang. Kebetulan ada majlis berkhatan beramai-ramai di hospital pada hari itu. Abah pun segera ke pasar Tanah Merah, membeli sehelai kain pelekat. Dan aku balik ke rumah hari itu terkangkang-kangkang memegang kain pelekat. Haha!
- Kali pertama masuk panggung wayang adalah ketika menjadi pelajar KYPM Bangi, menonton The Mummy di Plaza Metro Kajang.
- Sangat kuat ke’asabiyah’ Kelantannya ketika berada di KYPM Bangi. Rata-rata kawan rapatnya ialah dari SM Sains Macang atau SM Sains Tengku Faris Petra. Bangga memakai t-shirt yang kami buat sendiri, tertulis ‘Kawe Anok Kelate’ dibelakangnya. Entah kemana t-shirt itu sekarang aku tak pasti. Sayang!
- Pernah belajar silat sendeng ketika di KYPM Bangi, tapi sekarang satu apa pun tak tahu.
- Susahnya nak fikir tujuh perkara ni pun. Apatah lagi kalau dua puluh satu?
Hehheh! Bolehlah tu kan?
Aku nak tag:
- Khir Toyo, dengan soalan khusus: Perlu dijelaskan bagaimana pemakanan tempe yang betul supaya dapat melicinkan muka.
- Said Mirro, dengan soalan khusus: Ceritakan cerita disebalik nama said mirro itu.
- sis_aflah
- Pakchik, kalau dia nak buatlah.
- Siapa nak buat, buatlah!
Entri-entri berkaitan:
- Naik satu tangga! Yeay, yeay!
- Bukan Altantuya saja yang mati…
- Satu lagi kejayaan BN…
- Bukan seorang dua saja yang mati…
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Kau masa berkhatan dulu lama tak baik mudin?
Hehehe!
May 27th, 2008 at 3:23 pmer.. tok,
May 27th, 2008 at 4:22 pmnak tulis apa? kena tujuh jugak ke? kalau satu je boleh tak? huhu…
Susahnya nak fikir tujuh perkara ni pun. Apatah lagi kalau dua puluh satu?
tau takpe!!! tu pun buat sekerat.. hahaha
May 27th, 2008 at 5:34 pmha ha ha apa da kene tag!
May 27th, 2008 at 9:27 pmIngatkan sunat sendirik…..masuk dlm bilik sesenyap
May 27th, 2008 at 10:43 pmWak, aku kurang ingatlah tang tu. Haha!
Sis, dua puluh satu boleh? :>
Achik, haha!
KB, kamu pun mahu ke?
Abu Amiir, dah agak dah. Mesti ada orang cakap macam tu… haha!
khir toyo layan tag ke?? hahahhaa.. cam kelakar pulak.
May 28th, 2008 at 10:38 amKamu tag si Toyo tu kan, ada tak kamu tinggalkan pesanan kat blog dia hehe..
May 28th, 2008 at 12:00 pmAku pon kena tag gak, tp kalo buleh aku nak Toyo jawab dulu.. haha
Tyrex, lantaklah dia layan ke tidak, aku tag saja.
Deen, Toyo bapak dialah. Aku tag Khir.
tak rasa nak layan.
May 29th, 2008 at 1:16 pmhazard light rosak!
nama tok mudin tu ada kena mengena dengan trajedi sunat tak sengaja ker?
May 30th, 2008 at 9:59 pm