Archive for May, 2008

Buku vs e-buku: Bakal tamatkah riwayat hidup buku tradisional?

May 17, 2008 by mudin001 19 Comments

Johan Jaafar si pengacara Bicara Semasa dan apa itu… Debat Siswa? adalah satu figura yang sangat aku meluat dengannya. Tapi aku suka dengan Johan Jaafar si penulis itu. Adakah mereka orang yang sama? :D

Hari ini beliau menulis tentang buku. Adakah Internet dan e-buku bakal menamatkan jangka hayat buku tradisional? Aku rasa tidak. Pengalaman membaca buku adalah sama sekali berbeza dengan membaca di skrin komputer. Jauh berbeza. Buku ada rasa, bau, dan chemistrynya yang tersendiri dengan si pembaca. E-buku dan komputer tidak akan sekali-kali berjaya menggantikan peranan buku dalam kehidupan peminat buku, sekurang-kurangnya untuk aku. Apa kata kalian?

Aku bukan tidak pernah mencuba membaca e-buku. Pernah. Beberapa tahun lalu aku menjumpai satu laman yang menyediakan kemudahan muatturun banyak buku yang popular. Aku sempat memuatturun buku-buku Dan Brown yang sedang hangat pada masa itu, termasuk The Da Vinci Code. Tidak mengejutkan, jangka hayat laman itu tidak lama, kerana melibatkan masalah hakcipta. Aku hanya sempat membaca dua bab The Da Vinci Code secara elektronik, kemudiannya terus mencari buku yang sebenar dan menghabiskannya. Sekali lagi aku rasa, e-buku tidak akan sekali-kali dapat menggantikan tempat buku di hati pembaca seangkatan dan lebih tua dari aku. Muda-mudi, aku tidak pasti. Apa pendapat kalian?

Tiga hari lalu, Globe and Mail membuat kesimpulan ini dalam reviunya terhadap Sony e-Reader:

Technologically, perhaps. The Sony Reader PRS 505 is, compared to most of its competitors, small, capable of storing whole libraries, thin (15 mm, including its soft front and back leather-like covers), light enough (337 grams) to hold for a long period of time without fatigue, and ultimately really cool-looking. And the number of books being released is growing every day.

In short, wow.

But it still doesn’t supersede or even match the experience of reading a traditional book. In fact, it can be argued that technologically, the PRS 505 and all digital readers are still far behind the technology that has been stuffed into books made from paper since Gutenberg turned the crank on his press in 1454. Although Gutenberg never used semiconductors, an awful lot of very real technology has been poured into books during the half-millennium before the digital revolution.

Jadi aku tidak bimbang. Buku dalam bentuknya yang tradisional itu, adalah seperti kata orang putih, is here to stay! Sekurang-kurangnya, dengan buku, aku tidak pernah mengalami seperti dalam gambar dibawah (kecuali ada laman yang dikoyak Adam). :)


(Sumber: Why I Love Books: Reason #404)

Anwar vs Najib: Siapa bersih?

May 16, 2008 by mudin001 4 Comments

Kata Hisham Rais, pertarungan akhirnya ialah antara Anwar melawan Najib. Benarkah?

Kalau benar, mahukah rakyat Malaysia menerima Najib yang mungkin bersih, tetapi tak nampak bersih, sebagai PM? Atau jika Anwar yang menang, mahukah rakyat Malaysia menerimanya yang juga mungkin bersih, tetapi tak nampak bersih?

Malanglah rakyat Malaysia jika terpaksa membuat pilihan antara dua orang yang kedua-duanya tidak dapat dipastikan kebersihannya. Dalam Islam, kalau tidak silap aku, disuruh meninggalkan perkara/benda yang kita ragu-ragu (syak) dengan statusnya. Ambillah yang mana kita yakin kebersihannya. Dan aku yakin, ramai pemimpin diluar sana yang dijamin bersih lagi halal. Siapa? Lu pikirlah sendiri, sekali lagi memetik kata-kata Nabil si Raja Lawak.

:)

Yajuk; Penyajak berpengalaman dan aktif

by mudin001 10 Comments


Abah bersama cucunya, Adam Naqiuddin pada hari PRU-12 yang lalu. Sila lihat lencana apa yang Adam pakai itu. :)

Di bawah adalah petikan daripada satu tulisan di esastera.com (perlu mendaftar sebagai ahli untuk membacanya) tentang Yajuk iaitu Abah kami, tuan punya kepada sajak-sajak di blog Puisi Abah.

Khalayak pembaca prihatin sering kali meneliti sesebuah sajak lantas mengakui, ia lahir dari pengalaman dan sumber maklumat seseorang penyajak yang mempunyai kelebihan dari berbagai sudut dan variasi seni tertentu.

Kemunculan tiba-tiba dengan hasil hebat hanya akan diberikan pada mereka yang amat istimewa sahaja sifatnya. Kerana proses menulis pengalaman dan peristiwa dalam kehidupan ini mempunyai tahap dan pendekatan serta kemampuan yang bertakah-takah pula.

Kehadiran Penyajak Yajuk di persada seni eSastera.com menimbul satu rasa kagum kerana dalam masa 100 hari sahaja, beliau mampu berkarya dalam jumlah 38 sajak.

Isu dan mutu yang diketengahkan sangat bernilai. Persoalan yang digarapkannya membangkitkan satu semangat untuk pembaca berfikir dan menghayati dengan lebih teliti lagi.

Oleh kerana kalian perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat membaca sajak-sajak dan tulisan-tulisan di esastera.com, aku telah menyalin tampalkan keseluruhan artikel tersebut di blog Puisi Abah. Sila ke sana kalau berminat untuk mengenali siapa Yajuk.

:)

MAKLUMAN: Kebetulan baru sahaja aku selesai menulis entri ini, terima SMS dari Abe Ama (abang sulongku). Kak Huda (isterinya) selamat melahirkan anak ketiga yang juga merupakan puteri sulong mereka. Tahniah! Bertambah seorang lagi cucu Abah dan Ma, tujuh orang jumlahnya sekarang. :)