- 3 dalam 1
-
Ada orang tanya, bila nak buat kenduri masuk rumah baru? Jawapannya, kenduri itu tidaklah. Jamuan kecil-kecil sudah dibuat.
Ada juga orang tanya, tak ada kek ulangtahun perkahwinankah? Jawapannya, ada.
Ya, sehari selepas kami pindah, kami adakan sedikit jamuan ringkas, berserta solat hajat, bacaan Yasin dan tahlil sempena tiga sambutan:
- Masuk rumah baru.
- Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3. Jatuh pada 3 Jun.
- Ulangtahun kelahiran Adam Naqiuddin yang ke-2. Jatuh pada 7 Jun, bersamaan hari kelahiran YDP Agong.
Sambutan kelahiran Adam terpaksa dibuat lebih awal kerana aku tiada di rumah hujung minggu nanti. Insya Allah, akan menghadiri program team building pada masa tersebut.
Inilah gambar kek yang tidak dapat diselamatkan dari kegelojohan birthday boy.

Terima kasih kepada semua jemputan yang sudi hadir. Harapnya berpuas hati dengan layanan kami sebagai tuan rumah. Yang tidak dijemput, jangan kecil hati pula, kami hanya mengundang ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan yang tinggal berdekatan sahaja.
Ok. Jumpa lagi. Wassalam.

Popularity: 18% [?]
Entri-entri berkaitan:
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 12 Category: Famili, Foto



sampai hati tok tak jemput saya…
saje nak bgtau…jumaat ni kami buat makan sempena masuk rumah baru…
err…tok jemputlah datang ye..
selamat masuk rumah baru
selamat ulangtahun perkahwinan
selamat ulangtahun kelahiran utk Adam
keluarga saya pun buat sambutan besday 2 org anak buah saya awal.. sbb besday dua2 org tu dah nak dekat buka sekolah..
moga semuanya selamat…
Huh!
Kek dah Bolos??
Selamat utk semua!
askum… tahniah… maaf tak dapat memenuhi jemputan haritu. anak2 tak berapa sehat kena hantar kg. tahniah masuk rumah baru, lama rasenye baru rumah tu siap
. dan tahniah juga jadi orang no. 2 MBA.
sis, jumaat malam ke? bak mai alamat. makan punya pasal, kitorang tak ada hal!
achik, jie, Deen, abang rahimi, terima kasih.
tok,
alamatnya…. err, rahsia.. haha.. :p
Tahniah!
3 in 1?
Tahniah. Bile nak tambah koleksi anak lg? Sorang dah cukup meriah?
(minyak naik harga.. kene biasakan dulu baru bole nak pikir tambah anak)
Tahniah untuk tiga-tiga sekali. Mudah-mudahan rezeki dan keberkatan dilimpahkan lagi berganda-ganda
…
sis, ces!
saidmirro, terima kasih.
NoktahHitam, anak dah dua la…
Kak najibah, terima kasih juga.
mudin, tahniah. Saya tumpang gembira. Semoga dirahmati dan dianugerahi maghfirah dan sakinah dunia hingga akhirah. Amin.