3 dalam 1
Ada orang tanya, bila nak buat kenduri masuk rumah baru? Jawapannya, kenduri itu tidaklah. Jamuan kecil-kecil sudah dibuat.
Ada juga orang tanya, tak ada kek ulangtahun perkahwinankah? Jawapannya, ada.
Ya, sehari selepas kami pindah, kami adakan sedikit jamuan ringkas, berserta solat hajat, bacaan Yasin dan tahlil sempena tiga sambutan:
- Masuk rumah baru.
- Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3. Jatuh pada 3 Jun.
- Ulangtahun kelahiran Adam Naqiuddin yang ke-2. Jatuh pada 7 Jun, bersamaan hari kelahiran YDP Agong.
Sambutan kelahiran Adam terpaksa dibuat lebih awal kerana aku tiada di rumah hujung minggu nanti. Insya Allah, akan menghadiri program team building pada masa tersebut.
Inilah gambar kek yang tidak dapat diselamatkan dari kegelojohan birthday boy.

Terima kasih kepada semua jemputan yang sudi hadir. Harapnya berpuas hati dengan layanan kami sebagai tuan rumah. Yang tidak dijemput, jangan kecil hati pula, kami hanya mengundang ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan yang tinggal berdekatan sahaja.
Ok. Jumpa lagi. Wassalam.
Entri-entri berkaitan:
- Jualan Gudang MPH
- Jongkang-jongket
- Semua dalam satu
- Perkara Utama dalam Hidup
- 27 untuk Ummu Adam, 3 untuk Alya
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
sampai hati tok tak jemput saya…
June 3rd, 2008 at 11:32 pmsaje nak bgtau…jumaat ni kami buat makan sempena masuk rumah baru…
err…tok jemputlah datang ye..
selamat masuk rumah baru
selamat ulangtahun perkahwinan
selamat ulangtahun kelahiran utk Adam
keluarga saya pun buat sambutan besday 2 org anak buah saya awal.. sbb besday dua2 org tu dah nak dekat buka sekolah..
June 4th, 2008 at 9:19 ammoga semuanya selamat…
June 4th, 2008 at 2:12 pmHuh!
Kek dah Bolos??
Selamat utk semua!
June 4th, 2008 at 3:09 pmaskum… tahniah… maaf tak dapat memenuhi jemputan haritu. anak2 tak berapa sehat kena hantar kg. tahniah masuk rumah baru, lama rasenye baru rumah tu siap :). dan tahniah juga jadi orang no. 2 MBA.
June 4th, 2008 at 3:59 pmsis, jumaat malam ke? bak mai alamat. makan punya pasal, kitorang tak ada hal!
achik, jie, Deen, abang rahimi, terima kasih.
tok,
June 4th, 2008 at 5:47 pmalamatnya…. err, rahsia.. haha.. :p
Tahniah!
June 4th, 2008 at 10:05 pm3 in 1?
Tahniah. Bile nak tambah koleksi anak lg? Sorang dah cukup meriah?
(minyak naik harga.. kene biasakan dulu baru bole nak pikir tambah anak)
June 4th, 2008 at 10:23 pmTahniah untuk tiga-tiga sekali. Mudah-mudahan rezeki dan keberkatan dilimpahkan lagi berganda-ganda
…
June 5th, 2008 at 3:53 amsis, ces!
saidmirro, terima kasih.
NoktahHitam, anak dah dua la…
Kak najibah, terima kasih juga.
mudin, tahniah. Saya tumpang gembira. Semoga dirahmati dan dianugerahi maghfirah dan sakinah dunia hingga akhirah. Amin.
June 5th, 2008 at 9:33 pm