Mei dan apa yang aku baca
Entri bulanan ini agak terlewat dari biasa. Ada beberapa sebab. Paling utama adalah kerana kesibukan pindah rumah. Di rumah baru, masih ada berkotak-kotak barangan yang belum dikemas. Dan kebanyakan kotak-kotak itu adalah berisi buku-buku aku. Aku selalu menghalang Ummu Adam daripada membeli barangan terutamanya perabot. Nanti nak pindah susah, kata aku. Tapi sebenarnya, buku-buku akulah yang paling banyak dan berat pula. Hehheh!
Tambahan pula, perkhidmatan Maxis Broadband sangat teruk di kediaman baru. Oleh itu, kekerapan blog ini dikemaskini selepas ini mungkin akan berkurangan.
Baik. Berbalik kepada topik asal. Bulan lalu, aku hanya berjaya menghabiskan dua buah buku. Pertamanya, The Great Transformation: The World in the Time of Buddha, Socrates, Confucius and Jeremiah oleh Karen Armstrong. Buku yang sangat berat (juga secara literal kerana agak tebal) bagi aku dan sukar untuk aku hadamkan segala isinya. Buku ini membincangkan perkembangan agama-agama di dunia dari awal kelahirannya, atau disebut Axial Age oleh Karl Jaspers, seorang ahli falsafah Jerman. Ia membawa pembaca menyorot perkembangan agama dan falsafah di India, China, Greek dan Timur Tengah pada zaman Buddha, Socrates, Confucius, Jeremiah dan ramai lagi tokoh yang lain. Buku ini termasuk dalam senarai buku yang perlu aku baca kembali untuk benar-benar memahaminya.
Buku kedua, kumpulan cerpen Nyanyian Anak-anak Lembah oleh Wan Yusoff Hassan. Buku ini dibeli dengan harga RM1 sahaja oleh Ummu Adam di Pesta Buku Selangor tahun lalu. Dia tidak menghabiskan buku itu kerana sukar untuk difahami, katanya. Bagi aku, buku ini menghiburkan. Tema cerpen-cerpen dalam buku ini berkisarkan pertembungan antara generasi muda dan lama. Cerita-ceritanya bagi aku ringkas, sinis dan ada kelucuannya yang tersendiri. Antara cerita yang memikat hati aku adalah tentang beruk-beruk di hutan Jeli. Aku suka cerita ini bukan kerana aku blogger dan blogger itu beruk. Tapi sebab penulisnya memilih kampung aku sebagai latarnya. Jeli, hutan Melintang, Tanah Merah, Titiwangsa, adalah nama-nama tempat yang familiar dengan aku. Tersenyum simpul aku membaca gelagat beruk-beruk merangka strategi mahu lari dari ancaman orang-orang asing pemburu beruk. Insya Allah, kalau ada masa, aku reviu buku ini dengan lebih terperinci. Sekarang buku itu masih berada dalam kotak yang entah mana satu. Kesimpulan yang boleh diambil dari buku ini, golongan muda dan tua itu saling memerlukan. Orang tua, pasti kaya dengan pengalaman dan petuanya. Orang muda, kaya tenaga dan ideanya. Bila pengalaman si tua dan idea si muda dapat diadun dengan baik, hidangan yang enak pasti akan terhasil.
Esok, aku akan menghadiri program team building selama tiga hari di Negeri Sembilan. Maka selama itu, blog ini tidak akan dikemaskini. Tapi jangan serik untuk ke sini lagi ya? Dan tidak lupa, selamat hari lahir untuk Adam Naqiuddin, esok. Maafkan baba kerana tidak dapat bersama. Nanti baba bawa balik hadiah ya?












Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Aku baru habis baca buku Hisham Rais. Baru mula nak baca The Kite Runner.
Selamat ber’team building’ Mudin.
Selamat Hari Jadi Adam.
June 6th, 2008 at 4:38 pmTerima kasih wak. Selamat membaca The Kite Runner.
Happy birthday Adam !
June 7th, 2008 at 1:56 amhepi besday Adam.
June 7th, 2008 at 9:22 pmoi oi sampei ns, singgahlah rumah aku. dekat dah tu
June 8th, 2008 at 3:37 pmuiks…hantar komen 2 hari lepas…tak load rupanya.

June 9th, 2008 at 12:33 amselamat hari lahir adam! terasa-rasa tingin nak kacau rumah orang tu. tapi ada orang ber tim-building di pd pulak.
Selamat Hari Lahir Adam. Hadiah kena tunggu kami balik. Anyway, Ayah nak balik malam KL ni seminggu je, kami tak ikut… Insyallah kalau ada masa, Ayah nak pergi tgk Adik Alya.Wassalam.
June 9th, 2008 at 9:07 pm
June 10th, 2008 at 9:06 pmbuku yang saya da habiskan adalah dari beirut ke jerusalem.
agak berat utk kepala otak bimbo gedik seperti saya.
abes bace,tetibe rase nak jd sukarelawan.
hahak!
June 10th, 2008 at 10:06 pm