Lama tidak menghantar berita di blog ini. Jadi kelu pula. Tidak tahu apa yang mahu diluahkan menjadi satu entri blog. Walaupun sebenarnya banyak yang terpendam di jiwa dan minda.

Apapun, perlu dinyatakan di sini, semalam aku baru balik dari program team building, anjuran majikan aku. Di Negeri Sembilan, ya. Tapi bukan di Port Dickson. Di Bukit Broga. Dekat sahaja sebenarnya. Tapi programnya terlalu memenatkan. Terasa macam jadi peserta PLKN pula. Walaupun sebenarnya, program PLKN itu berkali-kali ganda lebih lasak. Kalau setakat tiga hari dua malam berprogram sebegitu sudah begitu memenatkan. Apatah lagi PLKN, tidak hairanlah ada peserta yang meninggal dunia, jika yang bertanggungjawab tidak peka dengan keadaan peserta.

Okaylah. Cukuplah sekadar untuk memanaskan kembali blog ini. Aku akan kembali, Insya Allah. Sementara itu jenguklah blog Puisi Abah. Ada dua tambahan terbaru.

Wassalam.

Popularity: 17% [?]

Silakan membaca entri-entri dibawah juga:

Entri dengan komen terbanyak: