Hmmm…

Posted on June 10, 2008

Lama tidak menghantar berita di blog ini. Jadi kelu pula. Tidak tahu apa yang mahu diluahkan menjadi satu entri blog. Walaupun sebenarnya banyak yang terpendam di jiwa dan minda.

Apapun, perlu dinyatakan di sini, semalam aku baru balik dari program team building, anjuran majikan aku. Di Negeri Sembilan, ya. Tapi bukan di Port Dickson. Di Bukit Broga. Dekat sahaja sebenarnya. Tapi programnya terlalu memenatkan. Terasa macam jadi peserta PLKN pula. Walaupun sebenarnya, program PLKN itu berkali-kali ganda lebih lasak. Kalau setakat tiga hari dua malam berprogram sebegitu sudah begitu memenatkan. Apatah lagi PLKN, tidak hairanlah ada peserta yang meninggal dunia, jika yang bertanggungjawab tidak peka dengan keadaan peserta.

Okaylah. Cukuplah sekadar untuk memanaskan kembali blog ini. Aku akan kembali, Insya Allah. Sementara itu jenguklah blog Puisi Abah. Ada dua tambahan terbaru.

Wassalam.

Entri-entri berkaitan:

  1. Bukan Altantuya saja yang mati…
  2. Bukan seorang dua saja yang mati…
  3. Kecek-kecek terbaik 2007

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

7 Responses


  1. Mari aku teka.

    betul tak aku katakan kau banyak idea masa memandu,
    bila duduk depan komputer, keyboardmu kelu.

    heh


  2. Sebol, betullah. Selalunya begitulah. Mana-mana tempat pun, selain depan komputer, mesti banyak idea. :)


  3. lor, ingatkan komputer pun pakai diesel…

  4. achik

    program2 camtu jadual pack sangat.. mmg penat..


  5. dah lamer sungguh me tak gi team building gittewww..

  6. sis_aflah

    salam tok,

    ingatkan saya seorang je yang selalu ‘blank’ bila nak menulis…padahal sebelum tu idea mencurah..kadang tu lain yang mahu ditulis, lain pula yang ditulis..huhu


  7. Takpe, bagus jugak kalau kita tak sentuh keyboard utk sementara…banyak idea mencurah nanti.

Leave a Reply