Sokong BN, harga minyak turun!
Pakchik memetik entah kata siapa yang mengakui terlaksananya pembahagian air percuma sebanyak 20m padu di Selangor adalah kerana kekuatan BN sebagai pembangkang di Selangor.
Pengumuman Kerajaan Negeri Selangor mengenai pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat untuk memberi air percuma sebanyak 20 meter padu untuk setiap meter individu di Selangor merupakan satu kejayaan besar kepada Barisan nasional sebagai pembangkang.
Telah nampak sejak awal kerajaan Pakatan Rakyat cuba melengah-lengahkan pemberian air ini sehinggalah didesak oleh BN Selangor. Malah sejak awal Jun lalu kerajaan negeri belum mengadakan sebarang rundingan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agak tidak menyetujui idea ini kerana ia akan mengggunakan banyak wang KDEB dan kerajaan negeri. Bagaimanapun tekanan politik dari dalam PKR dan Pas memaksa beliau menyetujuinya.
Hahaha! Aku tergelak terguling-guling.
Kalau begitu, sokong saja BN jadi pembangkang kerajaan persekutuan. Pasti janji-janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak akan terlaksana. Sokong BN jadi pembangkang!!!
Oh ya, tahniah dan terima kasih kepada pejuang-pejuang marhaen yang turun ke jalan raya siang tadi. Wassalam.
(Foto dicilok dari sini.)
Entri-entri berkaitan:
- Satu lagi kejayaan BN…
- DPP Selangor, Pakatan Rakyat, Ella dan Mas Idayu
- Sanglang dan balak di Kedah
- Minyak oh minyak!
- Anwar menang, apa seterusnya?
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Yup, saya sokong Pak Lah menjadi Ketua Pembangkang yang baru!
June 14th, 2008 at 12:31 amhidup,hidup…hidup rakyat!
turun, turun…turun BN!
Yaaaa!Kita lantik Pak Lah Ketua Pembangkang 16 september ni. Najib pulak, Duta Besar Malaysia ke Monggolia,hehe..
June 14th, 2008 at 2:47 amberito tu… amek di pembangkangselangor.com din.. khijo’e toyo muko k’kilat tu lah kot.. hahaha…
June 15th, 2008 at 3:34 pmhari tu tok bubuh link pasal malah wi oghe gi n’nawak web tu jah… hahaha… malah nok tulung promot eh…
June 15th, 2008 at 3:35 pm