- Sanglang dan balak di Kedah
-
Meninjau blog-blog pada hari ini, ada dua topik utama yang hangat dibicarakan. Pertama, tentang SAPP dan undi tidak percaya mereka terhadap Abdullah Ahmad Badawi a.k.a Pak Lah. Aku tidak berhajat untuk kecek apa-apa tentang ini. Tunggu dan lihat sajaLah.
Kedua, tentang kekecohan yang disebabkan oleh bantahan Dewan Pemuda PAS Selangor terhadap penganjuran konsert yang akan melibatkan Ella dan Mas Idayu. Itu, telahpun aku sentuh dalam entri terdahulu.
Tapi aku hairan, tidak ramai yang mengulas tentang keputusan mahkamah membatalkan kemenangan calon BN di Sanglang dalam PRU yang lalu. Ada, bukan tidak ada. Tapi sedikit. Jangan pula keghairahan terhadap perkara-perkara lain melalaikan Pakatan Rakyat daripada bersedia menghadapi pilihanraya yang mungkin diadakan semula.
Satu lagi isu yang menarik perhatian aku ialah keputusan kerajaan negeri Kedah meluluskan pembalakan di Pedu, Muda dan Ahning. Erm… jangan sampai balak jadi bala sudahlah. Belajarlah dari Kelantan, baik dan buruknya.
Wallahua’lam.

Popularity: 34% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek Bagan Pinang (2)
- Kecek-kecek: Altantuya dan PAS
- Kecek-kecek: Awang Adek
- Sokong 2Aziz
- Kecek-kecek ringkas seputar PAS
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 3 Category: Isu Semasa, Politik



salam tok,
dah lama rasanya aku tak tinggal jejak kat sini.
politik… tak tau la aku nak komen apa.
Terima Kasih, ToK! Ko blogger yg prihatin dgn kampong aku. Ya, tak ramai yg ambil perhatian sangat dengan kes tersebut. Jangan pisang berbuah 2 kali cukup. Sebab tak prihatinlah, undian utk Ust Hashim Jasin huru hara! Harap kali ini semua lebih bersedia.
saya pun cam kak kema
x reti nak komen bab2 politik ni..