RM1 juta: Antara keutamaan dan kebodohan
“Abang, janganlah kata Pak Lah bodoh lagi, kesian tengok muka dia,” begitulah lebih kurang kata-kata Ummu Adam dalam perjalanan pulang dari kerja semalam. Si dia merujuk kepada entri semalam.
“Buat apa nak kesian kat dia, dia tak pernah fikir pun pasal kita. Zalim, merompak duit rakyat bla bla bla,” jawab aku balik. Tapi dalam hati, aku mengiyakan juga kata isteriku itu. Cukuplah menggelarkan orang lain bodoh. Azam ditanam dalam hati untuk jadi cool sedikit.
Tapi niat itu terus terkubur bila mendengar laporan TV3 tentang niat kerajaan untuk memberikan RM1 juta kepada pemenang emas di Olimpik nanti. Kemarahan meluap-luap terus meletus dalam jiwa aku. Bodoh! Membazir. Apa? Kerajaan Malaysia sudah tidak tahu keutamaan agaknya? Dalam keadaan rakyat melarat, setiap hari memikirkan bagaimana untuk hidup, kerajaan terus-terusan melaksanakan dasar-dasar yang tidak memberikan manfaat langsung pada rakyat. Apalah sangat yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia jika pun kita menang puluhan emas di Beijing nanti? Apa?
Ubah cara hidup, kata mereka. Senang cakap. Kalau betul Malaysia ketiadaan duit hingga terpaksa menghapuskan subsidi minyak untuk rakyat, kenapa dibazirkan duit sebegitu? Banyak lagi cara lain duit itu boleh digunakan untuk kepentingan rakyat. Atau bagi sahaja subsidi makanan kepada semua seperti saranan Sdr Sebol. Lebih ramai yang dapat manfaatnya. Malah, kalau benar kerajaan mahu berjimat, batalkan saja penyertaan ke Olimpik. Banyak yang boleh dijimatkan di situ. Para pemimpin negara perlu menentukan kembali keutamaan. Itulah yang kami rakyat lakukan dalam usaha mengubah cara hidup. Jalan-jalan di hujung minggu dikurangkan. Buku-buku diulang baca. Membeli yang hanya keperluan. Kerajaan juga perlu melakukan yang sama!
Dan kemarahan itu bertambah-tambah lagi bila mendengar reaksi pemanggil Hot.fm pada pagi tadi. Mengulas isu ini, masing-masing menyatakan kekesalan bahawa mereka bukan atlit, dan tidak berpeluang memenangi RM 1 juta. What???
Hmmm.. apa lagi nak kata?
Berkaitan:
- Emas Olimpik Bernilai RM 1 Juta
- Apa Implikasi Insentif RM1 Juta Buat Atlet Negara?
- Pingat Olimpik Lebih Penting Daripada Masalah Rakyat?
- Who would be our first sports millionaire/s?
Entri-entri berkaitan:
- Antara kuat dan bersih, mana dulu?
- Sokong BN, harga minyak turun!
- Sah!
- DPP Selangor, Pakatan Rakyat, Ella dan Mas Idayu
- Kecek-kecek selepas mengundi
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Alah dia berani offer sebab takde atlit kita yang mampu bawak balik pingatnye. Jangan bimbang la.
June 25th, 2008 at 4:40 pmDiorg bagi pon sebab tau takde atlet malaysia yg mampu nak dpt pingat emas dekat Olimpik. Pikir la. Atlet kita ni sekadar juara kampung jer. Nak bertanding secara international?? Harapan tinggal harapan jer.
June 25th, 2008 at 4:58 pmJanganlah marah…. 1 juta aje… kalau 10 pinggan emas 10 juta… bukannya banyak… Tapi kalau guna duit rakyat, 1 ringgit pun sudah terlampau.
June 25th, 2008 at 5:34 pmkalau nak bagi kat org miskin, rm200 pun dah rasa besar sangat.. huhuhu..
June 25th, 2008 at 9:45 pmAfif, GnomeFan, bagi aku… ini bukan soal atlit kita mampu menang emas atau tidak. Bukan soal bimbang atau tidak. Ini soal bagaimana kerajaan menentukan keutamaan. Apapun, bagaimana kalau ada yang betul-betul menang pingat emas nanti? Mahu bagi RM1 juta atau tidak? Kalau bagi, ia membazir dan tidak adil. Tidak membelanjakan wang rakyat selayaknya adalah tidak adil. Kalau tak bagi, hanya mengesahkan lagi bahawa kerajaan BN adalah pembohong besar.
HyperX, maaf. Aku kurang faham apa yang cuba kamu sampaikan. Guna duit siapa kalau bukan duit rakyat?
Achik, depa bukan ingat orang-orang miskin…
ehmm, dah lebih 44 kali rasanya orang kata Pak Lah bodoh. Memang bodoh betul jadinya orang tua tu. Sampai ada yang kata Dollah Bodohwi,huhu
June 26th, 2008 at 11:22 amtok,
June 26th, 2008 at 3:52 pmkadang tu kita bukan nak kutuk sangat dia tu bodoh ke apa, tapi nampak gaya memang dia sendiri yang cari pasal…sudah satu, satu kes pula timbul. banyak duit mak bapak kita nak bagi gitu je 1 juta tu….
rasa mcm nak je doakan biar dia panjang umur… pastu hidup takleh nak makan, biar dia rasa lapar kebulur mcm org2 miskin tu….huhu
Hahahahahaa…
Lucu. Lepas gelak ni tiba-tiba rasa nak smackdown pulak.. ishk!
June 26th, 2008 at 9:32 pmKurang cermat atau memang tidak pandai mengurus! Atau bak kata saudara Mudin, bodoh!
Memang boleh memberi wang tunai kepada atlit kita yang berjaya di persada dunia, namun biarlah ada prioriti.
http://themakan.blogspot.com
June 30th, 2008 at 12:53 pmhttp://duniasutera.blogspot.com
http://buanadunia.blogspot.com
kesian kat paklah.. sekarang memang dia dah jadi teramat-amat bodoh.. nak tau kenapa?
1. bodoh sebab dah lebih 40 orang yang mendoakan dia menjadi bodoh sebab orang panggil dia bodoh.
2. bodoh sebab dia ingat corak pemerintahan dia yang terbaik untuk rakyat.
3. bodoh sebab kenalkan rakyat malaysia dengan konsep islam hadhari
4. bodoh sebab semasa umum minyak naik petang, malam dah naik.. tapi umum minyak turun lagi satu bulan baru turun
5. bodoh sebab tak tau nak jana ekonomi negara.. cakap je lebih..
tu baru lima.. nanti aku postkan lagi sebab-sebab kebodohan lembu yang di jadikan perdana menteri oleh penyokong BN…
August 12th, 2008 at 11:55 pm