Siapa kata rakyat Malaysia tidak membaca?
Cakap-cakap bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua helai setahun itu sudah klise. Kalau aku jumpa lagi sesiapa cakap seperti itu, aku hempuk dengan Kamus Dewan.
Dari Utusan (25/06/08): Rakyat Malaysia belanja RM1 bilion beli buku
KUALA LUMPUR 25 Jun - Berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk membeli buku.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, secara puratanya setiap keluarga di negara ini membelanjakan RM50 setahun untuk membeli buku.
“Walaupun jumlahnya agak kecil namun amalan pembelian buku dilihat semakin meningkat di negara ini sejak 2005.
“Justeru, buku yang bermutu tinggi perlu diperbanyakkan dan pasaran buku dengan harga berpatutan perlu diwujudkan untuk menggalakkan lebih banyak keluarga memperuntukkan pendapatan bulanan membeli buku.
“Selain kerajaan, pihak swasta juga perlu berusaha menggalakkan budaya membaca,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Utusan.
Entri-entri berkaitan:
- Rakyat Malaysia perlu tiru Czechs
- Chelsea ke Malaysia, apa kata kamu?
- Siapa kata bertudung tidak cantik?
- Bagaimana mahu membaca lebih banyak buku?
- Malaysia baru yang buta warna
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
I like the word hempuk. I use it all the time but didn’t know it is actually a real BM word. Oh wait, I don’t have a Kamus Dewan to refer to. Hehehe.
June 27th, 2008 at 12:12 amcuba tengok apa makna hempuk dlm kamus dewan (nak check tgok ada kamus dewan ke tak kat umah!)
June 27th, 2008 at 9:22 amBeli buku dengan baca buku sama ke rupanya.. Oooo..

June 27th, 2008 at 5:15 pmTu la pasal, tiba-tiba saja nak bagi 1 juta. Apa ke kes? Kata takde duit , kena jimat! Tapi tiba-tiba ada lak duit nak membazir tuh.. konpius-konpius.. sekian dari yang rasa dah kena tipu.
June 27th, 2008 at 8:12 pmAlhamdulillah penjualan meningkat…. mudah-mudahan nanti pembacaan pun meningkat.
June 27th, 2008 at 11:04 pmLilian, saya pula… tak suka kena hempuk!
saidmirro, Kamus Dewan tak ada, dah guna buat hempuk orang tadi.
Wak, harapnya pembacaan buku berkadar langsung dengan pembeliannya. Logiknya begitulah.
farimi, salah topik ni…
Kak Najibah, ya… moga-moga!
Assalamualaikum sdr. Aku pula hempuk dengan Longman English Dictionary!
June 30th, 2008 at 12:36 amSaya pernah timbulkan isu ini dalam blog buku saya. Sila baca di sini: http://pasalbuku.blogspot.com/2006/04/tahap-pembacaan-rendah-rakyat-hanya.html
WebSutera, ya… aku dah baca tulisan kamu itu sebelum ini.