Ubah cara hidup konon, nak kena hempuk?
Setelah sebulan setengah menjalani latihan di Petaling Jaya, hari ini aku kembali bekerja di Putrajaya. Tadi, aku menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya.
Biasalah, kalau solat Jumaat di sana, kelibat menteri-menteri kerajaan Babi Negara itu biasa kelihatan. Antaranya, memang ada kelibat-kelibat yang aku rasa nak saja dihempuk dengan Kamus Dewan. Antaranya ialah Nazri Aziz. Dia ini memang bebal atau tak tahu malu orangnya. Antara kebebalan terbarunya adalah reaksinya terhadap tindakan empat Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mengayuh basikal ke Parlimen. Mengingatkan jawapan-jawapannya itu, mahu saja aku baling dia dengan selipar dan kasut yang bertaburan di tangga masjid itu.
Tapi apa yang benar-benar menggelegakkan darah muda aku ialah apabila terlihat kereta hitam yang bernombor pendaftaran XX13 meninggalkan masjid tersebut. Lengkap dengan rombongan yang sekurang-kurangnya dua kereta dan beberapa buah motorsikal berkuasa besar. Mahu tahu ia ke mana? Punyalah jauh, terus membelok masuk ke pejabat Perdana Menteri yang jaraknya, kalau berjalan tak sampai 5 minit pun. Woit, sikit punya dekat tak boleh jalan kakikah? Ataupun sekurang-kurangnya naik basikal seperti yang telah ditunjukkan oleh empat Ahli Parlimen itu? Membazirkan minyak saja. Ubah cara hidup konon, ubah cara hidup binatang apa sebegitu? Nak kena hempuk?
Entri-entri berkaitan:
- Minyak oh minyak!
- Liwat tidak sama dengan hempuk
- Perkara Utama dalam Hidup
- RM1 juta: Antara keutamaan dan kebodohan
- Kuali mengata belanga hitam - Malaysiakini
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
lepak kat kelantan bloggers tonite 10.30pm k? Mana banner kelantan bloggers?
June 28th, 2008 at 10:35 amDia suruh ubah cara hidup mcm dia….jomlah….
len kali kalau p mesjid tu lagi bawa cermin..bagi sorang satu..
June 28th, 2008 at 12:40 pmhaha, mudin dok gaya nak menghempuk je skang ni kerja nya … jaga-jaga orang yang dekat dekat ngan mudin ooiiii hahah
June 28th, 2008 at 1:48 pmmnate mano hok gilo naik kheto tu weh? po babi…
June 28th, 2008 at 4:41 pmmmg nak kena hempuk tu.. heh!!
June 28th, 2008 at 10:54 pmHik hik hik…. oghe bengong gitu laaa
June 29th, 2008 at 12:13 amblogger kelate, maaflah. Semalam tak online. Banner tu… nanti kawe pasang.
Kujie, tak payah bawa cermin. Minggu depan aku baling saja sorang-sorang dengan selipar.
Cord, hehheh! Aku hempuk yang mana patut kena hempuk saja. Adil!
Pokchik, menate mano lagi… menate tuLah!
achik, ya..ya.. nanti aku hempuk.
cjcm, meme bengong puok-puok tu…
kenapa pakai kamus dewan? benda tu berharga, tak sesuwai dengan nilai otak mereka…
pakai selipar sudah….
June 30th, 2008 at 1:29 amtok,
June 30th, 2008 at 8:38 amkesian dia tok, dia dah tua..mana larat nak jalan kaki..nak naik basikal tak teri gamaknya..bagi can la kat dia nak mengubah gaya hidup..dulu tak merasa..
betul kata bumilangit, tak sesuai hempuk dengan kamus, hempuk dengan selipar atau kasut buruk lagi bagus..hehe
Lepas neh jangan hempuk diorang ngan kamus dewan. Tak rasa sangat.
June 30th, 2008 at 1:34 pmNanti hang hempuk diorang dengan pasu piewter selangor tuh. Baru class dan pecah pala! Hehe
O, kau di Purajaya. Nanti boleh aku belanja kau nasi lemak + sup tulang di gerai dekat Uniten tu. Aku jemput kau pakai basikallah ya. He he he!
June 30th, 2008 at 4:49 pmBumilangit, sisaflah, ya… batal guna kamus dewan. Guna tiang lampu lagi bagus. Boleh? :>
Deen, mahallah benda tu. Aku guna tiang lampu sajalah!
Wak, aku jalan kaki saja. Beli basikal pun dah tak mampu.
Memang patut dihempuk!
July 1st, 2008 at 1:28 am