Archive for June, 2008

Berita kurang baik untuk penggemar buku

June 22, 2008 by mudin001 16 Comments

Paper prices go up

Setelah kenaikan harga minyak baru-baru ini, telah beberapa kali aku hanya mampu memegang buku-buku yang menarik perhatian aku apabila singgah di kedai buku. Angkat letak, angkat letak. Keinginan untuk membeli buku terpaksa dipendam dahulu, memikirkan wang ringgit yang perlu disimpan untuk banyak lagi keperluan lain.

Bila harga kertas naik, yang dikatakan dari 10% hingga 40% dan kemungkinan sehingga 50%, pastilah harga barangan lain yang berkaitan juga akan naik. Harga buku yang sudah sedia mahal pasti akan menjadi lebih mahal.

Ermm… tahniahlah Pak Lah. Banyak betul sumbangan kamu kepada negara!

Berkaitan:

Sanglang dan balak di Kedah

June 19, 2008 by mudin001 3 Comments

Meninjau blog-blog pada hari ini, ada dua topik utama yang hangat dibicarakan. Pertama, tentang SAPP dan undi tidak percaya mereka terhadap Abdullah Ahmad Badawi a.k.a Pak Lah. Aku tidak berhajat untuk kecek apa-apa tentang ini. Tunggu dan lihat sajaLah.

Kedua, tentang kekecohan yang disebabkan oleh bantahan Dewan Pemuda PAS Selangor terhadap penganjuran konsert yang akan melibatkan Ella dan Mas Idayu. Itu, telahpun aku sentuh dalam entri terdahulu.

Tapi aku hairan, tidak ramai yang mengulas tentang keputusan mahkamah membatalkan kemenangan calon BN di Sanglang dalam PRU yang lalu. Ada, bukan tidak ada. Tapi sedikit. Jangan pula keghairahan terhadap perkara-perkara lain melalaikan Pakatan Rakyat daripada bersedia menghadapi pilihanraya yang mungkin diadakan semula.

Satu lagi isu yang menarik perhatian aku ialah keputusan kerajaan negeri Kedah meluluskan pembalakan di Pedu, Muda dan Ahning. Erm… jangan sampai balak jadi bala sudahlah. Belajarlah dari Kelantan, baik dan buruknya.

Wallahua’lam.

DPP Selangor, Pakatan Rakyat, Ella dan Mas Idayu

June 18, 2008 by mudin001 9 Comments

Dua penulis blog yang aku anggap sebagai sahabat walaupun tidak pernah bertemu dengan salah seorang daripadanya menulis tentang soal yang aku jadikan tajuk di atas.

Saudara Adihamka menulis bahawa Dewan Pemuda PAS Selangor perlulah mula bertindak sebagai sebahagian daripada kerajaan:

Saya melihat, dalam konteks ini DPP Selangor, sebagai sayap pemuda kepada parti komponen Pakatan Rakyat perlu bertindak sebagai sebahagian daripada kerajaan. PAS mempunyai 3 wakil di dalam Exco kerajaan negeri, dengan Pesuruhjaya PAS Negeri sendiri merupakan salah seorang Exco kanan. Justeru bukankah molek ini dimanfaatkan berbanding untuk mengadakan demo?

Saya akui bahawa sayap pemuda, baik PAS, DAP, mahupun KeADILan perlu menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan negeri dengan bertindak sebagai pemantau. Tetapi itu tidak bermakna mentaliti ‘kepembangkangan’ terus menerus diamalkan sehinggakan ini juga dipraktikkan setelah menjadi kerajaan negeri.

Sememangnya aku sangat bersetuju dengan beliau bahawa DPP Selangor tidak boleh lagi membawa mentaliti dan pendekatan pembangkang. Mereka perlulah bertindak sebagai sebahagian dari kerajaan, kerana sememangnya mereka adalah sebahagian daripada kerajaan Negeri Selangor. Tanpa PAS, Pakatan Rakyat tidak akan dapat menubuhkan kerajaan di negeri kelahiran Adam dan Alya ini. Persoalannya, pernahkah DPP Selangor diberi ruang sebagai salah satu komponen dalam kerajaan Selangor, dalam erti kata yang sebenarnya? Aku tidak mengandaikan apa-apa di sini, hanya melontarkan soalan. Ada yang mahu menjawab?

Atau benarkah dakwaan bahawa PAS hanyalah menumpang dalam kerajaan Pakatan Rakyat itu? Soalan yang sama dilontarkan oleh Nora di blognya:

Lagi malang cerita itu diteruskan bagaimana PAS hanya jadi penumpang dalam Pakatan Rakyat Selangor. Betul ke? PAS dikatakan terpaksa mengikut kerana mahu terus menjaga keutuhan Pakatan. Namun dikatakan PAS tidak ada suara-macam pak turut dalam PKR terus membela dan menjadi suara DAP sahaja. WOW satu kenyataan yang agak besar. Nora mesti mahu tahu sebenarnya. Nora mesti nak tahu kebenaran kerana Nora dalam perjuangan ini diajar untuk tengok pada satu pihak - yakni rakyat. Yang benar itu benar dan yang palsu dan hipokrit itu tetap palsu dan hipokrit lantas perlu di sanggah. Kan kita diajar begitu? Nora mesti nak tahu perkara ini.

Apakah benar PKR sudah lupa diri dan mula mengamalkan kronisma dan berebut-rebut mahu kaya? Adakah benar PAS suah mual dengan keangkuhan sikap PKR dan PAS sering diketepikan.

Jika benar dakwaan itu, maka soalan yang ditanyakan oleh sahabat aku ini perlu dijawab oleh semua pengundi Pakatan Rakyat, terutamanya penyokong PAS:

So, apa komen pengundi-pengundi pakatan?

a) Adakah kita perlu berkompromi semata untuk menjaga pakatan yang belum setahun jagung?

b) Adakah kita perlu menilai balik prinsip perjuangan kita kepada yang lebih umum (menuntut hak-hak asasi bersama i.e. demokrasi,kebebasan bersuara dll) dan meninggalkan perjuangan menegakkan agama Allah Taala.

c) Bertegas dengan prinsip dan menzahirkan ketegasan kita selaku rakan kongsi yang tidak kurang pentingnya dalam penubuhan kerajaan bersama.

d) Keluar saja dari pakatan kerana tidak ada apa jua untungnya menyertai baik dari segi menegakkan syariat, pengagihan sumber dana kewangan dan proxy jawatan penting diberikan amanah pentadbirannya kepada kita.

Aku sendiri akan memilih jawapan (c), malah akan mufaraqah dari PAS jika pilihan (b) menjadi pilihan PAS.

Berbalik daripada persoalan asal kekecohan ini berlaku. Apalah sangat yang ingin dipertahankan dengan tetap menganjurkan konsert yang melibatkan Ella dan Mas Idayu itu? Melihat kesannya kepada Pakatan Rakyat itu sendiri, manfaat tidak ada, mudarat yang dapat. Tak tahulah kalau Pakatan Rakyat merasakan tidak ada mudaratnya kehilangan sokongan orang-orang PAS???

Lu pikirlah sendiri (pinjam ya Nabil?).Wallahua’lam.