July 29, 2008 by
mudin001
Hampir seminggu blog ini tidak dikemaskini. Bukan sengaja aku mahu biarkannya begini. Tapi kesempatan yang tidak ada.
Selama itu juga, pelbagai perkembangan dalam banyak hal telah pun berlaku. Muzakarah sudah jadi muqabalah. Walaupun bagi aku, istilah itu bukan isunya. Isunya ialah, ada atau tidak usaha dalam gelap untuk mengahwinkan PAS dengan UMNO/BN? Tapi tak apalah, oleh kerana aku sudah katakan tidak mahu mengulas tentangnya lagi, jadi ‘bo lah’ (cukuplah dalam loghat Kelantan)!
Yang menyebabkan aku tidak berkesempatannya bukan apa, aku balik kampung selama tiga hari. Balik Kuala Balah, bukan pergi muqabalah, tau? Kami sekeluarga balik kampung naik ‘keta api-api’ (keretapi dalam sebutan Adam). Pagi tadi baru tiba kembali di sini, terus pergi kerja.
Di kampung, sempat juga menunjukkan kepada Abah bagaimana bermain-main dengan Picnik (untuk mengedit gambar) dan Flickr (untuk menyimpan gambar atas talian). Sekarang, Abah sudah mampu menghasilkan seperti yang dibawah:

Hayatilah bersama. Apa agaknya yang Abah cuba sampaikan?
Tags: Abah, Adam, BN, Kuala Balah, muqabalah, muzakarah, PAS, sajak, UMNO
Category
Am, Famili, Puisi
July 23, 2008 by
mudin001
Masih tentang muzakarah/rundingan.
Biasalah, darah muda tengah marah. Nak kata apa?
Saja nak jawab Roslan SMS. Malas nak komen kat blog dia. Komen aku sebelum ini pun dia tak approve. Lantaklah. Nak bagitau dia, dalam aku dok baca blog tiap-tiap hari. Beratus-ratus tulisan yang aku baca melalui Google Reader setiap hari, tak ada satu pun tulisan yang menafikan jasa Tuan Guru Hj Hadi kepada PAS dan juga perkembangan dakwah Islam di Malaysia. Tapi Tuan Guru bukan maksum, beliau pasti pernah buat silap, dan mungkin akan buat silap. Samalah seperti kita semua. Jadi masalahnya bukan tentang siapa Tuan Guru. Tak perlulah diagungkan bahawa beliau pernah dinobatkan sebagai ‘pemidato tersohor Asia Tenggara’ atau apa. Itu bukan isunya. You missed the point there!
Katanya, memetik sabda Nabi:
Hendaklah kami bermubayaah untuk dengar dan patuh dalam keadaan kami suka atau kami benci, dalam keadaan senang atau susah dan juga janganlah kami pentingkan diri sendiri dan janganlah kami mempertikaikan arahan ahlinya (pemimpin) kecuali apabila kamu melihat kekufuran yang nyata sedang berlaku dengan berdasarkan dalil dari Allah swt.
Tapi bagaimana kalau pemimpin itu yang bertindak atas kepentingan sendiri? Katakanlah Ustaz Nasha atau Ustaz Harun Taib terhegeh-hegeh mahu PAS gabung UMNO/BN kerana gila kuasa. Aku kata, katakanlah. Apa bezanya Ustaz Nasha dan Ustaz Harun dengan Ustaz Nakhaie, Ustaz Firdaus dan Ustazah Mashitah yang sentiasa menjadi bahan kutukan dalam ceramah PAS itu? Aku kata, katakanlah.
Dan katakanlah memang TG Hj Hadi terhegeh-hegeh mahu PAS masuk UMNO/BN kerana gila jawatan, aku petik kata-kata Ustaz Aris Awang ini:
Aku juga heran mana nak letak buku karangan Presiden iaitu “Hadharah Islamiyah bukan Islam Hadahri” selepas ini.
Lagi dahsyat kalau aku tanya…… nak letak mana ucapan TG Presiden ketika tahun 1981 di Banggol Pradung, Terengganu.
Maaf cakap…… aku rasa dibohongi oleh kepimpinan selama ini, jika hasrat tersebut diteruskan.
Aku kata, katakanlah. Nama-nama diatas disebut hanya sebagai contoh. Harap ini kali terakhir aku tulis pasal benda muzakarah ni. Malas dah. Wassalam.
Lagi coretan berkaitan:
Tags: BN, Hj Hadi, Islam Hadhari, PAS, Roslan SMS, UMNO
Category
Islam, Isu Semasa, Politik
July 21, 2008 by
mudin001

Dalam keributan isu muzakarah/rundingan* UMNO-PAS kebelakangan ini, ketika menonton Buletin Utama TV3 semalam, terdetik satu perasaan halus dalam diriku. Ya Allah, betapa kami semua, rakyat Malaysia, dan pendokong PAS khususnya, masih amat memerlukan orang tua yang bernama Nik Aziz itu. Ya Allah, kau panjangkanlah usianya, agar dapat terus membimbing kami semua untuk berada pada landasan yang betul. Amin.
Sejurus selepas itu, aku terbaca satu tulisan di blog KTemoc, Nik Aziz Nik Mat - Pakatan Rakyat’s Optimus Prime?. Katanya:
Though PAS is a political party which sometimes can’t make up its mind as to whether it’s an Islamic Party or a nationalistic (Malay) party, Pak Haji Nik Aziz alone has the prestige, power, position and personality to impose his political preference, including working with other opposition parties (inclusive of the secular DAP), on PAS members …
… which is why I believe he is the only man to hold the Pakatan Rakyat together. I hope he does.
Walaupun tidak semua aku bersetuju dengan apa yang ditulisnya, aku sangat bersetuju dengan kenyataan diatas. Pengamatannya bagiku tepat sekali. Dalam keadaan sekarang, pencak Tok Guru sangat penting dalam menentukan masa depan PAS dan juga Pakatan Rakyat itu sendiri.
Sebenarnya, aku pelik juga kenapa isu ini baru timbul. Bagi aku, ia terlewat tiga bulan lebih. Kecek-kecek rundingan UMNO-PAS sudah lama timbul di blog-blog. Sama ada mahu percaya atau tidak. Dan aku tidak bermasalah untuk mengatakan berada di pihak yang percaya adanya rundingan tersebut. Dan aku juga tidak bermasalah untuk mengatakan aku percaya rundingan dalam gelap yang diadakan itu bukan atas kepentingan Melayu/Islam, tapi lebih kepada kepentingan individu. Lantaklah kalian nak kata apa. Aku percaya apa yang aku percaya.
Apa? Ulama’ tidak ada kepentingan individu ya? Seperti komen aku di blog Roslan SMS yang belum diapprove sehingga kini (tak tahulah sama ada beliau belum ada masa, atau memang tidak diluluskan), di pentas-pentas ceramah, dihentam habis-habisan para ulama’ UMNO. Macam-macam gelaran diberikan oleh ulama’ PAS sendiri. Tapi bila ulama’ PAS terhegeh-hegeh mahu rujuk kepada UMNO/BN yang sudah mati pucuk, apa pula itu?
Sudahlah tu. Jangan gunakan perkataan ‘muzakarah’ untuk menghalalkan pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.
Wallahua’lam.
Nota*: Muzakarah/rundingan yang aku maksudkan dalam tulisan ini adalah sebarang usaha untuk bergabung semula dengan UMNO/BN. Ia bukan bermaksud usaha untuk menyampaikan Islam, seperti yang dikatakan oleh TG Hj Hadi. Jika muzakarah/rundingan yang dilakukan oleh beberapa pemimpin terbabit adalah benar-benar usaha untuk menyampaikan Islam dalam ertikata yang sebenarnya, tanpa ada secubit keinginan untuk bergabung dengan UMNO/BN (atas kepentingan individu), aku menarik balik kata-kata di atas.
Berkaitan:
Tags: BN, Hj Hadi, Islam, Melayu, muzakarah, Nik Aziz, Pakatan Rakyat, PAS, UMNO
Category
Isu Semasa, Politik