Kami tak jilat, kami protes!

Posted on July 10, 2008

Sudah beberapa hari peristiwa itu berlalu. Mungkin kehangatannya sudah berkurang. Dan mungkin juga sudah anti-klimaks untuk bercerita tentangnya. Apakan daya, masa untuk mengemaskini blog agak terhad minggu ini. Hari ini baru ada peluang barang seketika.

Sememangnya, aku tidak pernah menyimpan niat untuk menyertai Protes pada 06.07.08. Tidak sekalipun aku menulis tentang itu di blog ini, tidak seperti ketika menjelang perhimpunan Bersih yang lalu. Entah mengapa, aku tidak teruja langsung untuk turut serta dalam acara ini.

Pada pagi Ahad lalu, aku hanya mengikuti perkembangan Protes dari rumah, melalui blog-blog dan media-media atas talian yang memberikan liputan. Dan seperti dijangka, sambutannya hambar. Banyak faktornya kehambaran itu, aku tidak berminat untuk mengulas, boleh saja kalian baca blog-blog lain. Petangnya aku keluar dari rumah, menuju Shah Alam. Berbeza dengan apa yang aku jangka, jalan lengang saja hari itu. Aku tidak melalui walau satupun sekatan polis. Dan melalui Dopodku, aku sempat memeriksa Google Reader dan mendapat makluman bahawa Unit Amal PAS menarik diri dari Protes. Oh, ada juga konsert rupanya? Bukankah dikhabarkan telah dibatalkan? Pertanyaan itu berdetik dalam fikiranku.

Selepas makan malam dan solat maghrib, kami meninggalkan Shah Alam untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, Ummu Adam menyatakan hasrat untuk merasai suasana orang berdemonstrasi. Memandangkan keadaan dilihat selamat, aku menukar arah menuju ke stadium MBPJ. Setelah dua tiga kali berpusing mencari parking, kami tiba juga di stadium. Suasananya hambar sahaja. Ucapan-ucapan pimpinan juga tiada yang menarik. Pada waktu itu, kami masih belum tahu tentang insiden tunjuk punggung itu. Patutlah orang tak ramai, semuanya dah balik lepas kena tunjuk punggung barangkali. Haha!

Aku juga tidak berminat untuk menulis tentang punggung si Alak itu. Dah banyak yang tulis. Cuma kenakalan aku cenderung mahu mengemukakan satu teori konspirasi. Sekarang kan orang suka dengar teori konspirasi? Mungkinkah, insiden tunjuk punggung itu dirancang oleh pihak-pihak tertentu dalam satu konspirasi untuk mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat? Heh!

Gambar-gambar dari Dopod aku:


Robin van Persie pun Protes?


Sempat lagi tambah koleksi atas rak buku.


Adam jilat gula-gula. Tak jilat punggung.


Orang jerit, “Turun, turun”. Adam jerit, “Turun bowoh, turun bowoh”.

Kalau masih berminat untuk membaca tulisan-tulisan tentang Protes dan insiden londeh itu, antara yang sempat aku kumpul seperti dibawah:

Entri-entri berkaitan:

  1. Kami kini ibubapa anak dua, Adam kini abang long
  2. Sokong BN, harga minyak turun!
  3. 27 untuk Ummu Adam, 3 untuk Alya
  4. Lim Guan Eng buang masa (dan wang) ?
  5. DPP Selangor, Pakatan Rakyat, Ella dan Mas Idayu

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

11 Responses

  1. el

    aik… saknih takdok lagi… hahah…

    agok-agok, kalu dio letok gambar pokloh, pah tungging punggung ko gambar tuh… sek pkr maroh dok? hahah… raso.. oghe pah pun ado hok wak depe tibi taing pokleh nga mahadei tubik di tibi… hahahah…

    male ni ize mak nor ceramoh di m’melor… ingak nok gi jual telor… hahaha…

  2. peyja

    comei adam. adik ia montel.
    ntah..aku tak salahkan sgt en Dung tuh
    ntah..aku rasa tak sape2 patut batai en dung tu
    takat tunjuk boxer jer
    mungkin aku tak cukup sufi mcm ahli2 pas
    maka view aku berbeza
    tapi…
    aku bukan juga ahli BN yer..awas


  3. salam tok mudin,
    mungkin ia lebih sesuai di jalanan dari di stadium. bila dah ada konsertlah, ada yang menjuallah, dah macam tak serius lagi.
    terperanjat saya, cepatnya masa berlalu, dah besar pun puteri awak tu!

  4. DeeN

    Banyak yg aku pon tawar hati ngan protes tuh. Maybe pendekatan tak sama. Isk, pendek kata, lain dulu, lain skangLah!! :|

  5. saidmirro

    ish..ish..teruja nak komen berjela…

  6. achik

    uish, ada insiden londeh..


  7. Aku memang tak ada rancangan nak pergi. Kalau di Pdg Timur, depan Amcorp itu mungkin aku pergi agaknya.

    Aku rasa macam nak tujukan lagu jilat itu untuk mereka-mereka yang suka ‘menjilat’ orang-orang yang pegang kuasa di Putrajaya itu. Dan untuk orang-orang berkuasa yang ‘dijilat’ juga.


  8. pakchik, pah tu lagu mano? banyok ko laku telo nyoh?

    peyja, pendirian aku… si pembawa tahi itulah yang perlu bertanggungjawab. Walaupun telah diputuskan oleh mesyuarat untuk dibatalkan konsert, degil juga nak bawa. Dan tidak ada bukti bahawa si pemukul tahi adalah orang PAS!

    accia, ya.

    Deen, tawar hati tak apa. Jangan tawar punggung.

    saidmirro, komenlah panjang-panjang.

    achik, tak tahu ke?

    Wak, tuju lagu tak jadi. Tuju penumbuklah!


  9. Salam tok.

    impress dengan quality imej from dopod tu. model aper? berapa MP ? berniat nak angkat satu so kena dapat info dari sifu sifu yg dah pakai :)

    thanks in advance


  10. abanglong, aku pakai DopoD 818pro. Kameranya 2.0 MP. Kelemahannya, tak ada zoom dan flash. Gambar kat atas tu dalam stadium yang terang benderang, gambarnya pun cantiklah. Satu lagi, kalau objeknya bergerak, gambarnya sangat teruk. :)

  11. el

    haha… oghe tok rama gi… hahah.. tok sapa sratuh pun… heheh… mujo dok gi jual telor… hahah..

Leave a Reply