- Debat minyak: 24 jam kemudian…
-
Dengan penahanan Anwar Ibrahim hari ini, masih relevankah debat semalam?Kelegaan semalam, menyaksikan Anwar menggunakan sepenuhnya masa dan ruang yang terhad dengan baik untuk menjelaskan kepada rakyat alternatif yang ada, hujah-hujahnya belum pun sempat dicerna lagi, lesap begitu saja. Sepertimana lesapnya Anwar, terhumban dalam sangkar kezaliman UMNO/BN. Dan yang sebenarnya terkurung, bukan hanya Anwar, tapi juga kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat jelata. Sampai bila???
Walaupun penangkapannya itu sudah dijangka, hati tetap terkena kesan yang dalam, walaupun aku bukanlah pemuja Anwar. Datuk Seri, doa kami sekeluarga bersamamu.
Lenakah tidur kamu malam ini, wahai marhaen? Selamat malam!

Popularity: 30% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Alhamdulillah, 5 ISA bebas!
- Nik Aziz makan ulam raja tak?
- Kecek-kecek tentang persepsi
- Doa semalam…
- Kecek-kecek: Awang Adek
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 8 Category: Isu Semasa, Politik



saya dapat maklumat, sepatutnya diorang nak tangkap DSAI semalam – yg akan menyebabkan debat tu tak jadi. pasal waran tangkap tu dah keluar dah. tapi DSAI takde kat rumah la pulak. kalau tak silap di Penang pada masa tu. jadi debat tu terpaksalah diteruskan jugak dengan separuh hati. diorang gamble je sambil harapkan DSAI dalam keadaan tertekan dengan macam2 hal dan ASC pulak dah ada skrip dah. tak sangka pulak ASC kena “belasah” kawkaw malam semalam dengan DSAI (dan oleh seantero bloggers sepanjang hari ni) walaupun dicanangkan sebaliknya oleh media massa milik kerajaan. sapa yang tgk TV boleh tahu sendiri apa yang berlaku. sapa yang tak tgk tapi komen gak.. org tu baik kita shaberikan dia..
ada 2 org berdebat. sorang cool je berdebat. sorang lagi dok seronok main buih – lalu dia pun jadi Mat Buih. :p
hari ni diorang tangkap DSAI akhirnya. tangkap guna polis khas bertopeng atas kesalahan tuduhan liwat. hebat! terkini khabarnya DSAI dibawa ke HKL untuk ujian DNA. elok ler.. mesti dibuat dengan telus punya.. itu DIJAMIN! yeah!
mmg ramai la tak lena malam ni.. saya antaranya.. dok fikir sapa lagi yg nak ngaku kena liwat lepas ni.. sapa lagi nak kena tangkap lepas ni.. hati2 la mudin001.. takut ada readers yg bengang nanti dia gi Balai Jalan Travers, habis awak kena report kang.. sapa la pulak nak update blog nih nanti?? siapa?? siapa?? shabery??
kehkeh..
ntahlah.. mungkin saya takleh lena pasal masih geli geleman lepas tgk blog TLDM homo tuh.. itu pun mungkin jugak.. segalanya dan banyak lagi di era hadhari.. yeah!
berita terkini! anwar akan dibebaskan malam ni!
http://alamkekal.blogspot.com/2008/07/anwar-will-be-released-tonight.html#links
lagi cantik kalau ada sapa2 boleh verify? PKR members?
boh, dale cramoh di p’putik hari tu.. kato tok guru… kesoh ni.. jadi doh dulu.. jame nabi yusof dulu… tok soh bimbe la… nati pok demo tu jadi supo adik bradik nabi yusof hok tahok nabi yusof dale tlago dulu… lepah tengok nabi yusof dok di istano jadi menteri baru nok ngaku demo tu saloh…
Kalau ada bukti, kenalah tunjuk. Kalau betul kena tapi takde bukti, tunggulah pembalasan akhirat nanti. Yang memang suka jadi homo tu, jgnlah nak tayang-tayang kat internet plak. Pergi duk San Francisco, ada community homo. Kita pun udah-udahlah cerita liwat, naik meluat plak.
tu je la cara diorang nak jatuhkan Anwar.. dah xde modal lain.. haih!!!
Haish!
Dah makin cacamarba Malaysia dgn pelbagai konspirasi.
Haish!
aduii…jantung ku makin berdegup-degup … suspen, kecewa , bimbang , kusut
Kebenaran akan berpihak kepada yang benar juga akhirnya nanti.