Debat minyak: Ulasan spontan

Posted on July 16, 2008

Telefon berdering-dering ketika aku sedang menyaksikan debat tadi. Tapi aku biarkan saja. Usai debat, rupanya yang menelefon adalah Abah dan Ma di kampung yang mahu memastikan aku juga menonton debat itu. Sudah pasti tidak aku lepaskan, walaupun ada suara dari semalam lagi yang mengingatkan aku bahawa dia mahu menonton Sindarella. Kalau Ma yang memang tidak pernah tinggal drama Melayu boleh menonton debat, takkan Ummu Adam nak tonton Sindarella juga?

Hasil dari perbualan pendek aku dengan Ma usai debat tadi, aku boleh simpulkan begini.

Ma, ibuku, yang terpaksa mengambil SPM berkali-kali hanya untuk lulus, sekarang menjual bihun di Ulu Kelantan, jauh lebih cerdik dari Shabery Cheek, Nordin Kardi dan pengulas-pengulas pengampu UMNO/BN yang buta mata dan buta hati.

Kata Ma, Anwar cakap berfakta. Katanya lagi, hujah Shabery bodoh. Tak habis-habis dengan demonstrasi 1974, demonstrasi 1974. Kata Ma, orang debat soal minyak, bukan soal Anwar. Oleh itu, Ma bijak berkali-kali ganda dari Shabery. Shabery perlu letak jawatan, seperti yang dijanjikannya.

Ma juga bijak berkali-kali ganda dari Nordin Kardi dan pengulas-pengulas pengampu UMNO/BN yang gagal melihat kekuatan hujah Anwar, atau sekurang-kurangnya menimbangkan apa yang disarankan oleh beliau. Kalau hati dan mata sudah tertutup untuk menerima hujah orang lain, begitulah jadinya. Ma tidak baca akhbar pun, tidak baca blog pun, tidak ada ijazah pun, tapi masih boleh menilai hujah-hujah yang dikemukakan. Ma jauh lebih cerdik dari kalian semua wahai penjilat UMNO/BN.

Dan sebelum kalian mengatakan bahawa sudah semestinya Ma akan menyokong Anwar kerana Ma orang pembangkang, biar aku jelaskan di sini. Walaupun aku ini mendakwa kuatnya kePASan aku sampai darah pun hijau, Ma bukan orang yang berpartisan. Malah, jika ada penyokong UMNO/BN dalam keluarga aku, Ma lah orangnya.

Sekian.

Antara reaksi-reaksi awal yang lain:

Entri-entri berkaitan:

  1. Debat minyak: 24 jam kemudian…
  2. Minyak oh minyak!
  3. Minyak oh minyak! (2)
  4. Sokong BN, harga minyak turun!
  5. Anwar menang, apa seterusnya?

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

12 Responses


  1. kalau camtu.. mmg Ma awak tu cerdik..

    bukan nak katalah.. tapi saya mmg pentingkan pandangan org yang tak berkepentingan macam suri2 rumah, ibu-ibu, budak2.. pasal minda diorang clear.. it is what it is..

    saya setuju mmg menteri tu bongok (in fact, itulah judul entri saya pasal debat berat sebelah ni) tapi sah-sahlah saya ni biased walaupun hakikatnya mmg menteri tu bongok dan tak faham soalan (misalnya kepada soalan zulkifli nordin).


  2. ops silap.,. zulkifli sulong.. :p sorii..

  3. el

    hahah… hok penyokong dio duk tepuk tange tuh… hahah… buleh brapo tuh duit minyok tuh… hahaha…

    duk bakit kato inflasi di venizuwela… hahah.. negaro tu.. keno sekak ko amareka… mesti la jadi lagu tu.. bodo kepal sungguh la n’nate biri-biri chikechikeboom nih…

  4. el

    kato tibi satu dale brito saknih… saberichikechikeboom berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat tuh… anwar gagal berhujah… hohoho…
    munapik sungguh…


  5. RTM tak siarkan..takut org kt kampung tgok
    tapi.. makbapa sy dok ceruk Baling tu pun ada astro
    hehehehe…

    gaduh mcm anak2 saya….” ko bulehla ckp..ko pembangkan..nk komplen je”

    ha ha h ha

  6. zahid

    din,
    menurut berita harian
    “Menteri itu, lebih banyak mengemukakan fakta mempertahankan tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak berbanding Anwar yang memilih pendekatan populis yang mengambil hati penonton.”

    nampaknya Ma Mudin seribu kali ganda lebih pandai dari wartawan dan editor berita harian tu…


  7. Orang bercerita masalah minyak. Dia berbuih mulut cerita pasal sejarah. Adoiii…… Lain kali buat tajuk “Sejarah Ekonomi Dahulu Kala” pastu debat, panggil Shabery. Huhuhuhuhuhu

  8. amyzam

    kawe stuju nga demo tok mudin. ore pekok jah bulih kato shabiribiri kecek berdasarkan fakta. dio buat ore zmn lonih mcm zmn dolu2 hok xdok tenet, xreti baca blog sgala tuh. shabiribiri smale seolah2 mcm badut, memperbodohkan diri dio atah stage tu. doh la lonih kjaan duk huru-hara, nya atar shabiribiri plk g lawey kecek nga anwar, koho la napok downnya kjaan lonih. ish2. kawe gelok jah smale duk tgk debat tu. wak malu!


  9. Kesian aku tengok mamat itu. Sampai berbuih-buih mulut. Ops! Aku tak nak serang peribadi dia. Ha ha ha!

  10. zahid

    ape pun, anwar dah pun kena tangkap..
    berdoa je laa yg terbaik untuk malaysia skrg..


  11. Dah ber’shaberi’ mulut aku nih… kehkehkehkeh!

  12. Nuro

    Debat tersebut sepatutnya menumpukan hujah kepada “pro and cons” menurunkan harga minyak,malangnya Shabery Cheek seperti orang menyelam sambil minum air dengan menggunakan ruang yang singkat itu untuk menghentam track record DSAI dan dengan acapkali mengulangi cerita DSAI ditahun 70an dan 80an yang tidak sejajar dengan keadaan perkembangan politik dan sosio-ekonomi pada hari ini.Kematangan berhujah adalah merujuk kepada penumpuan sebenar bagi mengutarakan hujah hujah bersandarkan tajuk debat bukan dengan menghentam peribadi atau track record seseorang.Sekiranya berpegang kepada format debat, hujah Shabery Cheek telah keluar dari tajuk dan dari pemahaman kita terhadap format debat, bilamana hujah yang diutarakan terkeluar dari tajuk asal maka secara nyata ianya menunjukkan kekalahan total tanpa perlu disangkal lagi.Saya percaya sekelian rakyat yang menyaksikan debat tersebut bijak menilai kredibiliti hujah dan kredibiliti pendebat.

    Akhirkata sekalipun debat ini tidak mampu lagi untuk menurunkan harga minyak namun kita sebagai rakyat yang bijak berfikir dan terdedah dengan segala macam informasi global terhadap fakta minyak ini akan tentu merasakan ianya sesuatu yang sudah cukup jelas mencerminkan bagaimana kegagalan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara hasil dari duit minyak dengan berterusan mengeksploitasi kadar harga kenaikan minyak global dan menyimpulkan bahawa penurunan harga minyak hanya akan mengundang kadar inflasi yang tinggi.

1 Trackback(s)

  1. Jul 16, 2008 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 : Debat minyak: 24 jam kemudian…

Leave a Reply