• Ya Allah, panjangkanlah umur TG Nik Aziz!
  • Dalam keributan isu muzakarah/rundingan* UMNO-PAS kebelakangan ini, ketika menonton Buletin Utama TV3 semalam, terdetik satu perasaan halus dalam diriku. Ya Allah, betapa kami semua, rakyat Malaysia, dan pendokong PAS khususnya, masih amat memerlukan orang tua yang bernama Nik Aziz itu. Ya Allah, kau panjangkanlah usianya, agar dapat terus membimbing kami semua untuk berada pada landasan yang betul. Amin.

    Sejurus selepas itu, aku terbaca satu tulisan di blog KTemoc, Nik Aziz Nik Mat – Pakatan Rakyat’s Optimus Prime?. Katanya:

    Though PAS is a political party which sometimes can’t make up its mind as to whether it’s an Islamic Party or a nationalistic (Malay) party, Pak Haji Nik Aziz alone has the prestige, power, position and personality to impose his political preference, including working with other opposition parties (inclusive of the secular DAP), on PAS members …

    … which is why I believe he is the only man to hold the Pakatan Rakyat together. I hope he does.

    Walaupun tidak semua aku bersetuju dengan apa yang ditulisnya, aku sangat bersetuju dengan kenyataan diatas. Pengamatannya bagiku tepat sekali. Dalam keadaan sekarang, pencak Tok Guru sangat penting dalam menentukan masa depan PAS dan juga Pakatan Rakyat itu sendiri.

    Sebenarnya, aku pelik juga kenapa isu ini baru timbul. Bagi aku, ia terlewat tiga bulan lebih. Kecek-kecek rundingan UMNO-PAS sudah lama timbul di blog-blog. Sama ada mahu percaya atau tidak. Dan aku tidak bermasalah untuk mengatakan berada di pihak yang percaya adanya rundingan tersebut. Dan aku juga tidak bermasalah untuk mengatakan aku percaya rundingan dalam gelap yang diadakan itu bukan atas kepentingan Melayu/Islam, tapi lebih kepada kepentingan individu. Lantaklah kalian nak kata apa. Aku percaya apa yang aku percaya.

    Apa? Ulama’ tidak ada kepentingan individu ya? Seperti komen aku di blog Roslan SMS yang belum diapprove sehingga kini (tak tahulah sama ada beliau belum ada masa, atau memang tidak diluluskan), di pentas-pentas ceramah, dihentam habis-habisan para ulama’ UMNO. Macam-macam gelaran diberikan oleh ulama’ PAS sendiri. Tapi bila ulama’ PAS terhegeh-hegeh mahu rujuk kepada UMNO/BN yang sudah mati pucuk, apa pula itu?

    Sudahlah tu. Jangan gunakan perkataan ‘muzakarah’ untuk menghalalkan pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.

    Wallahua’lam.

    Nota*: Muzakarah/rundingan yang aku maksudkan dalam tulisan ini adalah sebarang usaha untuk bergabung semula dengan UMNO/BN. Ia bukan bermaksud usaha untuk menyampaikan Islam, seperti yang dikatakan oleh TG Hj Hadi. Jika muzakarah/rundingan yang dilakukan oleh beberapa pemimpin terbabit adalah benar-benar usaha untuk menyampaikan Islam dalam ertikata yang sebenarnya, tanpa ada secubit keinginan untuk bergabung dengan UMNO/BN (atas kepentingan individu), aku menarik balik kata-kata di atas.

    Berkaitan:

  • Comments: 13 Category: Isu Semasa, Politik
  • Tags: , , , , , , , ,

13 Responses

  • bro,
    apakah ini dinamakan realpolitic?
    hari ini mencaci maki,esok berlaga pipi?

    apakah realpolitic membenarkan prinsip di’trade-in’ dengan kuasa?

  • Pengalaman dahulu belum cukup mengajar PAS? Pas akan hancur dengan berbaik dengan UMNO. Lihatlah sekarang pun mereka sudah cuba menggunakan isu berjumpa dengan pemimpin PAS untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Alhamdulillah kita masih ada Tok Guru Nik Aziz yang tidak mudah menerima dan menelan gula-gula yang dihulurkan.

  • salam.
    Terima kasih dengan adanya “Nota” anda. Saya sejak dulu tidak berminat dgn muzakarah UMNO-PAS. Kalau ada pun pertemuan dlm konteks daie-mad’u kenapa hanya kini? Apakah org PAS terlalu sibuk dengan politik hingga hanya kini dapat bersemuka dgn UMNO untuk tujuan dakwah? Atau apakah PAS yang ada sekarang telah menjurus kearah memisahkan politik dan dakwah?
    Ish…musykil betul.

  • el says:

    komeng kawe… hok entri sebelung ni lepah…. entri hok baru, hok kopipeh nik abduh tu.. dok lepah lagi… susoh kalu jenih ado moderesyen nih.. kato nok bebah b’bsoro.. cheh…

    ikuk kawe… mapuh gi la.. presideng ko, timbale presideng ko.. nok sangat gi nga amnu… bowok la bate tuboh dio s’seko… tinggal pah.. isi bore amnu tuh… ingak dio duk datah suko ati dio nok wak guano… pah buke bare s’sakko tok nenek dio….

  • Kujie (kujie2.com) says:

    suami sy ckp, kalu lah depa tu jadi kahwin, dia nak bercerai..tak moh bermadu dgn UMNO!

    sy pun…

  • Adi, aku tak tahulah apa bendanya real politic tu. Apa yang aku tahu, rakyat dah tolak UMNO, kalau sesiapa masih nak berasmara dengan UMNO yang mati pucuk tu, pergi sorang-sorang sudahlah. Jangan libatkan parti.

    Pak Zawi, sebab orang macam Tok Guru tu tak heran pun dengan ‘gula-gula’ tu. Puak jakun saja yang tergila-gilakan ‘gula-gula’ UMNO tu.

    Saidmirro, ambo pun musykil jugok.

    Pakchik, itulah pasal. Gi mapuh la… jangan dok heret PAS mapuh sekali…

    Kujie, ambo pung tok sey jugok!

  • berasmara dengan ‘objek’ yang mati pucuk. haha! best analogi ni!

  • Sdr, doa yang sama aku panjatkan untuk manusia seorang ini, amin!

  • Indra Petra says:

    salam sejahtera saudara seagama..syukur kita masih punyai pemimpin dalam acuan ULAMA. pada saudara yg tidak suka pada Tok Guru, saya minta satu sahaja. saudara tenggok sendiri dengan MATA bagaimana CORAK HIDUP MENTERI BESAR DI MALAYSIA PALING MISKIN HARTA INI tapi KAYA AKIDAH..salam

  • Thank God for Tok Guru!

  • Aziz PBKF says:

    Pak Zawi ngapa tak hantar foto jamuan raya ke Blog persatuan bekas pesara felda.pbkf.blogspot.com

  • Abu Hasan Chan says:

    Assalaamu’alaikum …

    Nama saya Abu Hasan Chan sudah lebih 30 tahun memeluk and mengkaji darihal Islam dan perbandingan ugama. Baru-baru ini timbul satu isu berkenaan penggunaan nama “Allah” oleh pihak bukan berugama Islam. Saya ada sedikit komen di sini. Jika ada apa reaksi terhadap komen saya ini sila hantar emel kepada saya di .

    Antara perkara yang saya hendak sebut ialah penglibatan saya dalam debat antarabangsa di internet dengan orang-orang bukan Islam . Salah satu tajuknya ialah asal-usul nama “Allah”. Ada orang bukan Islam secara yang jahil mendakwa bahawa nama “Allah” hanya khusus bagi ugama Islam dan itu kata mereka adalah nama bagi tuhan palsu kerana mereka percaya Islam adalah ugama palsu. Bagi setengah orang bukan Islam yang lain yang lebih arif yang pernah mengkaji perbandingan ugama-ugama mengatakan bahawa nama “Allah” sudah lama dipakai oleh ugama Yahudi , Kristian sebelum zaman Nabi Muhammad. Jadi nama “Allah” adalah nama generic (lumrah) bagi bahasa-bahasa Semitic (Ibrani, Aramaic dan Arab). Sebab itulah nama “Allah” terdapat dalam kitab-kitab suci mereka seperti Bibel (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru).

    Saya hendak sebut 3 hujjah daripada Al-Qur’an :

    1)
    Apabila penganut ugama lain ada menyebut nama “Allah” sebagai memulia nama Tuhan Semesta Alam dan Yang Maha Pencipta , kita hendaklah berkata “Alhamdullilah”. Sila ulang baca maksud ayat:

    Dan sesungguhnya jika engkau ( wahai Muhammad ) bertanya kepada mereka ( yang musyrik ) itu : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ? Sudah tentu mereka akan menjawab “Allah”. Ucapkanlah ( wahai Muhammad ) “Alhamdullilah”. ( Sebagai bersyukur di sebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak menginkari Allah ). Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui ( hakikat tauhid dan pengertian syirik ). [ Surah Luqman 31 : 25 ]

    2)
    Ugama lain ada menyebut nama “Allah” sebagai memuliakan nama itu sendiri. Cuma saya nak sebut satu perkara yang menarik tentang adanya orang Yahudi di Zaman Nabi Muhammad yang menyebut nama “Allah” sebagai mempersenda ummat Islam. Bunyinya begini ….

    Inn _Allaha faqeer(un) wa naHnu aghniya’ [Ali Imran 3:181]

    = yang bermaksud ” orang Yahudi berkata -Allah- itu miskin dan kami (orang Yahudi) adalah kaya. Asal usul ucapan orang Yahudi begitu rupa sebagai bentuk senda-gurau mempersenda orang Islam yang mencari derma jihad seolah-olah Tuhan orang Islam tidak ada wang untuk membantu ummat Islam. Sebenarnya dalam ugama Yahudi sendiri nama Tuhan tidak boleh dijadikan bahan senda gurau …ugama mereka sendiri menganggap menyebut Tuhan atau Allah sebagai satu gurauan itu adalah KUFUR namanya.

    3)
    Orang Arab Kristian sudah lama menyebut nama Allah dalam kitab suci mereka. Jika kita berkata kepada orang Arab Kristian bahawa nama Allah hanya khusus bagi ugama Islam , mereka akan fikir orang Melayu adalah jahil dalam bahasa Arab. Kalau mengikut kehendak orang Melayu bahawa orang Kristian tidak boleh menyebut nama Allah , tentulah mereka akan merasa hairan kenapa nama Allah ditulis dalam kitab suci (Bibel) mereka sejak zaman berzaman dan ulama-ulama Islam di tanah-tanah Arab sendiri tidak membantah. Sila lihat penggunaan nama Allah dalam kitab suci mereka di laman web :

    http://www.arabicbible.com/bible/codex151_p1.htm

    http://www.arabicbible.com/bible/codex151_heb.htm

    Perhatikan kitab suci Kristian 1100 tahun dahulu juga memakai sebutan nama “Allah” dan “Bismi_Allahir _RaHmaaanir _Raheem”

    Jika orang Kristian menyebut nama Allah , itu adalah satu penyataan sebagai kebenaran yang di sebut dalam Al-Qur’an sendiri. Sila baca:

    laqad kafara _l-lazeena qaaluu inn _Allaha thaalithu thalathah ….= yang bermaksud , “telah kufur orang-orang (Kristian) yang kata Allah ialah yang ketiga dari yang TIGA” [Al-Maidah 5:73]

    Jika kita faham ayat Al-Qur’an tersebut , ia menyatakan kepercayaan orang-orang Kristian bahawa sebutan nama “Allah” sebagai salah satu oknum dalam akidah Tri-Tunggal atau Triniti mereka. Ya , mereka menyebut “Allah” secara fahaman kufur mereka. Jika orang Melayu melarang orang Kristian menyebut nama “Allah” maka secara tidak langsung , orang Melayu bercanggah dengan ayat Al-Qur’an , seolah-olah mengheret diri mereka menjadi kufur kerana tidak faham Al-Qur’an ? Berhati-hatilah jika kita melarang orang Kristian menyebut nama “Allah”. Bagi pihak Kristian pula jika mereka berkata nama Allah hanya bagi Islam , maka dengan secara tidak langsung mereka berkata ayat Al-Maidah 5:73 adalah bohong dan fitnah terhadap ugama Kristian . Ya…adakah Al-Qur’an itu berbohong terhadap kepercayaan Kristian ? Silalah fikir baik-baik. Al-Qur’an menegaskan bahawa orang Kristian ada menyebut nama “Allah” ..adakah itu benar atau tidak ?

    Pernah timbul di Indonesia yang mana orang-orang Kristian Indonesia mencadangkan nama “Allah” tidak dipakai dalam kitab suci mereka “Al-Kitab”. Nama “Allah” hendaklah digantikan dengan sebut “Elohim”. Pihak ulama Kristian tidak dapat berbuat demikian kerana sebutan Allah adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan sebutan Elohim, Ini kerana sebutan Elohim memberi erti berlainan dalam bahasa Ibrani. Elohim memberi makna kebesaran Ilahi bagi ugama Yahudi bukannya memberi erti “jamak” (plural). Sedangkan pihak Kristian mengambil kira erti Elohim dalam ertikata fahaman akidah Triniti mereka , iaitu berbilang keTuhanan (Bapa, Anak dan Ruh Qudus). Maka pihak Kristian mengekalkan penggunaan nama “Allah” untuk mengelak kekeliruan dari segi etimologi (asal usul perkataan dalam penggunaan bahasa).

    Sekian dulu.

    Yang benar,

    Abu Hasan Chan



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin