Ya Allah, panjangkanlah umur TG Nik Aziz!

Posted on July 21, 2008

Dalam keributan isu muzakarah/rundingan* UMNO-PAS kebelakangan ini, ketika menonton Buletin Utama TV3 semalam, terdetik satu perasaan halus dalam diriku. Ya Allah, betapa kami semua, rakyat Malaysia, dan pendokong PAS khususnya, masih amat memerlukan orang tua yang bernama Nik Aziz itu. Ya Allah, kau panjangkanlah usianya, agar dapat terus membimbing kami semua untuk berada pada landasan yang betul. Amin.

Sejurus selepas itu, aku terbaca satu tulisan di blog KTemoc, Nik Aziz Nik Mat - Pakatan Rakyat’s Optimus Prime?. Katanya:

Though PAS is a political party which sometimes can’t make up its mind as to whether it’s an Islamic Party or a nationalistic (Malay) party, Pak Haji Nik Aziz alone has the prestige, power, position and personality to impose his political preference, including working with other opposition parties (inclusive of the secular DAP), on PAS members …

… which is why I believe he is the only man to hold the Pakatan Rakyat together. I hope he does.

Walaupun tidak semua aku bersetuju dengan apa yang ditulisnya, aku sangat bersetuju dengan kenyataan diatas. Pengamatannya bagiku tepat sekali. Dalam keadaan sekarang, pencak Tok Guru sangat penting dalam menentukan masa depan PAS dan juga Pakatan Rakyat itu sendiri.

Sebenarnya, aku pelik juga kenapa isu ini baru timbul. Bagi aku, ia terlewat tiga bulan lebih. Kecek-kecek rundingan UMNO-PAS sudah lama timbul di blog-blog. Sama ada mahu percaya atau tidak. Dan aku tidak bermasalah untuk mengatakan berada di pihak yang percaya adanya rundingan tersebut. Dan aku juga tidak bermasalah untuk mengatakan aku percaya rundingan dalam gelap yang diadakan itu bukan atas kepentingan Melayu/Islam, tapi lebih kepada kepentingan individu. Lantaklah kalian nak kata apa. Aku percaya apa yang aku percaya.

Apa? Ulama’ tidak ada kepentingan individu ya? Seperti komen aku di blog Roslan SMS yang belum diapprove sehingga kini (tak tahulah sama ada beliau belum ada masa, atau memang tidak diluluskan), di pentas-pentas ceramah, dihentam habis-habisan para ulama’ UMNO. Macam-macam gelaran diberikan oleh ulama’ PAS sendiri. Tapi bila ulama’ PAS terhegeh-hegeh mahu rujuk kepada UMNO/BN yang sudah mati pucuk, apa pula itu?

Sudahlah tu. Jangan gunakan perkataan ‘muzakarah’ untuk menghalalkan pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.

Wallahua’lam.

Nota*: Muzakarah/rundingan yang aku maksudkan dalam tulisan ini adalah sebarang usaha untuk bergabung semula dengan UMNO/BN. Ia bukan bermaksud usaha untuk menyampaikan Islam, seperti yang dikatakan oleh TG Hj Hadi. Jika muzakarah/rundingan yang dilakukan oleh beberapa pemimpin terbabit adalah benar-benar usaha untuk menyampaikan Islam dalam ertikata yang sebenarnya, tanpa ada secubit keinginan untuk bergabung dengan UMNO/BN (atas kepentingan individu), aku menarik balik kata-kata di atas.

Berkaitan:

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

10 Responses


  1. bro,
    apakah ini dinamakan realpolitic?
    hari ini mencaci maki,esok berlaga pipi?

    apakah realpolitic membenarkan prinsip di’trade-in’ dengan kuasa?


  2. Pengalaman dahulu belum cukup mengajar PAS? Pas akan hancur dengan berbaik dengan UMNO. Lihatlah sekarang pun mereka sudah cuba menggunakan isu berjumpa dengan pemimpin PAS untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Alhamdulillah kita masih ada Tok Guru Nik Aziz yang tidak mudah menerima dan menelan gula-gula yang dihulurkan.


  3. salam.
    Terima kasih dengan adanya “Nota” anda. Saya sejak dulu tidak berminat dgn muzakarah UMNO-PAS. Kalau ada pun pertemuan dlm konteks daie-mad’u kenapa hanya kini? Apakah org PAS terlalu sibuk dengan politik hingga hanya kini dapat bersemuka dgn UMNO untuk tujuan dakwah? Atau apakah PAS yang ada sekarang telah menjurus kearah memisahkan politik dan dakwah?
    Ish…musykil betul.

  4. el

    komeng kawe… hok entri sebelung ni lepah…. entri hok baru, hok kopipeh nik abduh tu.. dok lepah lagi… susoh kalu jenih ado moderesyen nih.. kato nok bebah b’bsoro.. cheh…

    ikuk kawe… mapuh gi la.. presideng ko, timbale presideng ko.. nok sangat gi nga amnu… bowok la bate tuboh dio s’seko… tinggal pah.. isi bore amnu tuh… ingak dio duk datah suko ati dio nok wak guano… pah buke bare s’sakko tok nenek dio….


  5. suami sy ckp, kalu lah depa tu jadi kahwin, dia nak bercerai..tak moh bermadu dgn UMNO!

    sy pun…


  6. Adi, aku tak tahulah apa bendanya real politic tu. Apa yang aku tahu, rakyat dah tolak UMNO, kalau sesiapa masih nak berasmara dengan UMNO yang mati pucuk tu, pergi sorang-sorang sudahlah. Jangan libatkan parti.

    Pak Zawi, sebab orang macam Tok Guru tu tak heran pun dengan ‘gula-gula’ tu. Puak jakun saja yang tergila-gilakan ‘gula-gula’ UMNO tu.

    Saidmirro, ambo pun musykil jugok.

    Pakchik, itulah pasal. Gi mapuh la… jangan dok heret PAS mapuh sekali…

    Kujie, ambo pung tok sey jugok!


  7. berasmara dengan ‘objek’ yang mati pucuk. haha! best analogi ni!


  8. Sdr, doa yang sama aku panjatkan untuk manusia seorang ini, amin!

  9. Indra Petra

    salam sejahtera saudara seagama..syukur kita masih punyai pemimpin dalam acuan ULAMA. pada saudara yg tidak suka pada Tok Guru, saya minta satu sahaja. saudara tenggok sendiri dengan MATA bagaimana CORAK HIDUP MENTERI BESAR DI MALAYSIA PALING MISKIN HARTA INI tapi KAYA AKIDAH..salam


  10. Thank God for Tok Guru!

1 Trackback(s)

  1. Jul 23, 2008 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 : Tiada siapa pun menafikan jasa TG Hj Hadi!

Leave a Reply