Tiada siapa pun menafikan jasa TG Hj Hadi!

Posted on July 23, 2008

Masih tentang muzakarah/rundingan.

Biasalah, darah muda tengah marah. Nak kata apa?

Saja nak jawab Roslan SMS. Malas nak komen kat blog dia. Komen aku sebelum ini pun dia tak approve. Lantaklah. Nak bagitau dia, dalam aku dok baca blog tiap-tiap hari. Beratus-ratus tulisan yang aku baca melalui Google Reader setiap hari, tak ada satu pun tulisan yang menafikan jasa Tuan Guru Hj Hadi kepada PAS dan juga perkembangan dakwah Islam di Malaysia. Tapi Tuan Guru bukan maksum, beliau pasti pernah buat silap, dan mungkin akan buat silap. Samalah seperti kita semua. Jadi masalahnya bukan tentang siapa Tuan Guru. Tak perlulah diagungkan bahawa beliau pernah dinobatkan sebagai ‘pemidato tersohor Asia Tenggara’ atau apa. Itu bukan isunya. You missed the point there!

Katanya, memetik sabda Nabi:

Hendaklah kami bermubayaah untuk dengar dan patuh dalam keadaan kami suka atau kami benci, dalam keadaan senang atau susah dan juga janganlah kami pentingkan diri sendiri dan janganlah kami mempertikaikan arahan ahlinya (pemimpin) kecuali apabila kamu melihat kekufuran yang nyata sedang berlaku dengan berdasarkan dalil dari Allah swt.

Tapi bagaimana kalau pemimpin itu yang bertindak atas kepentingan sendiri? Katakanlah Ustaz Nasha atau Ustaz Harun Taib terhegeh-hegeh mahu PAS gabung UMNO/BN kerana gila kuasa. Aku kata, katakanlah. Apa bezanya Ustaz Nasha dan Ustaz Harun dengan Ustaz Nakhaie, Ustaz Firdaus dan Ustazah Mashitah yang sentiasa menjadi bahan kutukan dalam ceramah PAS itu? Aku kata, katakanlah.

Dan katakanlah memang TG Hj Hadi terhegeh-hegeh mahu PAS masuk UMNO/BN kerana gila jawatan, aku petik kata-kata Ustaz Aris Awang ini:

Aku juga heran mana nak letak buku karangan Presiden iaitu “Hadharah Islamiyah bukan Islam Hadahri” selepas ini.
Lagi dahsyat kalau aku tanya…… nak letak mana ucapan TG Presiden ketika tahun 1981 di Banggol Pradung, Terengganu.
Maaf cakap…… aku rasa dibohongi oleh kepimpinan selama ini, jika hasrat tersebut diteruskan.

Aku kata, katakanlah. Nama-nama diatas disebut hanya sebagai contoh. Harap ini kali terakhir aku tulis pasal benda muzakarah ni. Malas dah. Wassalam.

Lagi coretan berkaitan:

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Telah berkahwin, punya seorang anak, dan sedang menanti kelahiran anak kedua. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

12 Responses


  1. Well said.
    Aku pun tak setuju langsung dengan muzakarah/rundingan. Dari dulu lagi banyak yg aku dah tak setuju dengan pimpinan beliau. La ni satu hal lagi. Banyak sungguh agenda tersembunyi.


  2. kalau betul UMNO ikhlas, offer la jawatan PM kat PAS! tau tak nak! n memang BENGAP la orang2 PAS yg bole tertipu dgn UMNO ni

  3. zahid

    din,
    cakap kat utz nasha..
    biar dia tolong cakap kat pak lah..
    kalau nak jaga kepentingan Islam,
    suruh org2 umno masuk pas ramai2..
    dgn itu, pas akan jadi kuasa besar dlm PR yg automatik bleh memerintah negara..
    (Ahli Parlimen UMNO lebih 30 kan?)
    dan, pada masa tu org Pas akan jadik PM dan menentukan dasar negara..
    untuk negara yg lebih Islam..
    pas tak boleh masuk BN, sebab BN dah gagal jaga kepentingan Islam walau dah lebih 50 tahun memerintah..
    aku cabar dollah, kalau betul nak jaga kepentingan Islam, bersatulah dengan Pas di bawah Pakatan Rakyat.. dollah kan pantang dicabar.. macam masa himpunan bersih tu..


  4. 8 MAC 2008, aku mengundi kawasan Bachok. Jika orang yang sama bertanding di di kawasan Bachok, pasti ada sekurang-kurangnya satu undi rosak di kerusi Parlimen itu. Itu adalah undi aku.

    Digemburkan majlis syura bersetuju sebulat suara? Tok Guru Nik Aziz tu sapa?

    Aku tak boleh menulis lagi, emosi menguasai perasan.

  5. el

    aku kata… tak payah muzakarah… orang amnu tu kena mufarakah… hahah…

  6. achik

    dah lama x komen kat sini [bab2 politik ni mmg x reti nak komen].. saja nak tinggal jejak.. hehehe.. ;)

  7. sis_aflah

    salam tok,
    sy malas la nk pikir benda2 mcm ni..boleh tak?


  8. Aku tak nampak apa faedahnya muzakarah ini dalam konteks negara kita. Pendapat akulah.


  9. Dah saudara, TG Nik Aziz dah keluarkan statement fasal hal ini. Aku pun secara peribadi geram gak! Insyaallah, isu ini dikira tamat. Segala puji kita kembalikan kepada ALLAH.

  10. Ina

    Salam. Baby sihat?

    Aku geram kat sesetengah orang ni… nak aku simpulkan ‘no such clean politician’ rasanya bila orang PAS pun gila jawatan.

    Baca betul2, orang PAS bukan ulama.. mcm TG. Pasal HA tu aku taknak komen sebab aku mmg tak suka cara dia.

    Nasha yg kena belasah dgn foreigners masa jadi fellow UIA dulu tu… nampak baik je tapi…. Dia dah lama x sabar nak pgg jawatan….. Skang mana pegi? No komen manjang..


  11. ada orang tulis yg saye paham TG Nik Aziz selalu tak datang mesyuarat majlis syura ulama.. macam nak kate beliau kaki ponteng laks


  12. So disgraceful. But possibly played up by the media.
    Everyone is kinda like talking to everyone, in a way.
    But I guess what’s REALLY bad about Hadi Awang + Nasharuddin is they kept talking about Islam, etc and then revert back to race.
    Nasharuddin told me over the phone last week that he is not joining UMNO.
    I will take his word for it.
    Even if DAP can be a pain, if PAS enters BN, I foresee them being screwed over by UMNO just like how UMNO has pretty much screwed over the other BN parties.

1 Trackback(s)

  1. Jul 29, 2008 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 : Hati Telah Terbelah dari Kuala Balah

Leave a Reply