Hati Telah Terbelah dari Kuala Balah

Posted on July 29, 2008

Hampir seminggu blog ini tidak dikemaskini. Bukan sengaja aku mahu biarkannya begini. Tapi kesempatan yang tidak ada.

Selama itu juga, pelbagai perkembangan dalam banyak hal telah pun berlaku. Muzakarah sudah jadi muqabalah. Walaupun bagi aku, istilah itu bukan isunya. Isunya ialah, ada atau tidak usaha dalam gelap untuk mengahwinkan PAS dengan UMNO/BN? Tapi tak apalah, oleh kerana aku sudah katakan tidak mahu mengulas tentangnya lagi, jadi ‘bo lah’ (cukuplah dalam loghat Kelantan)!

Yang menyebabkan aku tidak berkesempatannya bukan apa, aku balik kampung selama tiga hari. Balik Kuala Balah, bukan pergi muqabalah, tau? Kami sekeluarga balik kampung naik ‘keta api-api’ (keretapi dalam sebutan Adam). Pagi tadi baru tiba kembali di sini, terus pergi kerja.

Di kampung, sempat juga menunjukkan kepada Abah bagaimana bermain-main dengan Picnik (untuk mengedit gambar) dan Flickr (untuk menyimpan gambar atas talian). Sekarang, Abah sudah mampu menghasilkan seperti yang dibawah:

Hayatilah bersama. Apa agaknya yang Abah cuba sampaikan?

Entri-entri berkaitan:

  1. Soalan tambahan dari Sagaladoola
  2. Adam Naqiuddin, 18 bulan
  3. Ubat penyakit hati (2)
  4. Aidiladha 1428H
  5. Ya Allah, panjangkanlah umur TG Nik Aziz!

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

7 Responses


  1. salam,

    Phow…saya cuba untuk tidak mengandaikan yang pemergian sdr kerana membawa hati yang terluka!


  2. muzakarah,muqabalah..

    semua tak boleh blah…
    menyampahlah..

  3. Azim& Diyah

    Apa khabar org kampung? Emm kelasssssss la Abah.


  4. eemm…..penuh bonet tu dengan durian, rambutan…?


  5. Saidmirro, haha… hati tak luka, geli saja. :)

    Adi, sabariah… erk sabarlah!

    Azim & Diyah, orang kampung baik. Kat rumah dok sibuk pasang syiling, nok sambut orang UK balik raya ni.

    Kujie, keretapi ada bonet ke? :D

  6. achik

    cayalah pakcik Yajuk.. :)


  7. oppp…..keretapi ada gerabak..hu..lagi banyak!

Leave a Reply