Archive for July, 2008

Siapa jumpa Pak Lah, angkat tangan!

July 20, 2008 by mudin001 8 Comments

PM: I’ve met with PAS leaders

Hehheh!

Tak apalah kalau tak mahu mengaku pun. Henti-hentikanlah buat kerja dalam gelap (kalau ada). Sepertimana yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz, kalau UMNO nak muzakarah, ianya perlulah datang dari kehendak akar umbi. Maka syarat yang sama juga perlu diaplikasikan terhadap PAS. Kalau nak muzakarahkah, rundingankah atau apakah, ia juga perlu datang dari kehendak akar umbi. Ini, telah aku nyatakan seminggu yang lalu, ketika membicarakan tentang wawancara TG Hj Hadi dengan Harakah.

Kepada semua, sila baca pesanan Hj Husam, Abdullah memancing, hati-hati.

Berkaitan:

Daulat Tuanku!

July 19, 2008 by mudin001 2 Comments

Dari Malaysiakini:

No Terengganu awards this year

For the first time ever, the Terengganu palace would not be handing any form of awards in conjunction with Sultan Mizan Zainal Abidin’s birthday.

According to Bernama, Terengganu state secretary Mokhtar Nong confirmed the matter in a letter received from the palace, adding that no reason was stated for the move.

“I”m not sure if there will be a ceremony tomorrow to give the awards,” said Mokhtar when met at a function in Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

However, Mokhtar said that special prayers for the sultan would still be held in mosques throughout the state tonight.

He added that sultan’s birthday bash would be carried out “in moderation”.

Alhamdulillah. Baguslah. Negara ini sudah terlalu ramai Datuk dan Datin. Sepertimana disebut dalam buku Honk! If you’re Malaysian oleh Lydia Teh, kalau dibaling batu ditengah-tengah orang ramai, maka ada kemungkinan batu itu akan mengenai seorang Datuk. Begitulah nak bagitau ramainya mereka yang bergelar Datuk sekarang ini. Patutlah pemberian anugerah sebegitu dihentikan buat seketika.

Tok Mudin: Dah ada title ‘Tok’.

Debat minyak: 24 jam kemudian…

July 16, 2008 by mudin001 8 Comments

Dengan penahanan Anwar Ibrahim hari ini, masih relevankah debat semalam?

Kelegaan semalam, menyaksikan Anwar menggunakan sepenuhnya masa dan ruang yang terhad dengan baik untuk menjelaskan kepada rakyat alternatif yang ada, hujah-hujahnya belum pun sempat dicerna lagi, lesap begitu saja. Sepertimana lesapnya Anwar, terhumban dalam sangkar kezaliman UMNO/BN. Dan yang sebenarnya terkurung, bukan hanya Anwar, tapi juga kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat jelata. Sampai bila???

Walaupun penangkapannya itu sudah dijangka, hati tetap terkena kesan yang dalam, walaupun aku bukanlah pemuja Anwar. Datuk Seri, doa kami sekeluarga bersamamu.

Lenakah tidur kamu malam ini, wahai marhaen? Selamat malam!