Kecek-kecek cukup syarat
Bila sudah jarang menulis, maka bila mahu menulis kembali, ia jadi satu benda yang sukar. Walaupun punya idea, meluahkannya menjadi satu entri blog jadi satu masalah. Apatah lagi jika ideanya kering. Begitulah aku malam ini. Kering.
Jadi, coretan aku malam ini hanya sekadar pencukup syarat. Esok, aku perlu bangun lebih awal dari biasa. Perlu berada seawal 7.15 pagi di KLIA untuk agar tidak terlepas penerbangan ke Kuching. Aku akan berada di sana selama 5 hari, dan kemudiannya di Kota Kinabalu selama enam hari. Harapnya aku akan punya ruang untuk mengemaskini blog ini dari sana. Insya Allah.
Untuk kali ini, kalau kalian belum membacanya, bolehlah jenguk-jenguk tulisan ini, In memory of Fadzil Noor. Elok juga dibaca bersama dengan yang ini.
Jumpa lagi. Wassalam.
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek cukup bulan (Oktober 2008)
- Kecek-kecek cukup bulan (April 2008)
- Kecek-kecek ringkas sebelum tidur (dari Malaysiakini)
- Kecek-kecek ringkas
- Kecek-kecek terbaik 2007
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
selamat terbang dan selamat hinggap
August 5th, 2008 at 8:36 amselamat berpergian..
August 5th, 2008 at 10:31 amKujie, achik, terima kasih. Sudah selamat check-in di hotel pun!
semoga segalanya lancar dalam permusafiran
August 5th, 2008 at 11:54 amkalau dari sarawak bawakan terubuk ye
August 6th, 2008 at 11:24 amjgn lupa cuci mata kat pasar pilipine..
nk kirim ktistal patlima kilo
waduh, nak gi borneo gitteww.. me baru je balik dr saner.. dan nak pergi lagik next weekk.. ehehe
August 6th, 2008 at 8:28 pm