Aku homesick!

Posted on August 13, 2008

Sepanjang bermusafir hampir dua minggu ini, ada beberapa perkembangan yang menarik minat aku untuk dikecekkan di sini. Pertamanya, aku agak terkejut dengan tulisan Us Nasrudin Tantawi yang menyarankan PAS keluar Pakatan Rakyat jika Islam tidak dapat dominan dalam kerajaan yang bakal dibentuk oleh PR. Aku kurang bersetuju dengan saranan itu. Insya Allah, kalau ada masa aku tulis tentang itu.

Kedua, tentang forum ‘Memeluk Islam’. Dan ketiga, tentang TG Nik Aziz ‘menghalalkan’ kronisme.

Tapi semua itu, akan aku kecekkan kemudian bila aku benar-benar ada masa dan ruang untuk meneliti dengan sebenar-benar teliti. Tidak seronok juga mahu menulis isu-isu berat dalam keadaan kepenatan bekerja. Tambahan pula, aku sedang homesick. Tidak sabar mahu jumpa Adam, Alya dan Ummi mereka. Tambahan pula setelah membaca tulisan Ummu Adam yang ini:

Semalam Ummi ambil Adam dan Alya agak lambat..dekat pukul 8pm baru sampai nusery. Ummi tanya Adam ” Siapa bawak kereta?”. Adam jawab” Baba bawak keta”. ” Bukanlah, Mok La lah..”

Balik rumah Adam tanya” Baba mana? Baba mana?” Lepas tu Adam terus baring atas kusyen. Diam je tak nak bercakap..Hmmm Adam rindu kat Baba. Ye lah dah 8 hari Baba tak ada kat rumah..Alya dan Ummi pun rindu kat Baba jugak…

Semenjak Baba tak de kat rumah, Adam jadi semakin independent. Dah boleh diharap anak lelaki Ummi ni..tolong bawakan beg, tolong letakkan pinggan dekat sink..tapi nak tergelak betul semalam. Ummi suruh letak bekas nestum Adik dalam sink, dia pergi letak atas dapur..hahahahaha..Buat susu pun nak buat sendiri dah…

Kadang2 Adam naik keretanya sambil pakai helmet ” Adam nak g cari papes kat Adik..kat Giant”…oh sudah besar rupanya anakkku ini. Kadang-kadang apa yang belaku kat sekolah pun dia sudah pandai bercerita..”Abang Asyraf demam, abang asyraf makan ubat, abang asyraf nangis”

Lusa Baba balik…nanti kita semua pakat jemput Baba di KLIA ok

Adam minum air nyor dengan Baba semasa Reunion Smach di Bagan Lalang ‘08

Entri-entri berkaitan:

  1. Kecek-kecek tentang Adam & Alya
  2. Mac: Blog, Adam & Alya
  3. 27 untuk Ummu Adam, 3 untuk Alya
  4. Adam Naqiuddin, 18 bulan
  5. Alya Wafiyah & Zahrah de Tigris

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

7 Responses


  1. ha..ha..padan muka! (ingat org kesian?)


  2. Saidmirro, tak mintak kesian pun. Haha!


  3. tak pe
    rindu menggunung pun akan cair


  4. aku pun rasa begitu masa travelling jauh 2-3 minggu … itu la kan lumrah nya hidup berkeluarga …


  5. Kesian kau. Rindu-rinduan. :D

  6. achik

    comelnya Adam..

    oh2 Ummi Adam dah ada blog ke?? :D


  7. Kujie, ya.. esok cairlah. :)

    Kord, dah merasa baru tahukan?

    JP, terima kasih… ada juga orang nak kesian. Bukan macam said mirro tu. Haha!

    Achik, haa… ada. URLnya kena tunggu dia umumlah. :)

Leave a Reply