Archive for September, 2008

Salam aidilfitri

September 27, 2008 by mudin001 17 Comments

1. Kami akan bertolak pulang ke Kelantan pagi esok, Insya Allah.
2. Tahun ini, Raya pertama di Kok Lanas, kampung Ummu Adam. Jemputlah berkunjung ke rumah.
3. Berhati-hati dalam perjalanan. Jumpa lagi, Insya Allah.

Wassalam.

Mencari makna jelingan Najib…

September 26, 2008 by mudin001 13 Comments

Apalah agaknya makna tenungan tajam Najib itu? Apalah yang difikirkannya? Lagaknya seperti bersedia untuk membaham mangsa, hehheh!

Apa tunggu lagi, tunjukkan kekreatifan anda di ruangan komen dibawah. Gantikan tanda soal dalam gambar di atas dengan dialog yang sesuai.

Selamat!

Berkaitan:

Wordpress 2.6.2 dan mencari tema baru blog

September 24, 2008 by mudin001 11 Comments

1. Kalian perasan apa-apa yang tidak kena dengan blog ini? Kalau ada, tolong beritahu ya!

2. Semalam, aku baru menaiktaraf Wordpress aku dari versi 2.6 kepada 2.6.2. Setakat ini telah ada dua plugin yang tidak bekerja dengan baik dengan versi wordpress ini. Plugin tersebut ialah flickrss dan popularity contest. Hasilnya, gambar-gambar dari flickr aku tidak keluar di bahagian bawah (footer) blog ini. Begitu juga dengan senarai entri popular. Aku tidak bercadang untuk menuruntaraf kembali versi wordpress di blog aku. Biarkanlah dulu ia sebegitu.

3. Sehubungan dengan bahagian footer tema ini yang sudah cacat, aku bercadang untuk menukar tema (theme) blog ini kepada yang baru. Lagipun, dah lama aku pakai tema ini. Bosan pun ada. Setakat ini, aku masih belum menjumpai tema yang sesuai. Kalian ada cadangan tema-tema wordpress yang baik dan sesuai untuk blog ini?

4. [KEMASKINI: 1.59 PM] Telah terjumpa plugin popularity contest yang boleh digunakan. Sekarang tinggal flickrss yang masih belum pulih.

Jumpa lagi.
Wassalam.