Ogos dan apa yang aku baca
Kalau dikira bilangan entri di blog ini, bulan lalu merupakan bulan yang paling tidak produktif bagi aku. Apa tidaknya, bermusafir hampir selama dua minggu, menjadikan sukar untuk aku mendapatkan talian Internet, apatah lagi mengemaskini blog.
Tapi kiranya, waktu bermusafir itu memberikan lebih banyak ruang untuk aku membaca. Keseorangan di bilik hotel, apa lagi yang lebih baik dibuat berbanding membaca kan? Jadi bulan lalu, aku habiskan tiga buah buku. Pertamanya, novel Saga Horizon tulisan Fadli al-Akiti. Terus terang aku katakan buku seperti ini bukan jenis buku yang selalu aku baca. Kalau tidak kerana King Binjai memperkenalkan aku kepada penulisnya di pesta buku lalu, mungkin aku tidak akan pernah tahu tentang buku ini, apatah lagi ia diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit buku-buku yang selalunya aku elakkan.
Mengejutkan, aku suka buku ini. Plot ceritanya menarik bagi aku, mungkin unik. Entahlah, kerana aku bukannya pembaca sai-fai. Aksi pertempuran berbau darah berselang seli dengan catatan-catatan si periwayat Sobri, bukan sekadar menghiburkan, tapi juga membawa pembaca (aku) menginsafi bahawa kita manusia, sebijak mana pun, tetap ada Yang Maha Mengaturkan. Dan sudah sifatnya, pertembungan antara yang baik dan jahat, hitam dan putih, kabur dan terang itu akan sentiasa berlaku, sampai bilapun. Aku tidak menyesal membeli dan membaca buku ini. Oh ya, aku juga berjaya meneka dengan betul kitab tidak bernama yang dipetik dalam buku ini, Muqaddimah Ibn Khaldun. Hehheh!
Kedua, novel The Pilgrimage oleh Paulo Coelho. Novel yang sangat membosankan dan sangat inferior berbanding The Alchemist. Kalaulah aku membaca The Pilgrimage terlebih dahulu sebelum The Alchemist, aku mungkin tidak akan menyentuh buku-buku Coelho lagi. Tapi sebenarnya tidak menghairankan, kerana The Pilgrimage adalah karyanya yang pertama.
Buku yang ketiga ialah Aku Terima Nikahnya oleh Us Hasrizal Abdul Jamil. Aku sengaja melambatkan membaca buku ini kerana sebilangan besar kandungannya telah aku baca diblognya saifulislam.com. Apa yang memeranjatkan, bila aku mula membacanya, tidak terasa bosan mengulang baca apa yang telah aku baca sebelum ini, malah laju pula aku menghabiskannya. Aku banyak bermuhasabah dengan buku ini. Muhasabah aku sebagai seorang suami, bapa, anak, dan juga sebagai orang yang mengaku berjuang untuk jalan Allah. Kupasan terbaru tentang buku ini boleh dibaca di entri ini.
Entri-entri berkaitan:
- Mac dan apa yang aku TAK baca
- Januari dan apa yang aku TAK baca
- Mac dan apa yang aku baca
- Jun dan apa yang aku baca
- April dan apa yang aku TAK baca
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
apa dok brahi alaf 21 nyo?
September 5th, 2008 at 12:57 amsaya pun kurang suka buku/cite sci-fi..
September 6th, 2008 at 9:30 amassalamualaikum, tok.
cukup lama saye tak singgah sini. nak kene baca balik entry yang terlepas. huhu! saya teringin nak bace aku terima nikahnya tp kang urg kate saye gatal lak. hahak!
September 6th, 2008 at 9:46 amPakchik, sebab novel Alaf 21 banyak yang berahi kot?
Achik, aku bukan tak suka, kurang baca ja.
MissRynn, waalaikumussalam. Salam ketemu kembali. Aku baca buku ATN tu, tak rasa gatal pun!
:>
Assalamualaikum sahabat,
Buku sai-fi itu aku dah beli lama gak, tapi masih elok lepak kat rak buku aku. Entah bila aku nak mula baca. Ya, elok sangat sahabat komen, aku rasa ianya lain dari novel Alaf21 yang lain. Asyik2 cinta..bosan aku..hehehheh
September 7th, 2008 at 9:40 pmwah, tok mudin dah kecek ruponyo! terima kasih kerana menyukainya, dan sangat sayu kerana tok mudin dapat tangkap juga inti pati cerita itu (kuasa Allah jua yang menentukan qada qadar kita sang manusia).
September 10th, 2008 at 11:16 am