- Lim Guan Eng buang masa (dan wang) ?
-
Kalaulah benar apa yang diberitakan di sini, bahawa Tan Sri Khalid menganggap perbuatan meninjau mangsa ribut sebagai membuang masa dan wang, mungkin Tan Sri boleh menasihatkan rakan sejawatnya dari Pulau Pinang untuk buat benda lain yang lebih bermanfaat. Ini kerana berdasarkan gambar-gambar dibawah menunjukkan Lim Guan Eng sedang membuang masa dan perlu lebih belajar dari Tan Sri untuk menguruskan wang rakyat.
(Gambar di salin tampal dari sini tanpa kebenaran.)Itu kalau Tan Sri masih mahu berpegang kepada pendapat itulah. Kalau Tan Sri rasa sudah buat silap, mungkin boleh belajar dari wakil-wakil rakyat PAS apa itu maksud KBSM (Kahwin Beranak Sakit Mati).
Berkaitan:

Popularity: 40% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Kamal vs Zaid
- Selamatlah meratah kebencian, dan hilangkanlah haus dengan darah
- Kecek-kecek Bagan Pinang (2)
- Sokong 2Aziz
- Hulu Selangor dari jauh…
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 14 Category: Isu Semasa, Politik



Good post.
But maybe different style, Khalid + Guan Eng.
Early days…..
Din,
Apa kena dengan Tan Sri Khalid nie sekarang? Sudah mula tunjuk belangkah? Ermm tak faham aku…
hhmm.. Tan Sri Khalid reasoning quite logic also.. but Guan Eng doing the right thing also altho it wasted a sum of money, but still, the moral support tat he gave to those who elected him as MB penang, is very important unlike what Tan Sri Khalid have said.. hmm… still, the pakatan are doing and saying the logic things here.. unlike the government now.. always talk cock.. haha..
alamak…pemimpin2 BN skrang lagi lah buang masa dan wang. depa semua turun meninjau SELEPAS banjir..dengan konvo-konvo mercendez diorang…blah. sekurang2 pemimpin2 pakatan, kalau bukan MB, MP-MP depa semua prihatin dengan kebajikan rakyat. lebih-lebih lagi..bukan nya boleh caya sangat akhbar utusan tu oi…
Allah! .. pak lah tu tak turun pun kat johor dulu .. siap gi makan nasi kandar lagi! tan sri ni orang keparat .. opppss .. korporat. mana dia biasa turun padang ni. sekurangnya dia jujur dalam naif. pastu utusan pulak yang quote. apa lagi! hehehe … sombong la jadinya padahal dia ok je orgnya.
ada logiknya jugak cakap dia dalam satu segi. dia perlukan masa dia untuk rangka strategi nak bantu orang. kalau takat nak turun bagi bantuan, exco2 ada, wakil rakyat ada. orang kena musibah ni kalau bantuan cepat sampai, takde muka VIP pun takpe. bantuan tu yg akan naikkan moral depa. kalau datang konon nak bagi bantuan dengan naik mercedez, pakai baju mahal, pastu sapa tegur tanya sikit2 sebagai pose untuk media .. baik tak yah.
tapi .. kalau nak turun pun tak payah la bawak konvoi 15, 20 orang. memang ler bazir duit. turun la sorang dgn assistant je apa salahnya. lagi orang nampak GAH dari turun berombongan macam cik kiah nak gi sukan komanwel.
khalid oh khalid..kalau dia kata orang buang masa dan wang, setiap kali siapa siapa wakil rakyat attend apa apa function pun kira buang masa la..baik hari hari duduk dalam opis jangan tunjuk muka..duhh..khalid ni memang ada yang tak kena..kita tunggu dan lihat jika shah alam banjir besar..hehe
tapi bila i lihat post ni teringat pulak pak lah kita yang pegi bercuti kat australia bila johor banjir besar..
Membuang masa. Patut-Lah masa banjir besar di Johor dulu, berseronok-seronok di Australia. Ahaks!
apa sangat lah kalau takat gi melawat tapi bantuan tak sampai…
rujuk saja kes banjir di pahang dulu… kes wan azizah pegi bagi bantuan di satu sekolah tuh… orang mengamuk pasal pemimpin sebelum tu datang tapi bantuan takde… sekampit beras nak suruh bagi-bagi kepada beratus orang…
Ha ah. Agree with jedyoon. Maybe different style of memimpin dan mentadbir. Cuma aku rasa opinion dia tuh tak payahla dizahirkan dalam newspaper. Suratkhabar Malaysia, bila ada mende boleh kontroversi sikit suka lah dia. SENSASI..suratkhabar dia jugak yag laku. Cuba ko tgk balik petikan akhbar tu. Aku rasa reason dia justified. Yerlah kalau dia turun kene bawak 15 20 org dan melibatkan duit, ok apa reason tu. Skrg bila kita cakap pasal urban poverty, semua mende duit duit duit. Seposen pun kira.
Tapi aku tak setuju bila dia ckp org banjir tak memerlukan emotional support. Perlu jugak sedikit sebanyak sebenarnya. Tp tak payahlah berlebih2 sampai jadi gimik dan kosmetik. Muka ada sana sini tapi bantuan tak sampai. Bantuan sampai tapi muka tak nampak pada aku takpe lagi.
Salam to all.. sabar dulu, jgn terlalu cepat bagi pandangan tentang kenyataan MB Selangor tu. Nanti nampak kurang cerdik dan akhirnya akan malu sendiri. Isu tu dah terjawab pun. Tan Sri Khalid cakap dengan panjang lebar tapi sedutan saja yang MSM ambil. Tgk sajalah petikan yang awak link tu. Utusan Malaysia? Biar benar Tok Mudin. Kalau penat menyunat budak2 pun, jangan la sampai link berita dari akhbar fitnah, tok.
Saya cadangkan saudara saudari buat research dengan lebih mendalam sedikit dan cuba dapatkan jawapan balas daripada MB tu sendiri. Ada dalam blog sapa tah, saya lupa la plak. Tapi boleh search sendiri kan? Komen macam2 boleh pulak. Lagi satu, MB Selangor pun turun juga membuang masa melawat mangsa. Maklumat yg kata dia tak pergi lawat mangsa adalah palsu.
Harap sangat kawan2 dapat siasat betul2 sebelum bom ya? Terima kasih, salam perjuangan.
Sdr Hero,
Kalau kamu baca betul-betul tulisan aku kat atas tu, kamu pasti dapat lihat bahawa aku memulakannya dengan ungkapan “Kalaulah benar…”.
Itu maknanya, aku sendiri meragui kebenaran berita itu. Ungkapan “Kalaulah benar…” itu juga akan menjadikan tulisan di atas tidak relevan sama sekali, sekiranya berita yang dilaporkan di atas adalah tidak benar. Kalau tidak relevan, habislah cerita. Apa mahu bising-bising?
Apapun, ingin aku tegaskan pendirian aku di sini, seperti komen aku di beberapa blog yang membicarakan hal yang sama:
Aku tidak mempertikaikan tindakan beliau tidak melawat mangsa ribut.
Tidak hadir, atas apa saja alasan atau sebab, itu satu perkara.
Mengatakan kehadiran itu adalah perbuatan membuang masa dan wang, itu adalah satu hal yang lain.
Bagi aku, kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah satu kesilapan besar dalam politik. Bukan ketidakhadirannya.
salam tuan, terima kasih atas response. insyaAllah, saya faham maksud tuan. mmg follow blog tuan dan dapat cam cara tuan sampaikan idea yg adakalanya takleh terus diambil at face value.
sebenarnya saya risau bila ramai pengomen cepat sangat buat keputusan tentang sesuatu isu. kemudian meleret2 komen tu sampai kedengaran “khalid dah mula tunjuk belang?”, “khalid ada yang tak kena..”. tak adil saya rasa kita lontarkan persoalan macam tu bagi isu yg kita tak tahu dengan betul2 sepenuh hati. adakalanya mungkin kita kena laidback skit sehinggalah kita dah dapat sumber sahih dan dah weigh in semua fakta.
sekadar pendapat saja, tuan. salam perjuangan.
ps: remarks penat menyunat tu melawak je.. harap tuan tak amik hati..