ISA 3, adakah lagi yang bakal menyusul?
Semalam, tiga orang telah ditahan oleh kerajaan zalim UMNO/BN dibawah ISA. RPK, Tan Hoon Cheng (wartawan Sin Che Daily), dan Teresa Kok mungkin hanyalah permulaan kepada operasi Pak Lah untuk menyelamatkan diri dan keluarga. Sama ada ‘butang kecemasan’ yang ditekan itu akan benar-benar menyelamatkannya atau lebih menghuru-harakan keadaan, itu sama-samalah kita tunggu.
Ada orang kata, padan muka Raja Petra. Islam dihina sesedap hati di lamannya yang aku tidak iktiraf sebagai sebuah blog (RSSnya dimana?). Orang yang sama juga mungkin akan berkata yang sama terhadap Teresa Kok. Padan muka dia, tak habis-habis nak memerangi Islam. Tulisan jawi pun dijadikan musuh?
Walaupun aku tidak bersetuju dengan RPK dan Teresa Kok, aku tetap tidak bersetuju dengan penggunaan ISA, terhadap sesiapa dan atas tujuan apapun. Terus terang aku katakan, aku bukan pengikut Malaysia Today. Salah satu sebab utamanya ialah ketiadaan RSS yang disediakan oleh laman itu. Aku sememangnya hanya membaca blog-blog melalui Google Reader, kecuali laman-laman yang menarik yang belum aku subscribe RSSnya. Keduanya, memang aku tidak minat dengan tulisan RPK. Meluat pun ada. Aku hanya ke sana jika mendapati ada tulisan-tulisan yang kontroversi dan aku rasa perlu dibaca. Aku juga tidak faham kenapa adanya orang seperti Teresa Kok yang begitu memusuhi tulisan jawi. Apalah salah tulisan itu?
Tapi ketidaksukaan aku terhadap mereka tidak dapat membenarkan hati aku untuk merasa gembira dengan penggunaan ISA terhadap mereka. Mereka manusia bebas yang punya hak seperti manusia-manusia lain juga. Dan salah satu hak itu ialah hak untuk membela diri, yang telah dinafikan ke atas mereka semalam. Dakwalah mereka di mahkamah terbuka. Dalam hal ini, aku sangat bersetuju dengan Fudzail bahawa I.S.A. is also INSULTING ISLAM, Prophet and Muslims.
Mansuhkan ISA.
Wassalam.
Berkaitan:
- Teresa Kok, Raja Petra dan Tan Hoon Cheng di tahan ISA
- Teresa ‘Madu’ Kok Ditahan ISA
- Release Raja Petra NOW!
- Isu Fobia Jawi : Saya Bukan Nak Berperang dengan Teresa Kok
- Bila Pula Dia Nak Minta Maaf, Bila Pula Mariah Nak Laporkan Dia
- Siapa Tekan ESB Button
- The start of the end…
- Condemnation to Raja Petra’s Arrest Under ISA
- Penahanan Blogger YM Raja Petra di bawah ISA: UNIKAPTS Kutuk Kementerian Dalam Negeri dan Menterinya
Entri-entri berkaitan:
- Tak perlu bodyguard, ISA kan ada!
- Sebuah sembah derhaka untuk yang di atas
- Satu lagi kejayaan BN…
- Che Det, Hasbullah Pit, Pak Lah, Anwar, Dr Maza, Malaysiakini
- Malaysia baru yang buta warna
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Sahabat,
Sama spt aku, aku tak minat Raja Petra punya pandangan. Teresa Kok, spt yg sahabat tahu, tindakan dia tidak betul, malah macam budak2. Seorang YB yang aku kira, idea kecil saja yg diperjuangkan. Mana perjuangan BESAR anda, YB Teresa?
CUMANYA, aku sepertimu sahabat, TIDAK SETUJU ISA digunakan ke atas mereka.!
September 13th, 2008 at 9:03 amwalau ahmad ismail, khir toyo sekalipun aku tak nak depa kena ISA. bawak depa naik mahkamah sebab nak cetus 13 mei sekali lagi!!!!
September 13th, 2008 at 9:17 amDulu ada disediakan rss untuk malaysiatoday.
ia berdasarkan ruangan.
tapi sekarang ni semua dah tak nampak.
aku rasa rss dia ada, tapi tak dipaparkan pautannya.
September 13th, 2008 at 10:02 amsetakat pasal tulisan jawi tu masih boleh tahan la tp bila si teresa tu nak haramkan azan bukan ke dah melampau tuh… saje nak cari pasal… pasal isa tu no komen la… semua negara ada isa… cuma kita je tak tau sbb kita tak duduk sana…
September 14th, 2008 at 1:24 ammintak izin ya tok …
shaxx … dah yakin sangat ke teresa kok tu suruh haramkan azan?? aku hantar komen kat blog tukang buat berita pasal ni tapi haram dia luluskan komen aku .. kenapa? takut ke?
kalau negara lain makan taik … malaysia pun kena makan taik sama macam israel yang ada ISA tu? kalau kamu sokong ISA … aku sungguh harap kamu kena ISA satu hari nanti … sungguh!
September 14th, 2008 at 6:06 amIzinni, terima kasih tolong jawab.
First, pasal azan tu satu benda yang tak confirm. Ada orang boleh tolong confirmkan? Dari mana source dia? Bukan nak sokong sangat Teresa tu, tapi bila berdebat tu at least fakta dia betul.
Second, ISA mmg tak patut. Tapi bila dia kenakan ISA kepada journalist yang cover berita, lagi tak patut. Kenapa bukan orang yg mengkecohkan keadaan? Semalam journalist tu dah dibebaskan. Katanya untuk selamatkan dia dari ancaman. BS! Kalau yer pun, kenapa ISA? Kenapa just bukan untuk ambil keterangan? And katanya to get to the bottom of it, they need to get to the source. Seriously, kalaulah nak ambil punca, tangkap jer si Ahmad tu. And diaorang kata dah hukum Ahmad, lucutkan jawatan. Hmm… itu antara UMNO, tapi kepada rakyat Malaysia, dia masih belum diadili. Apa yang Ahmad lakukan telah mengancam kestabilan negara, dan hukuman nya? Lucut jawatan UMNO jer… Sebagai rakyat, peduli apa dia dan jawatan UMNO dia tu.
Seriously, I dont know where our country is heading. Pak Lah tak cukup tegas. Contoh, setelah Ahmad buat statement, katanya dia cuba call Ahmad tapi tak dapat. Seriously?! Sebagai seorang ketua negara, benda macam tu patut dia panggil Ahmad mengadap, bukan dia yang kena pergi carik si Ahmad tu. Itu cuma satu contoh jer… Pak Lah, Pak Lah.
September 14th, 2008 at 5:52 pmsalam mudim
saya pun sama,
RPK akhir-akhir ini banyak melatah…..
Teresa Kok….. saya tidak faham kenapa nak ungkit tentang tulisan jawi..dan apa sinonimnya menambah tulisan cina dan india di papan-papan tanda…?
paling benci bila agama islam disentuh oleh orang yang beragama lain….tak kira apapun pegangan politik islam harus bersatu untuk menyangah permainan ini…
Bagi saya dari satu sudut ISA memang takpatut bagi kes-kes biasa..tapi kalau dalam kes-kes mengawal kenteraman awam yang setaraf ini harus dijalankan demi kestabilan negara….
September 14th, 2008 at 6:13 pm