Doa untuk Sheih Kickdefella

Posted on September 17, 2008

free_sheih.gif

Ketika Pak Lah mengkurang ajarkan Sheih KickdePaklah kurang lebih tiga minggu yang lalu, sudah terlintas di fikiran adakah beliau akan menjadi mangsa seterusnya rejim zalim itu. Apatah pula, Pak Bakaq baru sahaja menghabiskan malam-malamnya di lokap sebelum itu. Dan memang sah, Sheih diambil oleh polis dirumahnya petang tadi. Beliau dipercayai akan didakwa dibawah Akta Hasutan (sama dengan Pak Bakaq ya?).

Aku hanya pernah bertemu sekali dengan Sheih, minum di restoran Haslam bersama Pak Bakaq juga. Hanya doa yang mampu aku kirimkan untuk beliau. Moga akan terus kuat untuk menentang kezaliman. Sejarah membuktikan penguasa yang berada di puncak kezaliman juga berada di ambang kejatuhan. Pak Lah, buatlah satu-satunya keputusan yang betul sejak kamu menjadi PM. Iaitu berundur. Sekarang.

Andai Pak Lah berdegil, dan menanti dijatuhkan. Maka aku akan mengenang dia, sebagai PM yang tidak ada satu pun keputusannya yang betul dan baik untuk rakyat.

Wassalam.

Berkaitan:

Entri-entri berkaitan:

  1. Kecek-kecek mengasah gunting…
  2. Pak Bakaq, Allah bersama yang Haq!
  3. Celaka kezaliman!
  4. Wajah Pemimpin Rakyat
  5. Kepimpinan melalui teladanLah!

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

2 Responses


  1. beberapa kali bersua dan bertegur sapa. di kl dan di kota bharu. beberapa kali juga berurusan melalui email dan menalifon. kebanyakan atas sebab tugas.

    ketika ini fikiran sedang memikirkan anak isterinya. Moga Allah kuatkan semangat mereka dan syeih juga.

  2. ina

    “PM yang tidak ada satu pun keputusannya yang betul dan baik untuk rakyat.”

    >> Tanpa berfikir panjang, aku setuju dengan yg ni.

1 Trackback(s)

  1. Sep 17, 2008 : negaraku.net

Leave a Reply