Rudin X ganti Najib sebagai Menteri Kewangan

Posted on September 22, 2008

Mengikut undian yang dibuat di blog Hasbullah Pit, beliau masih mendahului kedudukan sebagai Perdana Menteri pilihan. Andai kata beliau memenangi undian tersebut yang akan berakhir empat hari lagi, aku ingin mencadangkan Rudin X sebagai Menteri Kewangan dalam kabinet beliau.

pilihpm.jpg

Kalau Rudin X ialah Menteri Kewangan Malaysia, Ringgit Malaysia barangkali akan berada pada tahap RM1.71=USD1, berbanding RM 3.41 pada masa sekarang.

Walaupun tidak sempurna, Big Mac Index yang terbentuk hasil membandingkan harga hamburger MacDonald jenis Big Mac di seluruh dunia, telah diguna pakai pengamal kewangan antarabangsa untuk mendapatkan satu ‘ball park figure’ - angka paling hampir - akan sejauh mana nilai semasa sesuatu mata wang itu terlebih atau terkurang nilai berbanding Dolar Amerika Syarikat.

Dalam kes Ringgit, sepanjang tahun 2007 (data sumber percuma), nilainya berbanding Dolar adalah 51% di BAWAH nilai teoretis. Atau dalam kata lain nilai Ringgit sepatutnya berada di tahap US$1 = RM1.71 dan BUKAN US$1 = RM3.41 seperti yang ada kini.

(Baca lanjut)

Macammana YAB Sebol, setuju?

Tok Mudin: Nak jadi menteri kapal selam. ;)

Entri-entri berkaitan:

  1. Kecek-kecek tentang manifesto Najib (dari Malaysiakini)
  2. Tak cayalah Pak Lah!
  3. Anwar vs Najib: Siapa bersih?
  4. DPP Selangor, Pakatan Rakyat, Ella dan Mas Idayu
  5. Mencari makna jelingan Najib…

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

2 Responses

  1. Hasbullah Pit http://hasbullah.pit.my

    Aku nak buat undian khas untuk pilih Menteri Kewangan.


  2. lawak aaa undian ni

1 Trackback(s)

  1. Sep 22, 2008 : negaraku.net

Leave a Reply